Tuesday, October 26, 2010
QIBLAT RESOURCES
ISNIN 25 OKT 2010
Kini telah dibuka satu lagi rangkaian Kumpulan Otaku Resources. Qiblat Resources bertanggungjawap memasarkan pelbagai hasil laut dan produk pertanian termasuk menjadi pembekal utama ARNAB peliharaan kepada yang berminat untuk memelihara ARNAB
Mereka boleh memilih terus di ladang ternakkan yang tidak jauh dari pusat jualan. Kini penduduk sekitar Gurun serta pengunjung tidak perlu ke Tanjung Dawai lagi kerana semuanya telah ada di Qiblat Resources.
Sambutan amat menggalakan dari pelanggan setempat. Syarikat sedang merancakkan promosi jualan bagi memperkenalkan Qiblat Resources dari kumpulan Otaku Resources ini kepada masyarakat setempat dengan ujudnya kedai hasil laut di Pekan Gurun Ini.
KEDAI PAK NON CARUK PERLANDUK
Persada Biru nama sebuah yang tidak asaing lagi jika anda melalui jalan utama dari Gurun KeSik Kedah. Caruk pelanduk yang lebih tepat kedudukan kedai tersebut. Menjual pelbagai barangan dari makanan hingga lah kebatu nisan.Apa juga yang anda cari mungkin terdapat disitu. Kedudukannya yang strategi tetapi agak pelik jenis produk yang dipasarkan oleh pengusahanya. Ini kerana kebanyakannya barangan yan dijual dihasilkan oleh pengusaha tempatan. Sekitarnya hanya hanya kampung cuma laluannya sahaja menuju ke bandar Sik.
Apa yang ada di bandar tersebut. Namun Pak Non seorang pengusaha yang berpandangan jauh, berani dalam membuat perancangan dan keputusan.Bermula dari kecil-kecilan menjual buah-buahan dan ditambah satu persatu barangan lain dari masa-kemasa kini perniagaannya kian mendapat perhatian pengunjung luar dan dalam untuk singgah membeli.Pasti pengunjung tertarik dengan barangan yang terdapat didalamnya. Apa juga yang anda inginkan pasti ada disitu. Termasuklah Perencah pelbagaiguna Otaku.
Barangan kraftangan yang cantik-cantik pasti memukau anda. Harga yang rendah dengan barang yang berkualiti pasti anda berpuashati. Susun aturnya yang menarik memudahkan pengujung melihat produk pilihan.
Jika lapar dan dahaga anda boleh menjamu selera disitu, laksa dan ais kacang memang mengancam. Pendek kata semua ada... syabas Pak Non.. semoga anda terus berjaya.
Saturday, October 23, 2010
45 MINIT TERAKHIR
Dalam mengharungi pahit maung memajukan syarikat untuk menjadi sebagai usahawan berjaya bukanlah semudah seperti yang sering kita lihat dalam drama-drama swasta atau filem-filem di TV . Pada penghujung cerita 45 minit terakhir , orang yang berusaha pasti akan berjaya walau diawal cerita ia gagal maupun dihina.. Mengalir air mata penonton sedih jalan ceritanya. huhuhuhuh..... sedih cover air mata takut orang tengok.....
Tapi dunia realiti dalam perniagaan bak kata perpatah" berat bahu memikul berat lagi seluruh badan yang menanggung"
...
tipulah kalau berat lagi mata memandang. Semua tu hanya di mulut bukan dihati... itu hanya kata-kata dusta.
Sapa yang lalui lorong usahawan dia lah akan mengetahui bagaimana suasana yang ada pada lorong tersebut.
Kalau benar berat lagi mata memandang nescaya Usahawan melayu Malaysia setaraf bangsa lain malah lebih baik dari bangsa-bangsa lainnya.
Walaubagaimanapun Otaku Resources sedaya upaya berpaut bangun , mengantur langkah belajar bertakteh agar langkah tidak sumbang untuk berjalan walau dihati teringin sangat untuk berlari tapi bimbang takut tersungkur tersembam langsung tidak boleh bangun-bangun lagi.
Otaku Resources cuba sedaya upaya memastikan usahanya selama ini akan ditakdir Allah berterusan hingga kesuatu waktu yang panjang dan berkesempatan dipuncak kejayaan dengan pendakian penuh bergaya tanpa sebarang bantuan
. Otaku Resources berbangga sendiri walau siapa tidak pernah peduli, perlahan-lahan namun terus mendaki walau masih jauh dipuncak kejayaan.
Beginilah keadaan semasa walaupun tidak setanding dengan pengusaha berjaya lainnya namun peningkatan membuat rasa bangga.
ri.

Peralatan sebegini telah tidak diguna pakai lagi oleh pengusaha-pengusaha berjaya, semuanya dah bertukar automatik. Tapi inilah yang termampu oleh Otaku Resources. Tiada siapa yang ingin pandang maka berusahalah sendiri. walau tidak terhenti-henti melaung minta ditolong namun semua butakan mata pekakkan telinga yang cerdik saja buat bodoh. Ada saja alasan yang diberi.." Maaf encik... akaun encik kurang cantik.." maaf encik nama encik disenarai hitam" .. Maaf encik ..encik kena selesai tunggak... bla bla bla.... macam-macam. Seandainya semua ini tiada dimiliki tak payah nak minta bantuan. Sampai bila Usahawan melayu nak berjaya. Sehebat Perwaja boleh jatuh , apatah lagi pengusaha kecil , kalau jatuh tidak diberi peluang untuk bangun tidak mungkin akan bangun semula.
Otaku Resources masih lagi terdaya untuk mengharungi segala onak dan duri dalam paya perniagaan yang penuh cabaran. Untuk mereka diluar sana seandai bercita-cita untuk menceburi bidang ini. Kuatkan iman kuat kan fizikal ,mental takut-takut boleh jadi kurang siuman akibat kegagalan. Anda harus berani lalui kegagalan sebelum menemui kejayaan.
Antara kejayaan dan kegagalan yang paling manis adalah kegagalan. Pengalaman pada kegagalan itu adalah suatu aset yang tiada nilai untuk dijual-beli. Tanpa kegagalan yang dilalui anda bukanlah usahawan gemilang.
NOrrizan

