Saturday, October 16, 2010

Kedai Baru



Masih tak siap-siap..... adehhhhh letih...
sari -sari dok susun barang. waktu awal tadi kalut hantar produk kat pelanggan belah kuala Ketil , Baling , Parit Panjang , Bukit Selambau , Tanjung dawai. Hari ni ada la sikit asyuk... tak la banyak sangat. lepas le untuk buat beli bahan mentah..

Sampai balik dah dekat Magrib kat kilang. Nasib staf otaku semua ok.. Mau je tolong taukeh untuk susun barang kat kedai baru.

Malam di pasang rack ngan kerja-kerja pembungkusan. Muni jaga gantung , miza jaga bungkus. Taukeh jaga pasang rack ngan pelekat poster.

Kalau ikutkan hari isnin dah boleh buka dah kedai ikan kering hasil laut ni. tapi papan iklan belum siap kena tunda ler jawapnya.

ingat minggu depan boleh lancar pembukaan ler... Maka terlancar la produk ke2 Otaku. Tadi dah ada permintaan untuk pasaran Pasaraya. tengah bincang harga. Insyaallah minta -minta berjaya le.

haha.. ikan talang yang telah disumpah.... tunggu masa untuk di lelong

Thursday, October 14, 2010

BULAN BAHASA MELAYU


Bulan 10 atau Oktober adalah bulan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia pada semua rakyat malaysia. Kepada Bangsa melayu khususnya harus berbangga kerana bumi Malaysia adalah milik Bangsa Melayu. Kepada bangsa lain terima kasih juga kerana dapat menguasai bahasa melayu dalam pertuturan seharian.
Dibumi Malaysia selain dari bangsa melayu mereka amat beruntung kerana dapat menguasai sekurang-kurangnya 2 bahasa. Bahasa bangsanya dan bahasa melayu. tapi sesetengah orang melayu hanya boleh bertutur bahasa melayu sahaja. Ada juga orang melayu yang fasih berbahasa India berbahasa Cina.

Tetapi dibumi Malaysia ini yang bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara tidak berbangga dengan semua ini. Tapi kalau pandai menguasai bahasa orang putih baru orang itu ada nilai , ada class dalam apa jua urusan.

Secara pribadi keadaan ini agak amat pelik kerana selain bangsa melayu , Cina dan india juga rakyat malaysia.

Kerajaan berusaha berbagai cara untuk menjunjung tinggi bahasa melayu namun bahasa orang putih ini tetap menjadi kemuliaan pada masyarakat malaysia.

Apakah benar kalau kita buta dalam penguasaan bahasa orang putih ini bangsa kita mundur..




Mengapa Jepun tidak mundur sedangkan bahasa Jepun diguna pakai disetiap produk keluarannya diseluruh Dunia.













Thailand hinggakan filem hindi pun dialih suara dalam bahasa Thai.

Mereka Agungkan bahasa Ibunda meraka. banyak lagi negara-negara yang tidak utamakan bahasa orang putih ini tapi lebih baik dari kita.

Di malaysia lain pula, kalau ada perjumpaan pihak atasan berpangkat dan memegang jawatan tertinggi dalam syarikat walau pun sekadar penyelia , CEO dan keatas yang berbangsa melayu dan seluruh perhimpunan itu melayu pasti bahasa rasmi ketika itu adalah bahasa orang putih. Kalau orang cina sekalipun adalah jadi kesalahan kerana dia mampu betutur dalam bahasa malayu kerana dia rakyak melaysia berwarganegara. Sekira ada hadir sekali pun orang putih dalam urusan ini tidak sepatutnya menggunakan bahasa
mereka . sediakan sistem alihsuara untuk mereka memahaminya.

Mengapa kita tidak pernah berazam menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa Dunia seperti bahasa orang putih .

Penguasaan Bahasa Melayu telah diwartakan dalam perlembagaan Malaysia. Keluhurun Perlembagaan ini pun telah kita sia-siakan seperti keagungan bahasa melayu itu sendiri.

Didalam Perlembagaan 152(2) Menerangkan dengan jelas Bahasa Melayu adalah bahasa Rasmi Malaysia. Ini bermaksud penggunaannya melebihi 2/3 dari bahasa lain termasuklah bahasa orang putih yang tak ada pun diiktiraf sebagai warganegara malaysia.

Kepada pemimpin-pemimpin tertinggi yang tidak kira dimana anda memegang jawatan dan peranan ini sama-ada dalam syarikat , dalam kementerian hinggalah pemimpin-pemimpin negara yang berbangsa Melayu , bermula dari kalian bahasa MELAYU bahasa tuan empunya negara akan kembali menjadi AGUNG di Bumi Malaysia.

Bahasa melambangkan bangsa apakah Hang Tuah tersalah ungkapannya " Melayu tidak akan hilang di dunia" Renungkan bersama.....

