Saturday, February 26, 2011

DEPA LA KATA SEDAP.....

Dengan menggunakan perencah Char Kuey Teow OTAKU
anda juga mampu menyediakan makanan seperti seorang pakar masakan. Anda tidak pandai masak.??!!... itu tidak menjadi hal... jangan risau langsung. Beli sebotol cuba masak..... dijamin sedap.... depa la kata... sedap... nak tahu kenalah cuba.

Sebarang masakan anda boleh menggunakannya... dari char kuey teow , mi goreng , koteow goreng , koteow kerang , koteow kuah , mi segera , nasi goreng , mi kuah , sayur , masak padprik , nak masak ayam,daging ,ikan .... ehhh pendek kata panjang pun kata macam-macam boleh. Pada yang tak berapa mahir masak tidak perlu tambah apa dah.... ikut je panduan. Nak mudah lagi tengok kat youtube taip otaku2u.. ada cara masak kat sana. Pada yang mahir dan kretif pandai-pandai ler nak menambah apa pun.. depa pun kata.... seeeeeedap

Sebelum memulakan masakan sediakan bahan-bahan terlebih dahulu supaya nanti tidak jadi kelam kabut.... minyak dah panas bahan entah dimana.Ada perencah Char kuey teow Otaku pun tidak berguna juga kalau bahan lain tiada....








Kalau sayur terpulang apa jenis pilihan anda. Kami syorkan untuk char kuey teow guna tauge dan daun bawang. Mesinkan bawang besar bersama bawang putih untuk wangikan lagi masakan anda. Untuk rasa lebih enak buatkan air rebusan udang . Mesinkan udang dan rebus jadikan seperti sup. airnya guna untuk memasak sebarang masakan.



Ini air rebusan udang..










Bawang yang telah dimesin..... ni nak kasi wangi masakan..Biar jiran satu taman tahu kita masak.......






Ini pula udang. Kalau nak cepat rebus dulu... airnya dijadikan air rebusan... jimatttt.







Sediakan apa juga yang anda ingin makan... jangan dah mula masak tengok-tengok Kuey teow , mi , bihun belum di beli.... mengamuk anak ngan suami lapar nak makan...
























Dapur elektrik pun sesuai untuk memasak mengoreng... lagi mudah.



Gambar kat bawah ni masak udang.... main campak jer... tapi ini hasilnya perghhh sempoiii
panaskan minyak tumiskan bawang ... masukkan 6 sudu makan perencah OTAKU pastu masukkan 2 sudu cili sos kemudian masukkan setengah cawan air ... potong sayur pilihan anda dan masuk bersama berapa ekor udang kacau hingga masak ... angkat dan jadilah macam nie.. susah ker??? senang je kan...










Kat bawah ni pula bihun goreng.... tak perlu pandai masak.... mesti jadi.. Cara masak sama cam masak udang juga... Pas dah tumis masuk 6 sudu Perencah Otaku, secawan air masuk je bihun kacau sampai masak. nak masuk sos atau tidak ikut cita rasa masing-masing. cara yang paling tepat ikut kat youtube. Nak masak apa pun caranya sama sahaja. selamat mencuba.















isss meleleh air lior yuop... perghhhh.... sedap .. untuk bihun kalau nak lembut banyakkan air kacau sampai kering... siap gebu lagi...
mi segera pun sedap..... mi sanggul pun ok











Gambar yang kat atas adalah mi segera bukan mi kuning, cuba lihat betul-betul... sama gak masaknya... nanti ada pula yang kata.." makan semua rasa sama ... tidak akan rasa sama walau cara masak sama ini kerana setiap bahan atau jenis yang kita masak itu mempunyai sifatnya tersendiri dan cara penyedian bahan mentah tersebut adalah tidak sama... contoh: sifat mi kuning samasekali tidak sama dengan sifat bihun, koteow , nasi , dan sebagainya.. jangan ler risau..





Ni mi kuning... nak buat mi mamak pun ok... memang multipurpose lah perencah otaku ni.. untuk nak buat pure char kuey teow kena layari kat youtube... tengok kat situ baru dapat buat dengan cara yang betol..








Klik kat gambar kalau nak tengok lagi jelas.... dijamin meleleh air liur.... DEPA LA KATA...... SEEEEEEEEDDAPPPPPPPPP

Friday, February 25, 2011

OTAKU RESOURCES INGIN MENCUBA YANG BARU.

