Wednesday, December 15, 2010

OTAKU KE PANTAI TIMUR


OTAKU RESOURCES Kini melebarkan pasarannya ke Pantai Timur Semenanjung Melalui syarikat SRI HUMA Trading dari Tanjung Dawai . Syarikat ini terkenal dengan jualan hasil laut secara borong dan runcit dengan pelbagai jenis produk.Pada mereka yang pernah mengunjungi Tanjung Dawai Kedah Pasti akan terlihat pusat jualan syarikat ini yang terletak di Kg Huma sebelah Kanan arah ke pekan Tanjung Dawai .Syarikat ini ada membuat penghantaran pelbagia produk kepada pengedar-pengedar utama mereka di Pantai Timur.

Bagi mereka yang berminat untuk membeli kegunaan sendiri atau memasarkan produk Perencah Char Kuey Teow pelbagai guna OTAKU di kawasan-kawasan tertentu bolehlah menghubungi syarikat ini untuk berbincang dari sudut kos dan penghantaran.

Anda boleh menghubungi untuk maklumat lanjut.
019 4001211 En Anuar
019 4549600 Pn Norma



Sila layari YOUTUBE type otaku2u untuk mengetahui cara memasak menggunakan produk OTAKU.
http://www.youtube.com/watch?v=Hm0WurWGTSc

Friday, December 10, 2010

Tahun Baru Hijrah 1432


Salam Buat semua saudara-saudaraku dimana jua anda berada yang sentiasa mengunjungi laman blog ini . Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432 tahun yang harus kita agungkan kerana inilah kelender dan tahun kita sebagai Umat Islam.


Jangan kita pinggirkan Kalender ini lagi mulai sekarang. Semoga dengan kedatangan tahun baru Hijrah ini akan menjadikan kita lebih mendekat diri pada Allah.Keluar dari kejahilan yang telah sekian lama mengongkong kehidupan kita.Jangan jadikan Awal Muharam ini sekadar cuti Umum dan terus lupa tarikh-tarikhnya serta pengiraan bulannya pada hari-hari seterusnya. Kembali mengingatinya bila tiba pula Bulan Ramadhan dan Syawal. Jadikan Tarikh tahun Hijrah ini sebagai penggunaan harian kita.

SEMOGA ISLAM MENJADI CARA HIDUP SEPENUHNYA DI BUMI ALLAH MALAYSIA TERCINTA.

Thursday, November 18, 2010

HARI RAYA KORBAN


Otaku Resources mengucapkan selamat menyambut HARI RAYA AIDULADHA kepada semua pengunjung blog Otaku2u. Marilah kita sama-sama menghayati peristiwa bermulanya hari raya Korban ini. Kecintaan nabi Allah Ibrahim dan anakandanya Nabi Ismail terhadap Allah. Apakah kita menghayati atau dapat mengikuti jejak baginda berdua dalam istilah pengorbanan kehadrat Illahi.



Melaksanakan titah perintah dalam mengorbankan binatang ternakan adalah sesuatu yang mudah kerana ianya tidak melibatkan jiwa dan raga.Pengorbanan yang paling besar yang harus kita korban adalah berpaling dari kemahuan iblis laknattullah dan nafsu serakah yang selama ini sentiasa mengajak kita kepada jalan yang berlawanan dengan suruhan Allah.



Mampukah kita korban masa tidur kita untuk bangun bertahjud mampukah kita korban masa enak enak lena kita bangun untuk subuh di Masjid , mampukah kita Korban untuk berpuasa sebenar-benar puasa dibulan Ramadhan ,



Mampukankah kita berkorban menjadi Anak yang sebenar-benar anak kepada Ayah dan Bonda,



Mampukah kita berkorban dan menjadi ketua sebenar-benar ketua dalam keluarga.



Berkorban jiwa dan Raga mematuhi segala suruhan Allah dan meninggalkan larangannya.

Ketaatan Baginda Nabi Ibrahim dan Anakandanya Ismail kepada keseluruhan perintah Allah membawa kepada kesedian Baginda berdua menyerah segalanya kepada Allah sehingga sanggup menyembelih dan disembelih hanya kerana menunaikan perintah Allah.Inilah ketaatan yang berada dikemuncak dengan penuh yakin dihati bersama Iman sejati terhadap Allah.

