Monday, March 21, 2016

PERKEMBANGAN PERENCAH OTAKU 2016

Salam sejastera buat semua pelanggan produk OTAKU. Terlebih dahulu saya mohon ampun dan maaf kerana sekian lama menyepi dalam menyalurkan maklumat berhubung produk Otaku di sini. Agak sebuk dalam menguruskan dalaman syarikat dan kesuntukan masa bagi menulis sesuatu di sini. Kebetulan ada sedikit masa, maka saya mencuri sedikit waktu disini untuk menulis tentang perkembangan produk OTAKU.
Walau tahun berganti tahun namun Perencah Otaku tetap seperti dahulu. Walaubagaimanapun dalam kemelut ekonomi hari ini Produk Otaku Juga terpalit dengan masalah yang sama dengan produk lainnya.Sebagai Syarikat pengeluar kami juga tidak dapat lari dari peningkatan kos.Syarikat Otaku Resources adalah tidak berdaftar dengan GST maka menghadapi kenaikan wajib 6% dari pembelian bahan asasnya tanpa boleh buat sebarang tuntutan . Selain dari GST , kejatuhan Ringgit terus mendesak pembekal untuk menaikan harga bahan mentah dan syarikat terus tertekan dalam kerja-kerja pengeluaran produk. Setelah sekian lama mempertahankan harga kepada pengedar dan pelanggan pada tahun 2016 ini pihak syarikat terpaksa menaikan sedikit harga bagi menampung kos pengeluaran bagi menyelamatkan syarikat dan produk untuk terus berada dipasaran. Walaubagaimana pun kenaikkan harga baru ini masih ditahap munasabah dan harga mampu beli. Berkuat kuasa 01 April 2016 in sha allah .. sebanyak 12 % kenaikan harga baru mungkin akan dilaksanakan. perkembangan seterusnya akan dimaklum dari masa kesemasa.

Saturday, September 20, 2014

Salam Rindu

Salam sejastera buat semua pelanggan,pengedar serta peminat setia produk OTAKU. Hampir setahun kami berdiam diri dari menaip sesuatu berhubung aktiviti OTAKU dilaman blog ini. Masa yang ada lebih ditumpukan kepada pengeluaran serta pemasaran produk. Di awal tahun menjadi kebiasaan pengeluaran dan juga pemasaran aga lembab dengan ini kerja keras harus di beri perhatian sewajarnya bagi mengimbang pendapatan syarikat agar ianya tidak mendatang mudarat kepada operasi syarikat OTAKU RESOURCES.
Selepas Ramaddan permintaan pelanggan keatas produk makin menunjukkan peningkatan ysng positif. Negara jiran Brunei juga mula menempah belian ulangannya yang di jangka proses penghantaran hujung bulan September 2014. Harapan pada pemilik empunya rezeki semoga ia terus menyalur kepada OTAKU RESOURCES selamanya dengan penuh keberkatannya.

Wednesday, May 1, 2013

HARI PEKERJA MALAYSIA

Salam buat semua warga malaysia samada yang singgah diblog OTAKU ini atau di luar sana. Selamat bercuti bersama keluarga pada mereka yang bercuti . Pada mereka yang bertugas selamat bertugas walau berat dihati berbuat demikian. Saya percaya walau anda bertugas pihak majikan pasti mengikut undang-undang buruh dari sudut bayar upah kepada anda. Bertugaslah dengan ikhlas , jujur dan amanah. Kerja itu adalah ibadah.
Walau hari ini hari berehat buat semua. Saya tetap bertugas bagi memenuhi permintaan pelanggan. Bagi mengelak produk tidak mencukupi sempena hari cuti umum ini kami terpaksa menghantar produk kepada pengedar utama kami.
i Di Tanjung Dawai merbok kedah pengunjung mula sesak diawal pagi bagi membeli produk hasil laut disana. Cuti yang mungkin disambung oleh pekerja sehingga hari membuang undi pada o5 Mei 2013 ini memberi peluang kepada Seluruh peniaga di Tanjung Dawai untuk memasarkan produk jualan mereka.
Cuti umum memberi kesan yang baik kepada peniaga disini dari sudut jualan kerana pasti hasil jualan meningkat. Produk Otaku menumpang tempias ini kerana pengunjung luar akan pasti mendapatkan produk Otaku di sini.
Setiap kedai di sini menjual produk otaku. Oleh kerana demikian walau hari cuti namun penghantaran produk tetap diteruskan mengelak kekurang bekalan disana

Sunday, April 28, 2013

SENARAI PENGEDAR PRODUK OTAKU

Ramai pengguna diluar sana tercari-cari produk Otaku. Ini kerana pihak Otaku Resources ada buat promosi produk diserata tempat. Pada 21 April 2013 yang lalu Otaku Resources telah diberi ruang untuk jualan promosi si MINGGU SAHAM AMANAH MALAYSIA MSAM 2013 di Perlis. Sambutan kepada produk Otaku ini amat mengalakkan. Perlis adalah negeri yang belom ada pengedar yang sah. Walaubagaimanapun setelah pihak kami melakukan tinjauan di beberapa buah pasaraya dan pemborong , rupanya produk Otaku telah berada di pasaran sana. Untuk rakyat Perlis boleh lah dapatkan produk Otaku nanti di:-
Paaraya SRI UTAMA Jalan Kangar Padang Besar bersebelahan Stesen Minyak Petronas.
AGRO BAZAAR TAMAN SENA KANGAR PERLIS , JALAN KE ARAU
Maklumat yang kami terima dari pelangggan banyak lagi pasaraya dan kedai runcit menjual produk OTAKU antaranya Pasaraya PPK Beseri dan K K-Ceria Seriab. Bolehlah mereka yang ingin membeli ulangan mencarinya disana.
PERAK
Untuk pelanggan di negeri Perak DR boleh hubungi Inflow Global Marketing (M) SDN BHD ditalian 055337728 fax 05 5332577 . Anda boleh hubungi mereka untuk mengetahui maklumat tepat di mana boleh membeli produk ini. Inflow Global adalah pengedar di kawasan Ipoh.
Pelanggan di kawasan Seberang Perai Selatan boleh dapatkan di ECONSAVE bahagian hadapan di parit buntar dan Jawi.

