Friday, January 13, 2012

Salam Sejastera kepada semua pengunjung blog dan pelanggan produk OTAKU walau di mana jua kalian berada. Tahun 2011 sudah berlalu 14 hari yang lalu dan 14 hari juga kita telah lalui tahun 2012 ini. Ini bermakna usia dan juga pengalaman yang kita lalui juga kian bertambah. Kemana arah hala tuju dan azam kita untuk tahun baru ini. Apakah kita ingin mengorak langkah baru atau cukup sekadar apa yang ada. Tepuk dada tanya selera.
Walau apa pun, bekalan untuk kita bawa bagi pengembaraan jauh menuju mahsyar sana pastikan ianya berlebihan... insyaallah.

Untuk Tahun 2012 ini buat pertama kali blog ini mula berbicara. Otaku semakin matang dengan usia serta pengalamannya walau tidak seberapa hebat jika dibandingkan dengan yang lainnya. Namun berkat usaha perjalanan yang penuh liku ini dapat dilaluinya hingga kini.

Otaku Resources lebarkan pasarannya ke Negeri Melaka untuk tahun 2012 ini. Sri Huma pemborong Hasil Laut dari Tanjung Dawai menjadi pengedar utama Produk Otaku untuk Negeri Melaka bilamana syarikat ini telah membuka cawangan mereka yang pertama di Negeri Hang Tuah itu. Terletak di bandar Cheng bangunan rumah kedai Taman Paya mas.

14 Januari 2012
Buat masa ini pelanggan produk Otaku dan pelanggan produk hasil laut Sri Huma yang tinggal di sekitar Melaka dan selatan boleh perolehinya disini dengan harga Borong dan Runcit.

Semoga dengan ujudnya cawangan Sri Huma pemborong dan runcit di Negeri Melaka ini ianya lebih memudahkan pihak pelanggan untuk mendapatkannya.

Saturday, November 26, 2011

Majlis Jamuan Kesyukuran




Salam sejastera buat semua...
Agak lama menyepi dari muat turun aktiviti Otaku Resources...
21hb Nov 2011 isnin .. pihak syarikat meluang waktu seketika bagi membolehkan atur cara majlis jamuan kesyukuran dapat dijalankan sempena pembukaan kilang baru yang terletak ditepi jalan utama untuk ke daerah sik berhadapan dengan kilang kereta Naza.

Telah beroperasi hampir 8 bulan baru kini majlis pembukaan diadakan. Majlis sekadar ringkas sahaja para jemputan terdiri pelanggan otaku, jemaah masjid, pembekal bahan, bank tempatan , kakitangan pos , ajensi-ajensi yang terlibat secara langsung atau yang tidak langsung berhubung dengan pengeluaran produk Otaku , rakan-rakan dan masyarakat setempat.

syukur kehadrat Allah kerana dengan limpah rahmatnya majlis berjalan seperti yang dirancang. Walau ringkas namun ramai para jemputan yang hadir memeriahkan majlis ini.

Segala juadah disediakan keseluruhan oleh pihak pengurusan serta kakitangan Otaku Resources serta dibantu oleh ahli keluarga. Menu hidangan pada majlis ini adalah kari daging lembu, ayam masak kicap berempah,sayur kobis, air asam , laksa , kuih muih dan berbagai lagi yang disajikan kepada para jemputan.




Kakitangan serta ahli keluarga Otaku Resources bergotong royong menyediakan menu untuk dihidangkan pada para jemputan. Jamuan bermula dari pukul 12.30 tengahari
sehingga pukul 6 petang. Tahlil di sempurnakan oleh Imam bertugas masjid Gurun Tuan Imam Hassan serta ahli jemaah masjid. Sebuah bas disediakan kepada seluruh jemaah zohor masjid Gurun bagi memudahkan pada para jemaah untuk hadir kerana jarak premis dan masjid agak jauh.

Pada majlis ringkas ini jumlah yang dijemput adalah lebih kurang 600 orang.Diangarkan 78% jemputan yang hadir.Setiap para jemputan yang hadir selain dari dihidangkan berbagai juadah mereka juga dihadiah produk keluaran syarikat iaitu Perencah Char Kuey Teow Otaku setiap seorang.

Walaupun majlis ini di adakan pada hari bekerja namun rakan-rakan usahawan dan para jemputan masih meluangkan waktu untuk hadir bagi memeriahkan majlis yang julung kali diadakan sepanjang keujudan OTAKU RESOURCES ini. Pihak syarikat dan seluruh warga kerja Otaku Resources mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin dan semua jemputan dan kami memohon kemaafan sekiranya ada kekurangan yang kami sembahkan. Sokongan anda semua adalah titik mula langkah kejayaan pada Syarikat Otaku Resorces.

