Wednesday, September 26, 2012

PENYAKIT KARANG BATU

Aduuuhhhhhhhhhhhhhhhh..... sakittttnya.... Cam ner sakit.... tak tau nak cerita.. Nak terkencing ada.... nak buang air beso pun terasa.... nak berdiri tapi tak ade daya... ouhhhhhh... siksanya... sakit pe macam ni.... Kena rasuk kot...
Pada yang pernah lalui sakit karang batu, ginilah lebih kurangnya akan azab Allah pada kita... Sakit yang tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. Masa ini teringat nikmat sihat yang Allah kurniakan.
Pengalaman ini saya lalui pada tahun 2004 masa kerja ngan Celcom kat Sg Petani... Tengan dok berborak ngan kawan-kawan tetiba je dia serang sampai terduduk dibuatnya.. Last kawan-kawan cepong masuk kereta bawa pi Spital Metro... Masa tu best ... asal sakit masuk jumpa pakar... Tapi sakit Batu Karang ni dah tak kira Hospital mana dah.... asal cepat sampai nak jumpa Dr aje..
Sampai kat ruang kecemasan misi pakat tolak masuk bilik tunggu Dr... Punya sakit masa dok tunggu Dr. dok tak dok lalu sorang abang india yang tugas kat situ saya peluk pinggang dia minta tolong suntik apa yang patut agar sakit tu boleh berkurangan. Memang dah tak tahan lagi... Sat lepas tu depa pun suntik sejarum ubat tahan sakit tah apa jenis saya pun tak tahu.. tapi memang best ubat tu... sekejap jer terasa ubat tu berjalan pergi kat sakit tu dan hilang sakit tu gitu saja.. pastu saya pun terawang-awang tah kemana... sedo dah ada kat kat wat... Gamaknye itu ler mofin kot... kalau ada lagi best gak.... Itu le dadah agaknya... sikit jadi penawar banyak ... lu fikir la sendiri kata Nabil.
Masa kat wad doktor bagi ubat supaya pecah batu karang tu ... Tapi sebelum tu Dr. masukkan Kamera dalam pundi kencing melalui dot.dot.dot punya la sakit berhari-hari..
Selesai hal kat hospital saya ikhtiar ubat tradisional plak... Asal jer orang cite ada bomoh baik punyer pasal batu karang mesti saya sampai.. Antara yang saya lalui minum air daun kekabu yang di mesin dan dicampur ngan air Ais cream Soda.. Cuba bayangkan bertapa berlendirnya air daun tu untuk anda minum... demi untuk sebuah kesihatan yang baik telan ler juga... eeeeee yakkkk.... aduhhhhhh letih nak habis segelas...
Ada la lagi beberapa petua yang telah saya lalui... Tapi tujuan saya karang cerita ini adalah untuk berkongsi dengan mereka yang masih lalui pengalaman yang tak semua orang dapat dan belum menjumpai penawarnya. Sakit dari Allah Sembuh juga Dia yang menyembuhkan. Ikhtiar kita diatas landasan yang tidak menyimpang dari ajarannya sambil berdoa agar ikhtiar tadi beroleh berkat dan rahmatnya sakit kita disembuhkan. Insyallah...
Dalam banyak-banyak yang saya cuba itu Allah masih belum mengizinkannya. Dari pakar sampai keBomoh.. Kalau tak sembuh tak sembuh juga.. Belanja dah beribu ... jumpa dr pakar kata kan tapi semua kos majikan bayo. Rupanya penawar Allah ini hanya kat tepi dapur... Kat bandar mungkin payah sikit.. bukannya payah pasti takda punya.. Kat kampung banyak pokok ni..
jeng...jeng... pokok apa la agaknya no... tu dia rupa pokoknya... kenai tak!!
Renung betol-betol... ini la pokok Bayam berduri batang merah. Tumbuh liar kat kampung.Nama saintifik kena lah anda cari sendiri..
Gini le rupernye... Jangan tersilap ambil yang batang warna hijau plak.. Bila dah cabut akarnya macam Ginseng... Basuh sampai bersih jadi macam dalam gambar tu.
Akar pokok Bayam merah berduri nampak macam Ginseng ... Potong seperti gambar di bawah . Kemudian rebus sehingga didih dan minum pagi , tengahari dan malam. Ulang untuk beberapa kali.
Kalau boleh akar tu diketuk-ketuk sikit sebelum direbus... masa minum tu jangan lupa selawat dan salam buat Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Kalau pada mereka yang sukar untuk mendapat tumbahan ini bolehlah oder ngan saya. Saya akan pos kan. Email saya halalmuslims@yahoo.com Untuk Urusan ini saya akan kenakan sedikit Caj untuk penghantaran dan duit minyak RM 50.00 Sahaja.