Perencah Char Kuey Teow OTAKU adalah satu-satunya produk keluaran Otaku Resources.
Kini perkembangannya amat mengalakkan.Perencah keluaran Otaku Resources ini kian dikenali pengguna.Syarikat sentiasa menerima panggilan dari setiap negeri oleh pengguna yang pernah mengguna pakai perencah keluaran Otaku Resources ini. Kebanyakkan ingin menjadi pengedar dan ingin tahu pusat jualan yang boleh dapati produk ini.

Walau keluarannya agak terhad disesetengah negeri namun pihak syarikat sedang usahakan agar setiap pengguna diseluruh negeri akan dapat membeli produk ini dengan mudah. Otaku Resources dalam usaha menambah pengedar kawasan dan negeri dari masa kesemasa.

Bagi memantapkan lagi kewangan serta pendapatan OTAKU RESOURCES kini pihak pengurusan cuba untuk mengusahakan satu lagi peruduk yang dijangka akan memberi pulangan yang baik kepada OTAKU RESOURCES. Kini diperingkat perbincangan harga peralatan dengan pihak yang ingin menjual keseluruhan peralatan untuk memproses air minuman (REVERSE OSMOSIS SYSTEM). peralatan ini telah diguna pakai tapi sekadar peringkat ujian sahaja. Ada beberapa masalah yang dilalui pengusaha ini telah ambil keputusan untuk tidak meneruskan projek ini dan peralatan ini tersimpan begitu sahaja.

Pihak Otaku Resources sedang mendapat khidmat nasihat dari mereka yang berpengalaman dalam bidang ini.Pihak syarikat juga sedang mendapatkan pinjamanan untuk tambahan modal bagi melaksanakan hasrat ini.












Keseluruhan peralatan serta mesin memproses ini dalam keadaan baik. Sekiranya ada mereka yang ingin melabur dengan kami amat-amat dialukan mengikut terma dan syaratnya.

OTAKU AKAN BERPINDAH KE KILANG BARU

Syukur Kehadrat Allah dengan limpah kurnia darinya OTAKU RESOURCES mengorak selangkah lagi kehadapan dengan tersewanya sebuah premis milik KEDA bagi tujuan memperluaskan lagi ruang memproses produk. Ini adalah kerana premis kedua yang disewa terletak di Bedong agak kurang selesa lagi dengan limpahan bahan mentah dan bahan-bahan pembungkusan pada segenab ruang premis.

Peningkatan pada permintaan dari masa kesemasa menjadikan premis yang terletak di Bedong ini agak kurang sesuai lagi. Pembinaan 20 unit bengkel IKS KEDA di Sg Bongkok memberi peluang kepada Otaku Resources untuk memohon bagi mengatasi permasalahan ini.

Pada bulan Disember 2010 permohonan penyewaan telah diluluskan oleh pihak KEDA. Setiap proses penyewaan mengikut prosuder yang telah ditetapkan. Tidaklah semurah yang disangka , walaubagaimanapun demi masa depan OTAKU RESOURCES perjanjian telah ditandatangani dihadapan Peguam yang dilantaik dengan caj yang di kenakan sebanyak RM 650.00 Tunai. Bagi proses untuk kemasukkan ke premis baru ini tiada yang istimewanya samalah seperti kita menyewa dari pihak lainnya. Sewa bulanan sebanyak RM 1000.00 dan 4 bulan sebagai deposit besrta pembayaran deposit elektrik RM 800.00 dan SADA (bekalan Air) deposit sebanyak RM 1010.00.

Dengan modal yang terhad sebagai IKS yang masih baru dalam dunia penuh onak dan duri ini dengan semangat untuk berjaya Otaku Resources menerima ini sebagai satu cabaran.Sepatutnya kemasukkan ke premis baru ini penyediaan ruang serta susun atur haruslah kearah GMP. Tapi apakan daya tiada siapa dari mana-mana ejensi yang sudi menoleh kearah OTAKU. OTAKU RESOURCES sekadar GMS , itu sahaja yang termampu....Apapun terima kasih kepada pihak pengurusan KEDA kerana meluluskan permohonan ini. Terima kasih kerana meluluskan Lot hadapan seperti yang diharapkan.
Semoga dengan adanya ruang premis yang luas dan selesa produk OTAKU akan terus berkembang keseluruh Negara.