Mampukah kita berada ditempat Baginda berdua.Apakah iman kita telah berada dikemuncak manusia sebagi hamba kepada penciptanya.Apakah cukup sekadar korban binatang ternakan dalam mengukur tahap pengorbanan serta Iman terhadap Allah.Makhluk bernama haiwan bangga dipilih Allah dijadikan binatang Korban semperna Aidul Adha namun haruskah kita bergembira dengan korban yang kita laksanakan sedangkan waktu yang sama kita sentiasa dalam kemurkaan Allah dalam menjalani kehidupan seharian dimuka bumi Allah yang penuh Rahmat ini.

Wednesday, November 3, 2010

Sunday, October 31, 2010

Hasil Laut OTAKU

Hari ini 01 November 2010 produk ke2 keluaran otaku mula masuk pasaran.
Hari ini sebanyak 154 bungkus berbagai saiz produk hasil laut seperti :
Ikan Tamban
Ikan Ketuka
Ikan Gelama Masam
Ikan Gelama Belah
Ikan Selangat
Ikan Sepat Benua
Ikan Sepat Kedah
Tulang Ikan Merah
Sotong Kering
Ikan Bunga Air
Ikan Anak Temenung
dan lain lain lagi akan menyusul kemudian atas permintaan. Syarikat sedia menghantar kepada pengusaha runcit yang berminat. Urusniaga mesti tunai.

Thursday, October 28, 2010

OTAKU BERMULA

OTAKU RESOURCES mula menghasilkan produk Perencah Char Kuey Teow Pelbagaiguna pada tahun 2006. Ini bermakna produk keluaran Otaku sudah berusia 4 tahun.

Bermula diawal pengeluarannya adalah hanya untuk kegunaan sendiri di Gerai Jualan Makanan bergorengnya yang terletak di tengah-tengah Pekan Gurun.


Di Bandar Gurun inilah tempat kelahiran pengusaha dan Produk Kebanggaan Syarikat

Gerai milik MPSP(K) ini di sewa pada mulanya pada tahun 2003 dan menjalankan perniagaan kedai Runcit kecil-kecilan.Setelah gagal untuk kali pertama, bertukar pula kepada penjualan alat-alat telekomunikasi.Perniagaan ini hanya bertahan hanya setahun dan menuju kepada kegagalan. Percubaan terakhir dengan menjual makanan dan minuman menampakkan sedikit pencapaian ketika itu dan dengan adanya produk OTAKU ini Syarikat yang kali ketiganya didaftarkan pada nama OTAKU RESOURCES menampakkan satu perubahan yang membangga.


DI SINILAH BERMULANYA PRODUK PERENCAH CHAR KUEY TEOW BERJENAMA OTAKU ASALNYA.

Setelah mendapat sambutan dari pelanggan dan ada diantara pengusaha char kuey teow di sekitar daerah terdekat yang berminat dengan perencah yang dihasilkan ini maka bermulalah usaha bagi memasarkan produk ini secara komersial.Mempelajari tentang pembungkusan dan bahan-bahan tambahan lainnya bagi memberi ketahanan jangka hayat produk melalui ejensi-ejensi yang berhubung-kait dengan pengeluaran produk.

Diawal pengeluaran penuh dengan kelemahan dari berbagai sudut yang harus diakui.Dari penyedian peralatan hinggalah kepada pembungkusan juga pemasaran namun atas rasa minat serta keyakinan kepada produk yang dihasilkan usaha ini harus diteruskan.

Kajian(R&D) tentang produk dilakukan sendiri secara manual.Tidak hairanlah Otaku Resources pernah diheret ke Mahkamah kerana kesalahan pengunaan bahan terlarang melebihi kadar yang di tetapkan. Ini bukan disengajakan tapi kurang maklumat serta pengetahuan tentang bahan tersebut.

