Thursday, October 28, 2010

OTAKU BERMULA

OTAKU RESOURCES mula menghasilkan produk Perencah Char Kuey Teow Pelbagaiguna pada tahun 2006. Ini bermakna produk keluaran Otaku sudah berusia 4 tahun.

Bermula diawal pengeluarannya adalah hanya untuk kegunaan sendiri di Gerai Jualan Makanan bergorengnya yang terletak di tengah-tengah Pekan Gurun.


Di Bandar Gurun inilah tempat kelahiran pengusaha dan Produk Kebanggaan Syarikat

Gerai milik MPSP(K) ini di sewa pada mulanya pada tahun 2003 dan menjalankan perniagaan kedai Runcit kecil-kecilan.Setelah gagal untuk kali pertama, bertukar pula kepada penjualan alat-alat telekomunikasi.Perniagaan ini hanya bertahan hanya setahun dan menuju kepada kegagalan. Percubaan terakhir dengan menjual makanan dan minuman menampakkan sedikit pencapaian ketika itu dan dengan adanya produk OTAKU ini Syarikat yang kali ketiganya didaftarkan pada nama OTAKU RESOURCES menampakkan satu perubahan yang membangga.


DI SINILAH BERMULANYA PRODUK PERENCAH CHAR KUEY TEOW BERJENAMA OTAKU ASALNYA.

Setelah mendapat sambutan dari pelanggan dan ada diantara pengusaha char kuey teow di sekitar daerah terdekat yang berminat dengan perencah yang dihasilkan ini maka bermulalah usaha bagi memasarkan produk ini secara komersial.Mempelajari tentang pembungkusan dan bahan-bahan tambahan lainnya bagi memberi ketahanan jangka hayat produk melalui ejensi-ejensi yang berhubung-kait dengan pengeluaran produk.

Diawal pengeluaran penuh dengan kelemahan dari berbagai sudut yang harus diakui.Dari penyedian peralatan hinggalah kepada pembungkusan juga pemasaran namun atas rasa minat serta keyakinan kepada produk yang dihasilkan usaha ini harus diteruskan.

Kajian(R&D) tentang produk dilakukan sendiri secara manual.Tidak hairanlah Otaku Resources pernah diheret ke Mahkamah kerana kesalahan pengunaan bahan terlarang melebihi kadar yang di tetapkan. Ini bukan disengajakan tapi kurang maklumat serta pengetahuan tentang bahan tersebut.

Kekurangan maklumat , pengetahuan seta pengalaman seseorang itu harus melalui beberapa siri masalah terlebih dahulu. Ditipu adalah perkara biasa diperingkat permulaan. Ramai yang akan ambil kesempatan dari kelemahan dan kekurangan maklumat pengusaha yang baru menceburi sesuatu bidang. Ramai yang ingin menolong tapi kesempatan akan digunakan semasa membantu.

Sebelum menghasilkan produk ini pengusaha mengusahakan perniagaan menjual peralatan telekumunikasi setelah menamatkan pekerjaan di salah sebuah syarikat Telekumunikasi yang terbesar di Malaysia sebagai juruteknik.Bidang ini dipilih kerana laluan bidang yang sama semasa bertugas dahulunya. Berbekalkan Modal dari VSS yang diterima mengusahakan perniagaan ini namun rezeki tidak berpanjangan malah gagal hingga membawa kepada hampir muflis.

Allah sentiasa menyalurkan rezeki pada hamba-hambanya samaada yang beriman maupun yang engkar.Dalam melalui suasana yang amat perit dalam kehidupan , segalanya bagai telah mati ketika ini. Pengalaman yang paling indah ketika ini dimana Rumah dilelong,Pacuan 4 roda digadai , Hutang peribadi , hutang Kad Kredit dan lain lain lagi berada di ruang-ruang kamar mahkamah untuk bicarakan.Tidak mungkin dapat dibangun semula. Ketika jatuh kita tiada lagi rakan , tiada lagi taulan semuanya semakin jauh. " Itulah kerja elok-elok berhenti sekarang siapa susah" sering keluar dari mulut keluarga terdekat kerana kita sering meminta dibantu dari mereka.Ejensi kewangan mana akan membantu ketika ini, pasti boleh disenaraikan Wold Of Record jika ada Bank yang membantu. Melainkan pada mu Ya Allah.



Ruang memproses produk diawal pengeluaran.

Setelah ada yang berminat dengan produk yang dihasilkan, dengan peralatan yang sedia ada maka bermulalah usaha ini.Pembungkusan ketika itui hanya menggunakan botol air Mineral bersaiz 1 liter dan 1/2 Liter dan labelnya hanya menggunakan kertas A4 warna tulisannya tetap hitam yang sedihnya bila kena air habis kembang. Ketahanan perencah ketika ini hanya seminggu jika tidak disimpan di dalam Peti sejuk.