Andai kita lalai andai kita alpa tidak mustahil yang tinggal dibumi malaysia bukanlah bangsa melayu tapi hanyalah



























Norrizan

Tuesday, October 12, 2010

PRODUK BARU OTAKU

KHAMIS
OKTOBER 14 2010













Warna-warni kehidupan tapi yang ini warna-warni bubur caca

HASIL LAUTAN

Khamis Oktober 14/ 2010

Hasil laut yang akan di pasarkan di gerai jualan Qiblat Resources yang juga rangkaian niaga Otaku Resources adalah seperti

Ikan Perkasam Lampam
Ikan Talang
Ikan Kurau
Ikan Terubuk Masam
Ikan Tenggiri Masam
Ikan Gelam Papan Masam
Ikan Gelama kering
Anak ikan Kembung kering
Ikan Bilis
sotong Kering
Janggut dan sirip sotong
Ikan ketuka kering
Ikan Bunga Air
Ikan Sepat Benua
Ikan Sepat Kedah
Tulang ikan Kurau
Tulang Ikan Merah
Tulang Ikan Talang
Udang Kering
Keropok Udang
Keropok Ikan Tamban
Keropok Ikan Kerisi
Keropok Sotong
Keropok Ikan Parang
Keropok Bawang
Satay Ikan
Satay Lidi
Sotong Kotak bergula
Sotong Madu
Belacan

dan berbagai lagi termasuk makanan tradisional seperti emping , Caca dan lain-lain lagi...

Kami menjual runcit dan borong. Sila berkunjung kedai jualan berhadapan dengan pasaraya Karnival Jerai.
ARNAB DAN IKAN PERKASAM





Otaku Resources adalah pengeluar utama Perencah Char Kuey Teow Otaku (multipurpose Sauce). Dalam usaha memperbagaikan produk keluarannya , Otaku Resources memasarkan produk hasil lautan dengan penjenamaan serta pembungkusan semula. Produk ini dikumpulkan dari pengusaha kecil yang terdapat disekitar Negeri Kedah yang mengusahakan hasil tangkapan secara kecil-kecilan tepi pantai bagi membantu meningkatkan ekonomi sesama pengusaha.Bagi menjayakan tujuan ini Otaku Resources membawa kongsep Tanjung Dawai dan memasarkannya dihentian rehat dan rawat(R&R)PLUS hentian Gurun arah selatan baru-baru ini.Sambutan yang amat mengalakkan dari pengujung memberi keyakinan kepada syarikat untuk terus mengusahakan pengeluaran produk ini.
Berakhir promosi di R&R PLUS pada 09 Oktober 2010 , Syarikat telah menyewa sebuah premis di Gurun Kedah begi meneruskan penjualan hasil laut ini.

Qiblat Resources dipertanggungjawap kan bagi tujuan pemasaran ini. Selain dari memasarkan hasil lautan pihak syarikat dalam usaha untuk menjadi pengeluar utama IKAN PEKASAM dan ARNAB peliharaan.

Ikan Perkasam akan dibekalkan dari perlis dan Arnab diusahakan oleh Otaku Resources sendiri. Pelanggan boleh hubungi terus dengan syarikat OTAKU RESOURCES bagi tujuan pembelian secara borong.


LADANG TERNAK ARNAB OTAKU RESOURCES











Keadaan kandang Arnab yang ada diladang ternakan .













Kasih ibu terhadap anak-anak walau aku sekadar haiwan.... Mengapa sesetengah manusia sangup buang anak mereka...











comeynya.... Anak-anak arnab ini disimpan untuk dijadikan ibu bagi membiakkan lagi baka-bakanya.















Bersantai selepas kekenyangan makan tengahari... nasi kandar ngan kepala ikan ...











eeeee.... gelinyer... anak arnab baru lahir. Pada usia ini penternak harus peka dalam penjagaannya. Yang warna putih tu ibu dia... usyharrr jer masa ambil gambar anak dia...







AYAHANDA YANG BERTANGUNGJAWAP PENUH DALAM LADANG MENTERNAK ARNAB INI.




Ayahanda yang bersusah-payah dalam mengusahakan ternakan Arnab ini. Asalnya bermula hanya dari 3 ekor milik cucunya dan kini telah beratus ekor . Dari pengalaman beliau dalam ternakkan , Arnab menghasilkan pulangan pendapatan yang lumayan.Minat Ayahanda dalam ternakkan tidak boleh dinafikan.




Pengalaman beliau dalam ternakkan lembu amat mendalam. ini kerana sekitar tahun 1978 beliau telah mengusahakan ternakkan lembu susu dan mendapat tunjuk ajar dari jabatan Haiwan di Keluang Johor. Selain lembu susu beliau juga menternak lembu kampung biasa, kambing birir-biri , ayam piru(Belanda)Ayam Kampung.











Ayahanda paling pakar dalam ternakkan Burung tekukur dan merbuk. Boleh dikatakan sifu tahap kepakaran beliau kerana anak muridnya merata-rata ada.... Beliau juga menghasilkan beribu buah Jebak atau sangkar dan berbagai lagi peralatan menangkap burung tersebut...

Menerima tempahan dari peminat burung tempatan dan luar. Dari usia beliau muda hingga sekarang masih ada tempahan



INILAH RUPANYA JEBAK YANG DIHASILKAN OLEH AYAHANDA AHMAD BIN ENDUT.

Berbalik pada cerita arnab kata ayah ia amat best sepanjang penglibatannya dalam bidang ternakkan.

Permintaan anak-anak arnab amat tinggi oleh pengusaha kedai burung dan kedai haiwan peliharaan. Kerja-kerja ini sesuai untuk usianya yang semakin tua dan beliau mempunyai masalah sesak nafas (penat). Kinu telah berusia 72 tahun masih berdaya mengusahakan ladang arnab dan waktu yang sama mengusahakan dusun buah-buahan. syabas .... ayahanda ku... Anak-anakmu kagum dengan kegigihan mu .

BERGERAK SELAGI DAYA

BERGERAK SELAGI DAYA
UNIT PEMASARAN