Wednesday, August 15, 2012

EKSPO USAHAWAN "JOM NIAGA"

Berlangsung di UITM Merbok pada 19 & 29 Jun 2012 Ekspo Usahawan " Jom Niaga". Program ini disempurna Oleh TMP dan sambutannya hanya agak meriah pada hari perasmiannya sahaja. Pada hari berikutnya pengunjung serta jualan agak berkurangan. Ratusan usahawan kecil dan besar turut menjayakan program ini. Penempatan untuk tapak jualan agak luas juga disediakan penganjur tapi keadaan tapak yang berbatu penyebab kepada habuk yang banyak. Habis produk di liputi habuk batu kasaran apabila pengunjung berlalu-lalang. Aktiviti yang dijalankan agak berbagai juga antaranya Cabutan bertuah, karaoke , belon panas , pertandingan memasak dan lain-lain lagi. Sambutan pengunjung pada tahap sederhana dan jualan agak suram sepanjang program ini dijalankan. Persiapan serta hiasan Gerai Jualan sebelah malam sebelum acara bermula esok paginya. Pengunjung yang hadir serta aktiviti sepanjang program diadakan.

OTAKU KE TERENGGANU

Pada 05 Julai 2012 penghantaran pertama produk perencah char kuey teow pelbagaiguna janama OTAKU ke Kuala Berang Terengganu. Syarikat Wan & Noor Freshmart dilantik sebagai pengedar sah bagi daerah Kuala Berang. Bagi mereka yang pernah mengguna dan ingin mencuba produk jenama OTAKU ini boleh dapatkan di Wan & Noor Freshmart , No 295 Jalan Besar , 21700 , Kuala Berang Terengganu atau hubungi 013 8185157 (Kak Wan). Kebanyakkan pelanggan dari Terengganu membeli secara On Line . Terima kasih yang tidak terhingga kepada pelanggan di negeri Terengganu yang sentiasa memberi sokongan kepada produk keluaran kami. Kini bagi mereka di Terengganu tidak lagi sukar untuk dapatkan bekalan produk Otaku. Kesemua saiz boleh didapati dari pengedar sah kami di sana.Produk keluaran Otaku Resources ini ianya amat mudah untuk digunakan, anda hanya ikut panduan pada label pasti boleh melakukanya. Tanpa perlu menambah sebarang perasa lainnya. Bertepatan dengan slogan produk Mudah Cepat Sedap Berkualiti pasti semua lapisan masyarakat di Terengganu boleh mencubanya.
Otaku Resources ingin mencari mereka yang berminat menjadi pengedar bagi produk Jenama Otaku ini di Negeri Kelantan khususnya di kawasan Kota Bharu. Untuk Permulaan pihak syarikat Otaku Resources hanya memerlukan satu sahaja pengedar sana.Sekiranya syarikat yang dilantik ini memenuhi syarat yang di tetapkan maka dikekalkan satu pengedar sahaja diseluruh negeri Kelantan.Bagi mereka yang berminat boleh hubungi bahagian pemasaran 019 5132320 atau email halalmuslims@yahoo.com Kami yakin negeri Terengganu dan Kelantan amat berpotensi bagi produk Perencah Char Kuey Teow Otaku di sana.

Thursday, August 2, 2012

Salam buat semua pengunjung Blog Otaku Resources. Agak sekian lama saya tidak mengemaskini blog ini. Agak sebuk kebelakangan ini... kita taukey kitalah kuli... Apa pun hari ini ada sedikit ruang dan masa untuk menaip. Belum terlewat rasanya untuk saya dan seluruh wargakerja Otaku Resources Mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di mana jua berada semoga ibadat puasa tahun ini lebih indah , lebih bermakna , lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya. Semoga ibadah puasa kita semua dilaksanakan sebagai ibadat bukan ianya sebagai adat semata-mata. Bulan Kerahmatan bulan keampunan bulan yang membebaskan kita dari api neraka Allah. Sama-sama kita ambil peluang memperbaiki ISLAM BAKA yang telah kita warisi. Semoga berkualiti disisi ALLAH. Ambillah peluang yang Allah kurniakan pada kita kerana masih berkesempatan dengan Ramadhan kali ini untuk memohon keampunan darinya atas dosa-dosa yang lalu. Janganlah kita tergolong dalam golongan manusia sombong dengan penciptanya sendiri.Allah menganugerahkan berbagai buat kita tanpa langsung kita sedari... namun sombongnya kita pada Allah untuk sujud padanya.Manusia yang tidak bersolat adalah manusia yang sombong pada Allah. Angkuhnya manusia kerana tidak mahu bersujud pada penciptanya. Manusia yang tidak bersujud kepada Allah lebih buruk sifatnya dari iblis kerana kesalahan iblis hanya tidak mahu sujud kepada Nabi ADAM as bukan pada Allah. Sesungguhnya Rahmat Allah mendahului kemurkaannya maka jadilah kita hamba yang mendapat rahmatnya. Penuhi siang dan malam Ramadhan ini dengan ibadah.

