Syukur Kehadrat Allah dengan limpah kurnia darinya OTAKU RESOURCES mengorak selangkah lagi kehadapan dengan tersewanya sebuah premis milik KEDA bagi tujuan memperluaskan lagi ruang memproses produk. Ini adalah kerana premis kedua yang disewa terletak di Bedong agak kurang selesa lagi dengan limpahan bahan mentah dan bahan-bahan pembungkusan pada segenab ruang premis.
Peningkatan pada permintaan dari masa kesemasa menjadikan premis yang terletak di Bedong ini agak kurang sesuai lagi. Pembinaan 20 unit bengkel IKS KEDA di Sg Bongkok memberi peluang kepada Otaku Resources untuk memohon bagi mengatasi permasalahan ini.
Pada bulan Disember 2010 permohonan penyewaan telah diluluskan oleh pihak KEDA. Setiap proses penyewaan mengikut prosuder yang telah ditetapkan. Tidaklah semurah yang disangka , walaubagaimanapun demi masa depan OTAKU RESOURCES perjanjian telah ditandatangani dihadapan Peguam yang dilantaik dengan caj yang di kenakan sebanyak RM 650.00 Tunai. Bagi proses untuk kemasukkan ke premis baru ini tiada yang istimewanya samalah seperti kita menyewa dari pihak lainnya. Sewa bulanan sebanyak RM 1000.00 dan 4 bulan sebagai deposit besrta pembayaran deposit elektrik RM 800.00 dan SADA (bekalan Air) deposit sebanyak RM 1010.00.
Dengan modal yang terhad sebagai IKS yang masih baru dalam dunia penuh onak dan duri ini dengan semangat untuk berjaya Otaku Resources menerima ini sebagai satu cabaran.Sepatutnya kemasukkan ke premis baru ini penyediaan ruang serta susun atur haruslah kearah GMP. Tapi apakan daya tiada siapa dari mana-mana ejensi yang sudi menoleh kearah OTAKU. OTAKU RESOURCES sekadar GMS , itu sahaja yang termampu....Apapun terima kasih kepada pihak pengurusan KEDA kerana meluluskan permohonan ini. Terima kasih kerana meluluskan Lot hadapan seperti yang diharapkan.
Semoga dengan adanya ruang premis yang luas dan selesa produk OTAKU akan terus berkembang keseluruh Negara.
Ruang dalamnya yang kosong maka kerja-kerja pengubahsuaian harus dijalankan. Plan susun atur yang dirangkakan sendiri berpandu pengalaman di premis lama yang terletak di Bedong . Kerja-kerja ini telah bermula sebaik sahaja menerima kunci premis dari pihakl KEDA. Bagi menjimatkan Kos kerja-kerja ini dilakukan sendiri keseluruhannya.
Kini kerja-kerja pengubahsuaian telah siap 89%. Dijangka pada pertengahan bulan Mac 2011 dapat beroperasi disini sepenuhnya.
Berikut adalah gambar-gambar dari mula pengubahsuaian dilaksanakan.
Inilah lot no 5 yang telah diluluskan semoga nombor 5 ini menjadi satu nombor titik mula pada OTAKU RESOURCES untuk mencapai segala yang dicitakan.....
Gambar sebelah kanan menunjukkan deretan bengkel yang telah disewa kepada pengusaha lain dan belum memulakan sebarang pengubahsuaian. Kedudukkan Blok bengkel ini bersebelahan Pejabat Pertonas dan berhadapan NAZA Gurun. Lokasinya agak strategik tepi jalan utama untuk ke pantai Timur melalui Jeniang dan sik.
Lori mula menghantar bahan seperti pasir dan bata untuk memulakan kerja-kerja pengubahsuaian......
Ruangnya kosong.... Batu-bata ini adalah untuk dibina ruang-ruang yang akan menjadi tempat memproses produk.
Maka bermulalah kerja-kerja pembinaan
Sehingga disini kerja-kerja pengubahsuaian berjalan hampir 26 hari.
Gambar diatas menunjukkan perbezaan sebelum dan selepas.
Ruang ini akan dijadikan bilik pengeluaran Produk. Segalanya bermula di sini.Pada bahagian atasnya akan dijadikan setor menyimpan. Besi yang dipasang pada bahagian tepi diding akan dijadikan ampuan pada galang kayu yang akan jadi lantai pada bahagian atas . Gambar sebelah kanan menunjukkan kerja-kerja hampir siap pada bahagian bilik ini.
Kini kerja-kerja mengecat dijalankan. Ini bahagian Pejabat ianya terletak dibahagian hadapan. Warna hijau lembut menjadi pilihan tanpa ada sebarang maksud yang tersirat.... cuma nampak macam cantik..... Sejuk mata memandang.
Gambar Atas : Sebelah kanan adalah bilik Production yang hampir siap pembinaannya.
Gambar Bawah : Ruang atas bilik pengeluaran produk dijadikan setor menyimpan bahan pembungkusan seperti botol dan kotak. Sebelah kanan menunjukan tangga untuk naik bahagian atas.
Gambar Bawah: Dari pandangan hadapan premis kerja-kerja pengubahsuaian yang hampir siap berjalan mengikut jadual.
Gambar Bawah : Beginilah keadaan di tempat penyimpan bahan-bahan yang terletak di bahagian atas.
Bahagian ini telah siap sepenuhnya dan telah mula mengisi bahan-bahan seperti botol dan kotak. Bahagian ini disiapkan terlebih dahulu kerana ruang simpan di premis lama telah tidak muat lagi.
Setor di Premis lama
Gambar Bawah : Kini kerja-kerja terakhir dijalankan seperti Pemasangan lantai,Pendawaian Elektrik , pemasangan cermin dan kerja-kerja pembersihan.
Gambar-gambar seterusnya akan di upload dari masa kesemasa. Kini pintu , lampu dan kipas dinding telah siap sepenuhnya dibahagian production.Peralatan penghawa dingin akan dipasang pada masa terdekat.Fasa kedua akan melibatkan ruang pejabat dan setor bahan buangan dibahagian belakang premis.
Gambar Bawah:
Pintu besar akan dibina diantara ruang lobi dan kawasan pengeluaran produk. Ini bagi menghadkan serta mengawal dari pelawat memasuki kawasan pengeluaran produk sewenang-wenangnya.
No comments:
Post a Comment