Kekurangan maklumat , pengetahuan seta pengalaman seseorang itu harus melalui beberapa siri masalah terlebih dahulu. Ditipu adalah perkara biasa diperingkat permulaan. Ramai yang akan ambil kesempatan dari kelemahan dan kekurangan maklumat pengusaha yang baru menceburi sesuatu bidang. Ramai yang ingin menolong tapi kesempatan akan digunakan semasa membantu.

Sebelum menghasilkan produk ini pengusaha mengusahakan perniagaan menjual peralatan telekumunikasi setelah menamatkan pekerjaan di salah sebuah syarikat Telekumunikasi yang terbesar di Malaysia sebagai juruteknik.Bidang ini dipilih kerana laluan bidang yang sama semasa bertugas dahulunya. Berbekalkan Modal dari VSS yang diterima mengusahakan perniagaan ini namun rezeki tidak berpanjangan malah gagal hingga membawa kepada hampir muflis.

Allah sentiasa menyalurkan rezeki pada hamba-hambanya samaada yang beriman maupun yang engkar.Dalam melalui suasana yang amat perit dalam kehidupan , segalanya bagai telah mati ketika ini. Pengalaman yang paling indah ketika ini dimana Rumah dilelong,Pacuan 4 roda digadai , Hutang peribadi , hutang Kad Kredit dan lain lain lagi berada di ruang-ruang kamar mahkamah untuk bicarakan.Tidak mungkin dapat dibangun semula. Ketika jatuh kita tiada lagi rakan , tiada lagi taulan semuanya semakin jauh. " Itulah kerja elok-elok berhenti sekarang siapa susah" sering keluar dari mulut keluarga terdekat kerana kita sering meminta dibantu dari mereka.Ejensi kewangan mana akan membantu ketika ini, pasti boleh disenaraikan Wold Of Record jika ada Bank yang membantu. Melainkan pada mu Ya Allah.



Ruang memproses produk diawal pengeluaran.

Setelah ada yang berminat dengan produk yang dihasilkan, dengan peralatan yang sedia ada maka bermulalah usaha ini.Pembungkusan ketika itui hanya menggunakan botol air Mineral bersaiz 1 liter dan 1/2 Liter dan labelnya hanya menggunakan kertas A4 warna tulisannya tetap hitam yang sedihnya bila kena air habis kembang. Ketahanan perencah ketika ini hanya seminggu jika tidak disimpan di dalam Peti sejuk.

Pelanggan harus menempah terlebih dahulu sebelum membelinya. Semakin hari semakin mendapat sambutan dari pengusaha char kuey teow dan surirumah.Berbekalkan modal yang terlalu terhad produk ini dinaik tarafkan sedikit demi sedikit.


Aktiviti memproses dijalankan di Gerai milik MPSP(K)Gurun. Ruangnya agak sempit namun proses pengeluaran tetap berjalan lancar dibantu oleh Isteri . Insan yang sama-sama melalui jatuh bangun perniagaan ini.Sebelah pagi memproses Produk dan sebelah petang mengoreng di Gerai.

Sambutan berterusan dari pelanggan samada digerai jualan makanan bergoreng Char Kuey Teow maupun produk tersebut. Dalam keadaan peribadi yang semuanya telah disenarai hitam masih mencuba untuk mendapat bantuan dari mana-mana pihak yang sudi membantu bagi membesarkan perniagaan ini.Akibat kejatuhan dari perniagaan sebelumnya umpama sebuah negara baru selesai berperang.Demi kehidupan rakyat negara harus dibanggunkan tetapi ada badan dunia yang menyalur bantuan tetapi bila seorang perniaga telah disenarai hitamkan namanya maka ianya boleh diibaratkan kematian yang menanti saat dikebumikan.

Tiada Bank tiada ejensi yang dengan mudah untuk membantu. Bantuan hanya di istimewakan kepada pengusaha yang berjaya , berebut-rebut yang hendak memberi pinjaman. Pada yang gagal tak mungkin akan merasai semua ini. Sampai bila mereka yang disenarai hitamkan akan putih kembali jika tiada bantuan kewangan disalurkan


Pada sesetengah pengusaha yang telah gagal dalam mengejar cita-cita dan hilang arah panduan , maka disaat ini hanya Abang Long atau Ah Long yang menjadi tempat mengadu nasib.