Ruang dalamnya yang kosong maka kerja-kerja pengubahsuaian harus dijalankan. Plan susun atur yang dirangkakan sendiri berpandu pengalaman di premis lama yang terletak di Bedong . Kerja-kerja ini telah bermula sebaik sahaja menerima kunci premis dari pihakl KEDA. Bagi menjimatkan Kos kerja-kerja ini dilakukan sendiri keseluruhannya.

Kini kerja-kerja pengubahsuaian telah siap 89%. Dijangka pada pertengahan bulan Mac 2011 dapat beroperasi disini sepenuhnya.

Berikut adalah gambar-gambar dari mula pengubahsuaian dilaksanakan.

Inilah lot no 5 yang telah diluluskan semoga nombor 5 ini menjadi satu nombor titik mula pada OTAKU RESOURCES untuk mencapai segala yang dicitakan.....









Gambar sebelah kanan menunjukkan deretan bengkel yang telah disewa kepada pengusaha lain dan belum memulakan sebarang pengubahsuaian. Kedudukkan Blok bengkel ini bersebelahan Pejabat Pertonas dan berhadapan NAZA Gurun. Lokasinya agak strategik tepi jalan utama untuk ke pantai Timur melalui Jeniang dan sik.




Lori mula menghantar bahan seperti pasir dan bata untuk memulakan kerja-kerja pengubahsuaian......









Ruangnya kosong.... Batu-bata ini adalah untuk dibina ruang-ruang yang akan menjadi tempat memproses produk.











Maka bermulalah kerja-kerja pembinaan












Sehingga disini kerja-kerja pengubahsuaian berjalan hampir 26 hari.











Gambar diatas menunjukkan perbezaan sebelum dan selepas.

Ruang ini akan dijadikan bilik pengeluaran Produk. Segalanya bermula di sini.Pada bahagian atasnya akan dijadikan setor menyimpan. Besi yang dipasang pada bahagian tepi diding akan dijadikan ampuan pada galang kayu yang akan jadi lantai pada bahagian atas . Gambar sebelah kanan menunjukkan kerja-kerja hampir siap pada bahagian bilik ini.







Kini kerja-kerja mengecat dijalankan. Ini bahagian Pejabat ianya terletak dibahagian hadapan. Warna hijau lembut menjadi pilihan tanpa ada sebarang maksud yang tersirat.... cuma nampak macam cantik..... Sejuk mata memandang.








Gambar Atas : Sebelah kanan adalah bilik Production yang hampir siap pembinaannya.


Gambar Bawah : Ruang atas bilik pengeluaran produk dijadikan setor menyimpan bahan pembungkusan seperti botol dan kotak. Sebelah kanan menunjukan tangga untuk naik bahagian atas.













Gambar Bawah: Dari pandangan hadapan premis kerja-kerja pengubahsuaian yang hampir siap berjalan mengikut jadual.










Gambar Bawah : Beginilah keadaan di tempat penyimpan bahan-bahan yang terletak di bahagian atas.






Bahagian ini telah siap sepenuhnya dan telah mula mengisi bahan-bahan seperti botol dan kotak. Bahagian ini disiapkan terlebih dahulu kerana ruang simpan di premis lama telah tidak muat lagi.



Setor di Premis lama





Gambar Bawah : Kini kerja-kerja terakhir dijalankan seperti Pemasangan lantai,Pendawaian Elektrik , pemasangan cermin dan kerja-kerja pembersihan.










Gambar-gambar seterusnya akan di upload dari masa kesemasa. Kini pintu , lampu dan kipas dinding telah siap sepenuhnya dibahagian production.Peralatan penghawa dingin akan dipasang pada masa terdekat.Fasa kedua akan melibatkan ruang pejabat dan setor bahan buangan dibahagian belakang premis.

Gambar Bawah:
Pintu besar akan dibina diantara ruang lobi dan kawasan pengeluaran produk. Ini bagi menghadkan serta mengawal dari pelawat memasuki kawasan pengeluaran produk sewenang-wenangnya.

BERGERAK SELAGI DAYA

BERGERAK SELAGI DAYA
UNIT PEMASARAN