Wednesday, September 21, 2011

KUD- 5 HARI OTAKU DI PUTRAJAYA


Hari ini 20 Syawal bersamaan 22 September 2011 belum terlewat rasanya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada pengunjung blog Otaku Resources ini. Hari ini Otaku Resources adalah hari kedua di Karnival Usahawan Desa yang diadakan di presint 2 Putrajaya.

Karnival Usahawan Desa(KUD)dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) ini adalah usaha Kerajaan dalam mempertabatkan pengusaha melayu dalam bidang keusahawanan bagi membuka peluang lebih jauh kehadapan .




Sepanjang program ini dijalankan, Produk Otaku dapat perhatian pengunjung yang datang dari berbagai negeri. Ini kerana mereka pernah membeli dan pernah menggunakannya tetapi sukar untuk belian ulangan. Sebelum ini rata-rata maklumat dari pengunjung yang memaklumkan mereka membelinya dari hentian R&R Gurun arah selatan ketika mengunjungi utara semenanjung.

Program yang dianjurkan ini memberi kesan yang baik kepada pengeluar produk ini kerana pelanggan dapat bertemu pengusaha secara terus bagi membincang dari sudut pasaran.

Wednesday, September 7, 2011

PEMBORONG PRODUK HASIL LAUT

Pada mereka yang pernah mengujungi Tanjung Dawai pasti akan terlihat sebuah kedai yang bernama SRI HUMA yang terletak di kampung Huma Tg Dawai sebelah kiri menghala ke arah pekan TG Dawai.

Di sini terdapat berbagai produk hasil laut yang diniagakan. Pelanggan boleh membeli dengan harga runcit dan borong mengikut kuantiti belian.Pelanggan yang berhasrat untuk menjalan perniagaan hasil laut juga boleh mendapatkan pelbagai produk disini.
Penghantaran diuruskan oleh mereka sekiranya berada diluar dari negeri Kedah mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Pada mereka yang pernah mengujungi atau berurusan pasti berpuashati dengan harga yang dijual disini. SRI HUMA ini juga adalah pengedar utama Produk Otaku. Jualan runcit dan borong boleh dapatkan disini. Setiap harga bagi produk Otaku dibawah kawalan pihak kami.

Produk Otaku boleh didapati 90% disetiap gerai yang terdapat di Tg Dawai ini.
Untuk mereka yang berminat untuk membeli sebarang produk secara borong boleh hubungi syarikat SRI HUMA di talian 04 4571341. Waktu perniagaan 8 pagi sehingga 10 malam.


Semperna Syawal yang mulia ini saya Norrizan Ahmad selaku Pengarah Urusan OTAKU RESOURCES bersama warga kerja Mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada semua pelanggan-pelanggan kami yang sentiasa memberi sokongan yang padu selama kami beroperasi tidak dilupakan juga pengedar-pengedar utama di seluruh negara yang berusaha mengembangkan produk jenama Otaku di seluruh negeri , juga peniaga-peniaga yang sudi menjual produk keluaran syarikat kami termasuk juga egensi-egensi yang sentiasa memberi perhatian kepada pengeluaran produk Jenama OTAKU.Kesempatan ini juga saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidulfitri kepada semua Usahawan kecil dan besar seluruh Negara.

Semoga setiap amalan yang kita tingkatkan dibulan Ramadhan yang lalu dapat kita teruskan pada bulan-bulan seterusnya. Diharap agar amalan yang kita laksanakan pada Bulan Ramadhan yang lalu diterima Allah sepenuhnya. Insyaallah. Semoga Allah perkenan akan doa yang kita pohon sepanjang Ramadhan yang lalu.

Berdoalah kita semoga Allah pertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang agar kita dapat mengecapi ganjaran yang melimpah-limpah untuk kita yang sama sekali tiada pada bulan yang lain.

Usahawan yang berjaya adalah usahawan yang sentiasa mencari kecermelangan Akhirat.
5 waktu adalah tunggak segala kejayaan. Rezeki milik Allah.... Mencari Rezeki tugas kerja hamba... Jika gagal bersabar jika berjaya bersyukur... pasti kita antara Usahawan yang beriaman lagi cemerlang.

norrizan.

Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN DATANG LAGI







Bersyukur kehadrat Allah diatas izinnya kita masih dapat menghuni bumi miliknya hingga kesaat ini. Setinggi-tinggi kesyukuran harus kita panjatkan kerana kesihatan yang dianugerahkan kepada kita amat sempurna hingga kesaat ini jika kita bandingkan dengan saudara kita yang lainnya yang terlantar sakit samada dihospital maupun dimana sahaja.