Monday, May 21, 2012

KELEBIHAN BULAN REJAB Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya’aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. Malam awal Rejab mustajab do’anya. (Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi) * Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). * Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. * Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan). * Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat. * Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. * Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka. * Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka. * Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga. * Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga. * Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat. * Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga. * Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s. * Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur). Berkata Saidina Ali: * Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun. * Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun. * Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an atas segala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya: * Diampunkan dosanya yang lalu. * Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal. * Terlepas dari dahaga di hari kiamat. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribukejahatan. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: “Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”.(dari kitabRaudatul Ifkar) Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim. Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH. REJAB bulan menabur benih. SYA’ABAN bulan menyiram tanaman. RAMADHAN bulan menuai. REJAB menyucikan badannya. SYA’ABAN menyucikan hatinya. RAMADHAN menyucikan rohnya. REJAB bulan taubat. SYA’ABAN bulan muhibbah. RAMADHAN dilimpahi pahala amalan. Wallahu A’lam…

Friday, February 3, 2012

Keuntungan Dikongsi Bersama

Pihak syarikat sedang merangka satu program yang akan memberi kebaikan serta keuntungan kepada setiap pelanggan yang sering mengguna pakai produk OTAKU . Selain dari diguna untuk masakan , dengan menyertai program yang sedang dirangka ini pelanggan produk otaku juga akan dapat menjana pendapatan tambahan yang agak lumayan.

Untuk memulakan sesebuah perniagaan pastinya memerlukan modal yang agak tinggi. Sekiranya ingin mencebur diri dalam pengeluaran produk pasti pada sesetengah dari kita tidak berkemampuan.

Program ini diilham bertujuan agar produk perencah Char Kuey Teow pelbagaiguna Jenama OTAKU keluaran syarikat Otaku Resources ini akan berada di setiap pelusuk daerah,negeri dan seluruh negara seterus dikenali seluruh dunia. Selain itu juga masalah harga kian tinggi dipasaran dapat diatasi. Harga produk yang kian tinggi di pasaran amat membimbangkan . Pengguna berpeluang memperolehi harga sepatutnya sekiranya menyertai program ini.

Untuk mengembangkan produk ini di setiap pelusuk tempat pihak syarikat memerlukan hebahan serta iklan yang hebat yang pastinya berharga jutaan ringgit. Hasilnya belum pasti berbaloi atau tidak. Ianya hanya memberi keuntungan pada satu pihak dan pelanggan yang sentiasa memberi pendapatan kepada syarikat hanya dapat merasa keenakan rasa pada produk ini sahaja sedangkan pihak lain mengaut keuntungan berjuta ringgit dengan menyiarkan iklan OTAKU hanya untuk seketika tayangannya.

Pihak syarikat ingin menawar peluang perniagaan kepada setiap pelanggan Otaku. Ianya amat mudah dan senang untuk mengurusnya. Syarikat Otaku Resources akan menjual lot-lot niaganya dengan kadar harga yang mampu untuk memulakan perniagaan ini.
Setiap pelanggan yang membeli lot-lot niaga ini akan mendapat beberapa keistimewaannya.

Setiap lot niaga ini ditawarkan dengan harga tertentu dan pihak syarikat akan memberi kelengkapan asas untuk memulakan perniagaan seperti Baju Unifom , Buku Resit Jualan , Sticker produk , Bag, CD dan produk untuk memulakan perniagaan
Produk ini boleh dijual di mana sahaja yang sah dari sudut undang-undang mengikut harga yang ditetapkan oleh syarikat.

