Thursday, September 27, 2012

Produk Hasil Laut Jualan On Line

Seperti semua orang tahu Produk utama Syarikat Otaku Resources adalah perencah Char Kuey Teow OTAKU. Kini Otaku cuba pelbagaikan keluaran produknya. Selain dari mengeluar produk perencah makanan Otaku Resources juga memasarkan produk hasil laut.JUalan produk ini lebih kepada jualan on line.
Pelanggan boleh membeli secara on line dan barangan akan dikirim melalui KTMD mengambil masa 1 atau 2 hari waktu bekerja. Barangan belian akan sampai kedepan pintu pembeli.
Ikan Gelama kering atau Gelama Masam ... emmmm .. Goreng masuk bawang besar ngan cili kering... memang best
Ikan kembong atau kat utara panggil ikan temenung kering. Ini pun emmmm sedap!!! goreng panas-panas makan ngan nasi pun panas-panas gak campur plak ngan kicap manis taruh bawang.. perggghhh
Ini sotong kering.... Di buat sambal tumis makan pula ngan nasi lemak ... nyamm .. nyammm...
Tak ramai yang tahu ikan ini... Inilah ikan ketuka yang macam ikan pari tu. Tapi sesetengah tu ikan pari juga dibuat macam ni... Goreng macam oreng ikan biasa je.. tapi bagi garing ia akan rapuh... sedap tak. ??? kena beli dan cuba, baru tau..
Ini pula isi ikan duri kering... macam-macam boleh buat dengannya ni... masak lemak , gulai nangka , gulai nenas, goreng bawang memang sedap. Kini ikan ni kian popular time kenduri kahwin.. dah jadi menu utama pula tu.
Sebenarnya berbagai lagi. Kalau nak apa-apa pun boleh oder. hello atau sms atau email boleh tanya. Belacan keropok ikan,udang,sotong dan berbagai lagi. Hubungi kami dan maklumkan barang apa yang diinginkan dan kami akan uruskan. Kuantiti dan harga boleh kita bincang.
Warna-warni mengiurkan... ini pula keropok dihasilkan dari berbagai hasil laut seperti udang, ikan , sotong dan berbagai lagi. Rasanya pula sesedap rupanya.. emmm... muahhhh. seeeedapp.
Di Bawah ini pula belacan yang memang amat popular di Tanjung Dawai. Ada bentuk jongkong ada bentuk bulat dan ada berbagai lagi.
Ikan bilis ini pula semuanya berkualiti tinggi. Lembut dan rangup
Sekiranya anda berkunjung ke negeri Kedah Darulaman(Kedah Sejastera ) Jangan lupa singgah di Tanjung Dawai kerana semua ini ada boleh dapat di sana.Semasa perjalanan kesana pastikan anda berkunjung di Kedai Hasil Laut Sri Huma yang terletak disebelah kiri di Kampung Huma sebelum 700Meter sampai ke pekan Tanjung Dawai. Disini anda boleh memilih berbagai pilihan hati pada produk hasil laut. Saya jamin harganya amat memuaskan.

2 comments:

Unknown said...

saya ada 20 kemah kenopi arabian sedia dan tapak niaga saya untuk di sewa mempelawa tuan membuka cawangan di tapak kami ..20x20 di pantai morib banting selangor ..atau jika ada cadangan lain boleh kemukakan ..sani 093181670

Unknown said...

saya merupaka pembekal sotong kering secara pukal..harga terendah dr pasaran....bole sms nk tanya harga 0179766189 zul terengganu

BERGERAK SELAGI DAYA

BERGERAK SELAGI DAYA
UNIT PEMASARAN