Saturday, April 23, 2011

Otaku Dalam IKS RTM

15 April 2011 Otaku Resources telah dikunjungi oleh krew IKS RTM untuk buat liputan berhubung produk jenama OTAKU keluaran syarikat Otaku Resources. Pertemuan secara kebetulan di Ikhwan food Bukit Minyak sebulan yang lalu semasa penghantaran produk kesana membawa kepada liputan ini terjadi.
Pihak syarikat amat berbesar hati dan berterima kasih yang amat sangat kepada En Sham dan jurukamera yang memilih produk keluaran kami sebagai diantara produk yang
akan diketengah dalam rancangan IKS RTM nanti.

Semoga dengan tersiarnya produk serta cerita tentang syarikat Otaku Resources di TV nanti peningkatan keluaran akan dirasai.

Usaha kerajaan serta pihak RTM dalam membawa produk usahawan IKS ini lebih jauh kehadapan melalui rancangan di TV harus dipuji.TV adalah satu bahan iklan yang amat penting dekat ini dalam menyampai segala maklumat kepada pengguna.Pengaruh TV boleh memberi kesan mendalam kepada mempromosikan sesuatu produk kepada pengguna.

Banyak produk IKS yang dihasilkan oleh usahawan yang berkualiti tinggi tetapi pengguna gagal mengetahui tentang keujudan produk-produk terbaik ini. Ini adalah faktor pengusaha IKS terhad dari berbagai sudut terutama faktor kewangan ,pengetahuan serta penyedian produk masih mempunyai kelemahan tersendiri yang menjadi penyebab terlepas pandang dari pihak tertentu dan pelanggan.

Untuk mempromosikan didalam media cetak , elektronik dan sebagainya bukan sesuatu yang mudah tanpa modal yang mencukupi. 12 bulan untuk iklan pada papan iklan ditepi jalan(bilboard) tidak kurang RM32,000.00 , 6 Bulan tidak kurang dari RM 18,000.00 dan ianya lebih mahal berlipat ganda jika disiarkan di TV. Caj serta syarat yang dikenakan ini tidak mungkin pihak pengeluar bertaraf IKS akan mampu mencapai cita-cita mereka. Walau pihak kerajaan melalui ejensinya menyediakan berbagai geran berhubung tujuan ini namun tidak mungkin semua ini akan terlayan.

Tanpa sebarang bayaran kepada pengusaha IKS dalam menyiarkan perihal produk kepada umum ini adalah satu usaha murni RTM dan ianya seiring dengan hasrat kerajaan dalam memajukan produk IKS.

No comments:

BERGERAK SELAGI DAYA

BERGERAK SELAGI DAYA
UNIT PEMASARAN