Monday, March 21, 2016

PERKEMBANGAN PERENCAH OTAKU 2016

Salam sejastera buat semua pelanggan produk OTAKU. Terlebih dahulu saya mohon ampun dan maaf kerana sekian lama menyepi dalam menyalurkan maklumat berhubung produk Otaku di sini. Agak sebuk dalam menguruskan dalaman syarikat dan kesuntukan masa bagi menulis sesuatu di sini. Kebetulan ada sedikit masa, maka saya mencuri sedikit waktu disini untuk menulis tentang perkembangan produk OTAKU.
Walau tahun berganti tahun namun Perencah Otaku tetap seperti dahulu. Walaubagaimanapun dalam kemelut ekonomi hari ini Produk Otaku Juga terpalit dengan masalah yang sama dengan produk lainnya.Sebagai Syarikat pengeluar kami juga tidak dapat lari dari peningkatan kos.Syarikat Otaku Resources adalah tidak berdaftar dengan GST maka menghadapi kenaikan wajib 6% dari pembelian bahan asasnya tanpa boleh buat sebarang tuntutan . Selain dari GST , kejatuhan Ringgit terus mendesak pembekal untuk menaikan harga bahan mentah dan syarikat terus tertekan dalam kerja-kerja pengeluaran produk. Setelah sekian lama mempertahankan harga kepada pengedar dan pelanggan pada tahun 2016 ini pihak syarikat terpaksa menaikan sedikit harga bagi menampung kos pengeluaran bagi menyelamatkan syarikat dan produk untuk terus berada dipasaran. Walaubagaimana pun kenaikkan harga baru ini masih ditahap munasabah dan harga mampu beli. Berkuat kuasa 01 April 2016 in sha allah .. sebanyak 12 % kenaikan harga baru mungkin akan dilaksanakan. perkembangan seterusnya akan dimaklum dari masa kesemasa.

BERGERAK SELAGI DAYA

BERGERAK SELAGI DAYA
UNIT PEMASARAN