Saturday, November 26, 2011

Majlis Jamuan Kesyukuran




Salam sejastera buat semua...
Agak lama menyepi dari muat turun aktiviti Otaku Resources...
21hb Nov 2011 isnin .. pihak syarikat meluang waktu seketika bagi membolehkan atur cara majlis jamuan kesyukuran dapat dijalankan sempena pembukaan kilang baru yang terletak ditepi jalan utama untuk ke daerah sik berhadapan dengan kilang kereta Naza.

Telah beroperasi hampir 8 bulan baru kini majlis pembukaan diadakan. Majlis sekadar ringkas sahaja para jemputan terdiri pelanggan otaku, jemaah masjid, pembekal bahan, bank tempatan , kakitangan pos , ajensi-ajensi yang terlibat secara langsung atau yang tidak langsung berhubung dengan pengeluaran produk Otaku , rakan-rakan dan masyarakat setempat.

syukur kehadrat Allah kerana dengan limpah rahmatnya majlis berjalan seperti yang dirancang. Walau ringkas namun ramai para jemputan yang hadir memeriahkan majlis ini.

Segala juadah disediakan keseluruhan oleh pihak pengurusan serta kakitangan Otaku Resources serta dibantu oleh ahli keluarga. Menu hidangan pada majlis ini adalah kari daging lembu, ayam masak kicap berempah,sayur kobis, air asam , laksa , kuih muih dan berbagai lagi yang disajikan kepada para jemputan.




Kakitangan serta ahli keluarga Otaku Resources bergotong royong menyediakan menu untuk dihidangkan pada para jemputan. Jamuan bermula dari pukul 12.30 tengahari
sehingga pukul 6 petang. Tahlil di sempurnakan oleh Imam bertugas masjid Gurun Tuan Imam Hassan serta ahli jemaah masjid. Sebuah bas disediakan kepada seluruh jemaah zohor masjid Gurun bagi memudahkan pada para jemaah untuk hadir kerana jarak premis dan masjid agak jauh.

Pada majlis ringkas ini jumlah yang dijemput adalah lebih kurang 600 orang.Diangarkan 78% jemputan yang hadir.Setiap para jemputan yang hadir selain dari dihidangkan berbagai juadah mereka juga dihadiah produk keluaran syarikat iaitu Perencah Char Kuey Teow Otaku setiap seorang.

Walaupun majlis ini di adakan pada hari bekerja namun rakan-rakan usahawan dan para jemputan masih meluangkan waktu untuk hadir bagi memeriahkan majlis yang julung kali diadakan sepanjang keujudan OTAKU RESOURCES ini. Pihak syarikat dan seluruh warga kerja Otaku Resources mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin dan semua jemputan dan kami memohon kemaafan sekiranya ada kekurangan yang kami sembahkan. Sokongan anda semua adalah titik mula langkah kejayaan pada Syarikat Otaku Resorces.

BERGERAK SELAGI DAYA

BERGERAK SELAGI DAYA
UNIT PEMASARAN