Pelanggan harus menempah terlebih dahulu sebelum membelinya. Semakin hari semakin mendapat sambutan dari pengusaha char kuey teow dan surirumah.Berbekalkan modal yang terlalu terhad produk ini dinaik tarafkan sedikit demi sedikit.


Aktiviti memproses dijalankan di Gerai milik MPSP(K)Gurun. Ruangnya agak sempit namun proses pengeluaran tetap berjalan lancar dibantu oleh Isteri . Insan yang sama-sama melalui jatuh bangun perniagaan ini.Sebelah pagi memproses Produk dan sebelah petang mengoreng di Gerai.

Sambutan berterusan dari pelanggan samada digerai jualan makanan bergoreng Char Kuey Teow maupun produk tersebut. Dalam keadaan peribadi yang semuanya telah disenarai hitam masih mencuba untuk mendapat bantuan dari mana-mana pihak yang sudi membantu bagi membesarkan perniagaan ini.Akibat kejatuhan dari perniagaan sebelumnya umpama sebuah negara baru selesai berperang.Demi kehidupan rakyat negara harus dibanggunkan tetapi ada badan dunia yang menyalur bantuan tetapi bila seorang perniaga telah disenarai hitamkan namanya maka ianya boleh diibaratkan kematian yang menanti saat dikebumikan.

Tiada Bank tiada ejensi yang dengan mudah untuk membantu. Bantuan hanya di istimewakan kepada pengusaha yang berjaya , berebut-rebut yang hendak memberi pinjaman. Pada yang gagal tak mungkin akan merasai semua ini. Sampai bila mereka yang disenarai hitamkan akan putih kembali jika tiada bantuan kewangan disalurkan


Pada sesetengah pengusaha yang telah gagal dalam mengejar cita-cita dan hilang arah panduan , maka disaat ini hanya Abang Long atau Ah Long yang menjadi tempat mengadu nasib.



Akibat kegagalan jika tiada Iman serta Ilmu sebagai panduan pasti jalan pintas akan dipilih

Ada yang menaruh harapan dengan Magnum , Toto ,Loteri dan lain -lain lagi untuk dapatkan pendapatan walau secara haram demi hendak bangunkan semula cita-cita yang telah jatuh tanpa dipinta ianya berlaku sedemikian.Ada juga yang tidak sanggup lagi untuk meneruskan kehidupan ini.
>
Ramai memilih jalan singkat bagi menyelesai masalah yang dihadapi.

Selalunya yang bersungguh-sungguh dalam usahanya sentiasa terlepas pandang dari pihak yang harus membantu tetapi mereka yang sekadar suka-suka sering mendapat perhatian dan terlalu mudah menerima bantuan.

Adakala kejatuhan mengajar kita lebih matang serta berhati-hati dalam peluang untuk kali kedua. Bagi Otaku Resources Kunci kejayaan untuk kali ini ialah keberanian serta keyakinan selain dari usaha yang kuat.Sandarkan keseluruhan kepada kekuasaannya kerana Rezeki itu bukan dari Makhluk.

Dari celah-celah kepayahan untuk mendapat bantuan masih ada rakan-rakan yang memberanikan diri mereka untuk menghulurkan bantuan dengan erti kata lainnya membuat pelaburan dengan OTAKU RESOURCES.Hampir RM 27 ribu dapat dikumpul pada peringkat pertama dan diikuti dengan RM 33 ribu pada peringkat ke2. Menjadikan keseluruhan RM 60 ribu bagi Fasa pertama dalam memulakan projek ini.

Setelah semuanya berjalan lancar , produk sudah mula dipasaran dan faktor pengeluaran menjadi masalah utama. Ini kerana tempat serta peralatan yang tidak mencukupi. Bagi melancarkan pengeluaran produk bagi memenuhi permintaan semasa , syarikat mengambil jalan penyelesaian dengan berpindah ke premis baru yang lebih luas dengan menyewa Rumah Kedai di Bedong Kedah.

Bagi menjayakan tujuan ini sekali lagi syarikat menghadapai masalah kewangan.
Syarikat cuba kemukakan permohonan Pinjaman dengan melampirkan kertas kerja serta produk yang telah sedia ada kepada 2 ejensi iaitu TEKUN dan MARA.


Pagawai di dua Ejensi ini berpuas hati dan telah meluluskan permohonan dengan jumlah keseluruhan RM 50 ribu.

Setelah menerima pinjaman ini , OTAKU RESOURCES telah berpindah ke premis baru dengan kadar sewa RM650.00 sebulan sehingga sekarang.......

....sambung

1 comment:

Unknown said...

salam singgah.. terharunya baca n3 ni...
gigih beruasaha pasti berjaya...

BERGERAK SELAGI DAYA

BERGERAK SELAGI DAYA
UNIT PEMASARAN