Selain pendapatan boleh dijana melalui menjual produk secara runcit pembeli lot niaga ini juga akan memperolehi pendapatan yang lemayan dengan membantu syarikat menjual lot-lot niaga ini. Setiap 1 lot niaga yang terjual pihak syarikat akan memberi sejumlah produk dan produk tersebut boleh dijual dimana sahaja sebagai pendapatan. Sekiranya sukar untuk mendapat pelanggan bagi menjual produk tersebut pihak syarikat telah melantik sebuah syarikat untuk membeli produk yang diperolehi hasil dari jualan lot niaga tersebut dengan harga yang telah ditetapkan oleh syarikat.

Program ini sama sekali tidak sama dengan mana-mana jualan langsung maupun MLM atau juga skim-skim yang sering kita dengar. Pendapat hanya terhasil dari usaha pemilik lot niaga tersebut. Setiap lot niaga yang telah dibeli harus diniagakan supaya terhasil pendapatan. Setiap kedai yang tutup mana mungkin perolehi pendapatan.

Program ini ingin dikongsikan bersama dengan mereka yang benar-benar ingin menjadi seorang perniaga. Selain dari pendapatan hasil jualan produk dan Lot Niaga pemilik lot niaga juga akan perolehi pendapatan dari usaha mereka dimana pihak syarikat akan menawarkan bonus - bonus menarik merupakan sejumlah produk yang boleh dijual dimana sahaj atau dijual kepada syarikat yang telah dilantik. Bonus terbahagi kepada 3 iaitu Bonus harian , bulanan , Tahunan dan Cabutan Bertuah pada yang layak dihujung tahun.

Keseluruhan pendapatan sekiranya pemilik lot niaga ini bergerak aktif pasti menghasilkan ribuan ringgit setiap bulan.

Untuk menjadi pengedar sah produk OTAKU sebelum ini adalah berharga RM 4000.00 sebagai belian tunjuk minat, mungkin untuk masa akan datang untuk menjadi pengedar produk OTAKU tidak perlu berbelanja pada jumlah itu lagi.

Harga jualan untuk satu lot niaga masih dalam perbincangan dan belum diputuskan mungkin diantara harga RM 600 hingga RM 800.

Jadual pembayaran bonus dan pendapatan akan di keluarkan tidak lama lagi. Setiap pendaftaran akan menerima Baju Unifom , Resit Jualan Produk , CD , Produk perencah Otaku 350g x 24 Botol , sticker dan berbagai lagi bagi memudahkan anda menjalankan perniagaan ini.

Setiap pembayaran hanya melalui PUBLIC Bank Dan Maybank Sahaja. Tiada urusan secara tunai dan pihak syarikat tidak melantik mana-mana pihak untuk jualan secara tunai.


Sebarang pertanyaan boleh emailkan kepada halalmuslims@yahoo.com

Friday, January 13, 2012

Salam Sejastera kepada semua pengunjung blog dan pelanggan produk OTAKU walau di mana jua kalian berada. Tahun 2011 sudah berlalu 14 hari yang lalu dan 14 hari juga kita telah lalui tahun 2012 ini. Ini bermakna usia dan juga pengalaman yang kita lalui juga kian bertambah. Kemana arah hala tuju dan azam kita untuk tahun baru ini. Apakah kita ingin mengorak langkah baru atau cukup sekadar apa yang ada. Tepuk dada tanya selera.
Walau apa pun, bekalan untuk kita bawa bagi pengembaraan jauh menuju mahsyar sana pastikan ianya berlebihan... insyaallah.

Untuk Tahun 2012 ini buat pertama kali blog ini mula berbicara. Otaku semakin matang dengan usia serta pengalamannya walau tidak seberapa hebat jika dibandingkan dengan yang lainnya. Namun berkat usaha perjalanan yang penuh liku ini dapat dilaluinya hingga kini.

Otaku Resources lebarkan pasarannya ke Negeri Melaka untuk tahun 2012 ini. Sri Huma pemborong Hasil Laut dari Tanjung Dawai menjadi pengedar utama Produk Otaku untuk Negeri Melaka bilamana syarikat ini telah membuka cawangan mereka yang pertama di Negeri Hang Tuah itu. Terletak di bandar Cheng bangunan rumah kedai Taman Paya mas.

14 Januari 2012
Buat masa ini pelanggan produk Otaku dan pelanggan produk hasil laut Sri Huma yang tinggal di sekitar Melaka dan selatan boleh perolehinya disini dengan harga Borong dan Runcit.

Semoga dengan ujudnya cawangan Sri Huma pemborong dan runcit di Negeri Melaka ini ianya lebih memudahkan pihak pelanggan untuk mendapatkannya.

BERGERAK SELAGI DAYA

BERGERAK SELAGI DAYA
UNIT PEMASARAN