Kesempurnaa ini memberi peluang yang amat baik buat kita berada dalam bulan yang penuh didalamnya ganjaran-ganjaran yang telah Allah janjikan buat kita.Ramadhan bulan yang sentiasa kita nanti ketibaannya dan kita bersedih dengan pemergiannya.Kita beroleh keuntungan kerana Allah memberi kesempatan untuk sekali lagi berada dalam bulan penuh kemulian ini maka harus kita gunakannya sebaik mungkin agar ianya memberi munafaat kepada kita diakhirat kelak.. insyaallah.

Jadikan setiap saat setiap waktu setiap minit setiap jam setiap hari kita indahkannya dengan amalan serta ibadah yang berganda agar kita tidak termasuk dalam golongan yang kerugian.

Jadikan Fakir dan miskin , yatim piatu sebagai penambah pahala dari pahala yang ada.Melalui mereka kita dapat muhasabahkan setiap detik akan diri kita.




Lihatlah mereka,rasailah hidup mereka , jiwailah perasaan mereka.Semoga dengan ini kita beroleh rahmat darinya.Hulurkanlah apa jua bentuk bantuan serta sedekah kepada mereka ini dengan seikhlasnya semoga mereka juga dapat merasai keindahan Ramadhan ini bersama.

Semoga Ramadhan pada tahun ini memberi kesempurnaan dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah yang sebenarnya. Ramadhan pada tahun ini juga kita jadikan sebagai madhrasah yang mendidik kita menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Pada Ramadhan tahun ini juga adalah titik mula perubahan pada kehidupan kita yang penuh kegelapan kepada suatu cahaya keimanan yang menjadi benteng kepada Api Neraka kelak. Insyaallah.

Mudah-mudahan Ramadhan tahun ini juga kita tinggalkan zaman kejahilan dan kita Mulakan zaman keimanan.

SELAMAT BERPUASA DARI WARGA KERJA OTAKU RESOURCES

Sunday, July 24, 2011

KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) akan menganjurkan Karnival Usahawan Kedah 2011 yang dijadualkan berlangsung pada 22 hingga 24 Julai ini di Alor Biak, Jerlun, Kedah.
Timbalan Menterinya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pelbagai produk dan perkhidmatan dari negeri berkenaan akan dipamerkan pada karnival itu selain aktiviti, latihan, dan ceramah usahawan.


“Kita menjemput sesiapa saja yang berminat untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka bukan hanya di kalangan usahawan Kedah tapi usahawan dari negeri lain supaya mereka dapat dedahkan kepada masyarakat umum apa yang mereka keluarkan,” katanya selepas merasmikan Karnival Kerjaya, Usahawan dan Kepenggunaan Belia 1 Malaysia Peringkat Daerah Padang Terap di Kuala Nerang, Kedah semalam.

Beliau berkata karnival itu juga akan mewujudkan jaringan antara usahawan kerana mungkin ada pihak lain yang mempunyai kepakaran tertentu yang boleh di kongsi dengan kawan yang baru menceburi dalam bidang itu.

Berbagai produk dipamerkan digerai jualan oleh pengusaha seluruh negeri Kedah ini. Selain dari produk berbagai aktiviti lain dilangsungkan sepanjang program ini termasuk liga bolasepak 7 sebelah , larian dan berbagai lagi.

Otaku Resources juga turut diberi peluang oleh pihak KEDA untuk bersama-sama dalam memasarkan produk keluarannya. Pada awalnya ada sedikit kekeliruan dari pihak penganjur kerana 4 Usahawan KEDA tidak disediakan tempat untuk tujuan ini . Walaubagaimanapun setelah perbincangan antara pihak pengurusan KEDA dengan pengajur masalah ini dapat diselesaikan.

Peratus kehadiran pengunjung amat mengalakkan walau cuaca agak panas pada hari pertama dan kedua. Walaupun pengunjung ramai namun jumlah jualan agak merosot pada sesetengah pengusaha ini mungkin Karnival diadakan pada pertengahan bulan dan pengujung berhati-hati dalam perbelanjaan memandangkan Ramadhan hampir tiba.

Karnival Usahawan Kedah ini di meriahkan lagi dengan hadirnya moskot UPIN & IPIN. Ini memberi peluang kepada golongan kanak-kanak mendekati ikon kegemaran mereka yang selama ini hanya disaksikan di kaca TV sahaja.Mereka berpeluang bergambar dan membeli produk keluaran Upin & Ipin.









GERAI JUALAN OTAKU RESOURCES








Lori pameran yang menjadi perhatian pengujung kerana rekabentuknya yang menarik.
Pihak Otaku Resources tertarik dengan pengubahsuaian pada lori ini dan ianya bersesuaian dengan produknya bagi tujuan promosi memperkenalkankan pada pengguna.





BERGERAK SELAGI DAYA

BERGERAK SELAGI DAYA
UNIT PEMASARAN