Akibat kegagalan jika tiada Iman serta Ilmu sebagai panduan pasti jalan pintas akan dipilih

Ada yang menaruh harapan dengan Magnum , Toto ,Loteri dan lain -lain lagi untuk dapatkan pendapatan walau secara haram demi hendak bangunkan semula cita-cita yang telah jatuh tanpa dipinta ianya berlaku sedemikian.Ada juga yang tidak sanggup lagi untuk meneruskan kehidupan ini.
>
Ramai memilih jalan singkat bagi menyelesai masalah yang dihadapi.

Selalunya yang bersungguh-sungguh dalam usahanya sentiasa terlepas pandang dari pihak yang harus membantu tetapi mereka yang sekadar suka-suka sering mendapat perhatian dan terlalu mudah menerima bantuan.

Adakala kejatuhan mengajar kita lebih matang serta berhati-hati dalam peluang untuk kali kedua. Bagi Otaku Resources Kunci kejayaan untuk kali ini ialah keberanian serta keyakinan selain dari usaha yang kuat.Sandarkan keseluruhan kepada kekuasaannya kerana Rezeki itu bukan dari Makhluk.

Dari celah-celah kepayahan untuk mendapat bantuan masih ada rakan-rakan yang memberanikan diri mereka untuk menghulurkan bantuan dengan erti kata lainnya membuat pelaburan dengan OTAKU RESOURCES.Hampir RM 27 ribu dapat dikumpul pada peringkat pertama dan diikuti dengan RM 33 ribu pada peringkat ke2. Menjadikan keseluruhan RM 60 ribu bagi Fasa pertama dalam memulakan projek ini.

Setelah semuanya berjalan lancar , produk sudah mula dipasaran dan faktor pengeluaran menjadi masalah utama. Ini kerana tempat serta peralatan yang tidak mencukupi. Bagi melancarkan pengeluaran produk bagi memenuhi permintaan semasa , syarikat mengambil jalan penyelesaian dengan berpindah ke premis baru yang lebih luas dengan menyewa Rumah Kedai di Bedong Kedah.

Bagi menjayakan tujuan ini sekali lagi syarikat menghadapai masalah kewangan.
Syarikat cuba kemukakan permohonan Pinjaman dengan melampirkan kertas kerja serta produk yang telah sedia ada kepada 2 ejensi iaitu TEKUN dan MARA.


Pagawai di dua Ejensi ini berpuas hati dan telah meluluskan permohonan dengan jumlah keseluruhan RM 50 ribu.

Setelah menerima pinjaman ini , OTAKU RESOURCES telah berpindah ke premis baru dengan kadar sewa RM650.00 sebulan sehingga sekarang.......

....sambung

Tuesday, October 26, 2010

QIBLAT RESOURCES


ISNIN 25 OKT 2010
Kini telah dibuka satu lagi rangkaian Kumpulan Otaku Resources. Qiblat Resources bertanggungjawap memasarkan pelbagai hasil laut dan produk pertanian termasuk menjadi pembekal utama ARNAB peliharaan kepada yang berminat untuk memelihara ARNAB



Mereka boleh memilih terus di ladang ternakkan yang tidak jauh dari pusat jualan. Kini penduduk sekitar Gurun serta pengunjung tidak perlu ke Tanjung Dawai lagi kerana semuanya telah ada di Qiblat Resources.
Sambutan amat menggalakan dari pelanggan setempat. Syarikat sedang merancakkan promosi jualan bagi memperkenalkan Qiblat Resources dari kumpulan Otaku Resources ini kepada masyarakat setempat dengan ujudnya kedai hasil laut di Pekan Gurun Ini.