Tuesday, January 1, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Selamat tahun baru untuk semua warga Dunia dan seluruh rakyat Malaysia terutama pengedar serta pengguna produk OTAKU tidak kira dimana anda berada yang sentiasa memberi sokongan kepada kami.
Semoga pada tahun 2013 masihi ini memberi kita perubahan serta penghijrahan dari kekurang kepada yang lebih baik dalam setiap sudut kehidupan ini. Segala kenangan serta pengalaman tahun lalu dibaiki serta diperelokkan pada tahun baru ini. Biar ia berlalu pergi dengan berlabuhnya tirai semalam detik jam 12.00 malam.
Kedatangan tahun 2013 memberi lembaran baru kepada kegagalan semalam jika ada. Sekira semalam adalah yang terbaik mungkin 2013 lebih cermelang dari sebelumnya.
Kegagalan maupun kecermelangan semalam harus ditoleh dari mana datangnya ia. Gagal itu dari Allah Cemerlang itu juga miliknya.Besabar serta bersyukur adalah sifat indah bagi sorang hamba. Pertingkatkan amalan serta ibadah kepada Allah dari sebelumnya kerana pasti jarak kematian semakin hampir setiap bertambah tahun yang baru. Mana mungkin usia kita dipanjangkan bersama dengan tahun yang mendatang melainkan dengan kehendaknya. wallahualam

Thursday, November 22, 2012

OTAKU DI PASAR BORONG SELANGOR

Untuk warga Selangor dan jiran-jiran sekitarnya sekiranya anda masih tercari-cari produk OTAKU perencah char kuey teow keluaran Otaku Resources, anda boleh dapatkan juga di Pasar Borong Selangor di
LOT 140 Pasar Borong Selangor
43300 Seri Kembangan Selangor
Talian : 017 4893886 / 016 2025642
Selain dari Pasar Borong Selangor anda juga boleh dapati di
Mael Save
Pemborong & Peruncit
No 31 , 33 ,36 Jalan Kajang Impian
Taman Kajang Impian , Seksyen 7 Bangi
43650 Bandar Baru Bangi
Talian : 017 4893886 / 016 2025642
Semoga dengan maklumat di atas dapat membantu anda untuk memperolehi produk OTAKU.

Tuesday, November 13, 2012

AWAL MUHARAM 1434 H

Salam Sejahtera buat semua pengunjung blog Otaku Resources. 2012 hampir melabuh tirai tahunnya dan meninggalkan kita bersama kenangan yang ada. Suka duka yang kita lalui bersamanya akan berlalu pergi dengannya. Jika diizin Allah dengan usia yang ada maka berkesempatanlah kita dengan lembaran tahun yang baru 2013 yang semakin hampir . Kehadirannya membawa kepada peningkatan usia setiap diri kita yang masih kekal hari ini dengan keizinannya.
Tahun 2012 akan berlalu pergi dan pasti disambut meriah oleh penghuni dunia. Semoga kita yang bergelar umat Nabi Muhammad tidak lupa sama sekali tahun agung Islam yang juga akan melabuh tirainya pada hari ini 14 Nov 2012. Tahun hijrah 1433 akan meninggalkan kita dengan berbagai kenangan suka duka sepanjang bersamanya.
Tahun Hijrah 1434 akan menemani kita sepanjang usia berbaki yang Allah kurniakan mengikut kehendak dan izinnya bermula esok hari Khamis 1 Muharam bersamaan 15 Nov 2012.. Semoga dengan kehadiran akan memberi sinar baru bersama keazaman yang kita pahat disudut hati masing-masing dengan berbagai keazaman dan cita-cita kearah kecermelangan rohani dan jasmani dalam mencari keredhaan Allah. Semoga dengan tahun yang baru peningkatan amalan dalam beribadah pada Allah akan ditambah dari tahun yang lalu.
Setiap tahun yang hadir membawa maksud penambahan pada usia mahkluk dalam menghuni di alam dunia ini tidak kira apa jenisnya. Kita yang bergelar mahkluk manusia yang dicipta sebagai mahkluk yang terbaik dengan kelebihan berakal maka kita ada tanggungjawab yang harus dilaksana. Maka dengan kehadiran tahun 1434 hijrah ini akan memberi lebih bermakna dalam kehidupan seharian kita dan kualiti sebagai umat Nabi Muhammad lebih terserlah.
SELURUH WARGA KERJA OTAKU RESOURCES BESERTA KELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 1434 H BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DAN SELURUH PELANGGAN JUGA PENGGUNA PRODUK OTAKU

BERGERAK SELAGI DAYA

BERGERAK SELAGI DAYA
UNIT PEMASARAN