Tapi dunia realiti dalam perniagaan bak kata perpatah" berat bahu memikul berat lagi seluruh badan yang menanggung"
...
tipulah kalau berat lagi mata memandang. Semua tu hanya di mulut bukan dihati... itu hanya kata-kata dusta.
Sapa yang lalui lorong usahawan dia lah akan mengetahui bagaimana suasana yang ada pada lorong tersebut.Kalau benar berat lagi mata memandang nescaya Usahawan melayu Malaysia setaraf bangsa lain malah lebih baik dari bangsa-bangsa lainnya.
Walaubagaimanapun Otaku Resources sedaya upaya berpaut bangun , mengantur langkah belajar bertakteh agar langkah tidak sumbang untuk berjalan walau dihati teringin sangat untuk berlari tapi bimbang takut tersungkur tersembam langsung tidak boleh bangun-bangun lagi.

Otaku Resources cuba sedaya upaya memastikan usahanya selama ini akan ditakdir Allah berterusan hingga kesuatu waktu yang panjang dan berkesempatan dipuncak kejayaan dengan pendakian penuh bergaya tanpa sebarang bantuan
. Otaku Resources berbangga sendiri walau siapa tidak pernah peduli, perlahan-lahan namun terus mendaki walau masih jauh dipuncak kejayaan.
Antara kejayaan dan kegagalan yang paling manis adalah kegagalan. Pengalaman pada kegagalan itu adalah suatu aset yang tiada nilai untuk dijual-beli. Tanpa kegagalan yang dilalui anda bukanlah usahawan gemilang.
NOrrizan
Penghantaran Melalui KTM Distribution SDN BHD
Untuk pelanggan yang berada diluar kawasan liputan pengedar produk Perencah Char Kuey Teow Otaku Pelbagai guna boleh membeli dengan membuat pesanan melalui telepon atau email kepada kami. Minima belian sekotak mengikut saiz.
Penghantaran melalui KTM Distribution SDN BHD.Anda boleh memilih cara penerimaan samada terus kealamat atau mengambil barang pesanan di stesen KTM yang terdekat.
Pembayaran hendaklah dibuat semasa pesanan , berjumlah produk + kos penghantaran. Melalui Bank : Publicbank berhad kepada OTAKU RESOURCES no akaun 3985279423
Setelah pembayaran dibuat sila maklumkan untuk rujukan dan proses penghantaran akan dibuat. Pihak syarikat akan memaklumkan kepada pelanggan setelah barang pesanan diserah kepada pihak KTM Distribution SDN BHD . Tempoh masa penghantaran tertakluk kepada pihak KTM .

Untuk proses penghantaran sila nyatakan dengan lengkap melalui
SMS,Fax atau email :
Nama Penuh Penerima
Alamat Penghantaran
No Telepon Bimbit / Rumah
SMS - 013 4821978
FAX / Phone Off- 044592320
email - halalmuslims@yahoo.com
OTAKU BELAYAR KE BRUNEI DARULSALAM
PERENCAH OTAKU KE NEGARA BRUNEI DARULSALAM
Penghantaran pertama ke Brunei telah selamat sampai pada bulan Sept. 2010 yang lalu . Sebanyak 20 kotak dengan saiz 350g berjumlah 240 botol dan 700g sebanyak 120 botol. Jumlah ini ini adalah jumlah percubaan untuk pasaran ke Brunei melalui Pusat Operasi FAMA Jalan Gangsa Mergong, Alor Setar Kedah.
Syarikat Otaku Resources telah menerima tempahan ke2 pada 14 Oktober 2010 dan penghantarannya dijangka di buat pada awal bulan November 2010. Jumlah penghantaran untuk kali ke2 ialah 86 kotak dengan jumlah 50 kotak untuk saiz 350g dan 36 kotak untuk saiz 700g.
2 Saiz yang ditempah oleh pihak Pengedar dari Berunai Darulsalam.
Produk saiz 700gm yang telah siap dan tunggu masa penghantaran ke Pusat Operasi FAMA Jln Gangsa Mergung Alor Setar
Saiz 350gm mempunyai 24 botol setiap kotak.
Semua jumlah tempahan ini akan dihantar kepada Pihak pengurusan Pusat Operasi FAMA jalan Gangsa ,Mergong Selewatnya hari Selasa 26 Okt 2010.

Sunday, October 17, 2010
JOM ... Tengok Arnab
Tugasan hari ini kena gi buka Kain Iklan Otaku kat Syarikat Perniagaan Sayang Sg Korok nu.. Iklan tu agak besar dan tuan empunya kedai minta kecil kan sikit.Kena buka dan balik buatkan semula ikut saiz yang betul....
Saje nak test Hely baru tapi beli secondhand... Arnab naik kecut dengan bunyi hely. Nasib tak mati...
Masa balik sempat singah Ladang arnab ayah kat Kampung. Comey-comey anak-anak arnab ni. Sapa peminat arnab mesti geram punye... Pada yang berminat tu boleh leh hubungi terus dengan saya ditalian 013 482 1978 ... murah murah jer... bermula dari RM 20.00
eeee geramnye.. kalau sapa kata tak comey ... entah ler .. kena g check mata tu takut ada yang tak kena..
Subscribe to:
Posts (Atom)