Tuesday, June 28, 2011

ULANG TAHUN KE 4

Tanggal 17 Jun 2011 genap usia 4 Tahun OTAKU RESOURCES sebagai pengeluar utama produk Jenama OTAKU. Usia ini dikira sebagai usia rasmi Syarikat Otaku Resources kerana ianya telah secara rasmi berdaftar dengan SSM cawangan Alor Setar pada tarikh tersebut.Bagi perencah utama syarikat ini pula ianya telah diilhamkan seawal tahun 2006.Lahirnya tanpa nama ketika itu. Dipilih nama OTAKU seiring nama Syarikat yang mengeluarkannya.

"OTAKU" berasal dari perkataan OTAK AKU tetapi ianya agak kurang sesuai jika kita sebutnya.Bagi tujuan komersial ianya lebih tampan jika dieja "OTAKU". Kalau di Jepun ianya lebih kepada Mainan , patung serta kartun dan tidak hairanlah jika OTAKU perencah char kuey teow ini sering dilawati oleh pelawat Jepun di blognya. Ini kerana bila anda lawati pencarian laman Web dengan taip otaku2u pasti blog rasmi OTAKU RESOURCES berada tersenarai tajuk utama.

Berbagai tanggapan orang terhadap ejaan pada jenama produk ini namun bagi pemiliknya ianya sesuatu nama yang amat dibanggakan. Otaku kini kian bermain dimulut mereka-mereka yang minat dalam masakan. "OTAKU" sesuatu kelainan bunyi pada sebutan perkataan tersebut menjadikan ianya mudah diingat mudah disebut. Ada diantaranya yang melihat dari sudut jenaka pada perkataan tersebut.Walauapapun ianya adalah perkataan keramat buat Syarikat ini untuk selamanya.

Bermula dari "syok-syok" kata orang utara, tidak pernah terlintas produk yang dihasilkan sendiri tanpa diciplak dari mana-mana individu dan penuh dengan kesilapan pada adunan mula ciptanya, lantaran dikekal kesilapan tersebut sehinggalah ia menjadi sesuatu yang tinggi nilainya. Sebagai manusia sentiasa merancang dengan pelbagai rancangan namun itulah hakikatnya yang mana Allah sentiasa mengingatkan tentang keagungannya kerana rancangannya adalah sebaik-baik rancangan.Segalanya adalah ketentuannya darinya.

Sepanjang mencari kaedah yang terbaik bagi menguruskan dan memelihara kelahiran produk yang pasti boleh mengubah serta membina kecemerlangan dengannya,berbagai dugaan ,tsunami , gempa , runtuhan dan berbagai lagi yang sentiasa mengekori pada setiap langkah perjalanan syarikat OTAKU RESOURCES.Peluang terbuka luas tetapi ianya berada disebalik lautan yang juga luas tanpa kapal yang kukuh untuk mengharunginya.Sekadar sampan yang hampir reput dimana galanya juga banyak yang tertanggal sesekali terlihat lelehan air masuk melaluinya mana mungkin boleh harungi lautan yang terlalu luas di hadapan untuk sampai di tanah peluang yang penuh keindahan.Namun Sampan yang yang reput harus dibaiki harus baharui harus diperhebatkan walau tidak sehebat Titanic kerana pelayaran harus diteruskan bagi membawa sesuatu yang bernilai ke tanah peluang dihadapan sana.

Bukan sesuatu yang mudah untuk membawa usaha yang dilaksanakan kepada puncak kejayaan. Tanpa pengetahuan ,tanpa sokongan , tanpa minat dan yang paling penting tanpa modal yang mencukupi mana mungkin kita dengan mudah menemui kejayaan. Modal adalah segalanya. Itulah kapal yang kukuh di dada lautan tanpa nya tidak mungkin kita dapat mengharunginya.Perancangan dan perlaksanaan , teori dan pratikal ianya sesuatu yang jauh berbeza.

Ramai yang boleh bicara tentang usahawan samada orang kampung di warong kopi , pensyarah di IPTA , Pakar-pakar perunding , Pagawai Kerajaan yang di atas sehingga di bawah , Pegawai-pegawai dari egensi yang menguruskan usahawan semuanya menceritakan tetang hebat serta kecemerlangan jika kita menjadi usahawan. Perkataan JUTAWAN atau JUTAWANG sentiasa dibibir penyampai semangat ini untuk ditiup pada mereka yang telah terbabit USAHAWAN .

Ramai mencerita tentang hebat , tapi pernahkah mereka menyelami pahit maung usahawan itu bersama. Untuk jadi usahawan yang berjaya kekuatan Agama dan mental harus menjadi pendinding utama. Mereka yang ada di luar sana hanya mampu hanya gah berbicara tentang kehebatan usahawan kerana mereka sekadar merancang sekadar berteori, mereka itu penakut dan tidak berani untuk melaluinya. Jika usahawan ini hebat pasti sudah lama diantara mereka menceburinya dan meninggalkan dunia makan gaji.

Semoga tahun 2057 adalah tahun cemerlang OTAKU RESOURCES kerana pada tahun itu tahun yang ke50 kelahirannya. Semoga kapal yang dibina dari sebuah sampan yang hampir reput mampu harungi lautan untuk sampai di tanah peluang yang berada dihadapan yang menjadi impian setiap pelayar Usahawan.

Sekian

1 comment:

Abanglori said...

Sila layari. Blog saya untuk maklumat lori baru. http://wwwabangloripuchong.blogspot.com

BERGERAK SELAGI DAYA

BERGERAK SELAGI DAYA
UNIT PEMASARAN