KEDAI PAK NON CARUK PERLANDUK




Persada Biru nama sebuah yang tidak asaing lagi jika anda melalui jalan utama dari Gurun KeSik Kedah. Caruk pelanduk yang lebih tepat kedudukan kedai tersebut. Menjual pelbagai barangan dari makanan hingga lah kebatu nisan.Apa juga yang anda cari mungkin terdapat disitu. Kedudukannya yang strategi tetapi agak pelik jenis produk yang dipasarkan oleh pengusahanya. Ini kerana kebanyakannya barangan yan dijual dihasilkan oleh pengusaha tempatan. Sekitarnya hanya hanya kampung cuma laluannya sahaja menuju ke bandar Sik.




Apa yang ada di bandar tersebut. Namun Pak Non seorang pengusaha yang berpandangan jauh, berani dalam membuat perancangan dan keputusan.Bermula dari kecil-kecilan menjual buah-buahan dan ditambah satu persatu barangan lain dari masa-kemasa kini perniagaannya kian mendapat perhatian pengunjung luar dan dalam untuk singgah membeli.Pasti pengunjung tertarik dengan barangan yang terdapat didalamnya. Apa juga yang anda inginkan pasti ada disitu. Termasuklah Perencah pelbagaiguna Otaku.
Barangan kraftangan yang cantik-cantik pasti memukau anda. Harga yang rendah dengan barang yang berkualiti pasti anda berpuashati. Susun aturnya yang menarik memudahkan pengujung melihat produk pilihan.


Jika lapar dan dahaga anda boleh menjamu selera disitu, laksa dan ais kacang memang mengancam. Pendek kata semua ada... syabas Pak Non.. semoga anda terus berjaya.

Saturday, October 23, 2010

45 MINIT TERAKHIR

Dalam mengharungi pahit maung memajukan syarikat untuk menjadi sebagai usahawan berjaya bukanlah semudah seperti yang sering kita lihat dalam drama-drama swasta atau filem-filem di TV . Pada penghujung cerita 45 minit terakhir , orang yang berusaha pasti akan berjaya walau diawal cerita ia gagal maupun dihina.. Mengalir air mata penonton sedih jalan ceritanya. huhuhuhuh..... sedih cover air mata takut orang tengok.....

Tapi dunia realiti dalam perniagaan bak kata perpatah" berat bahu memikul berat lagi seluruh badan yang menanggung" ...


tipulah kalau berat lagi mata memandang. Semua tu hanya di mulut bukan dihati... itu hanya kata-kata dusta.

Sapa yang lalui lorong usahawan dia lah akan mengetahui bagaimana suasana yang ada pada lorong tersebut.

Kalau benar berat lagi mata memandang nescaya Usahawan melayu Malaysia setaraf bangsa lain malah lebih baik dari bangsa-bangsa lainnya.


Walaubagaimanapun Otaku Resources sedaya upaya berpaut bangun , mengantur langkah belajar bertakteh agar langkah tidak sumbang untuk berjalan walau dihati teringin sangat untuk berlari tapi bimbang takut tersungkur tersembam langsung tidak boleh bangun-bangun lagi.

Otaku Resources cuba sedaya upaya memastikan usahanya selama ini akan ditakdir Allah berterusan hingga kesuatu waktu yang panjang dan berkesempatan dipuncak kejayaan dengan pendakian penuh bergaya tanpa sebarang bantuan . Otaku Resources berbangga sendiri walau siapa tidak pernah peduli, perlahan-lahan namun terus mendaki walau masih jauh dipuncak kejayaan.



Beginilah keadaan semasa walaupun tidak setanding dengan pengusaha berjaya lainnya namun peningkatan membuat rasa bangga.

ri.




Peralatan sebegini telah tidak diguna pakai lagi oleh pengusaha-pengusaha berjaya, semuanya dah bertukar automatik. Tapi inilah yang termampu oleh Otaku Resources. Tiada siapa yang ingin pandang maka berusahalah sendiri. walau tidak terhenti-henti melaung minta ditolong namun semua butakan mata pekakkan telinga yang cerdik saja buat bodoh. Ada saja alasan yang diberi.." Maaf encik... akaun encik kurang cantik.." maaf encik nama encik disenarai hitam" .. Maaf encik ..encik kena selesai tunggak... bla bla bla.... macam-macam. Seandainya semua ini tiada dimiliki tak payah nak minta bantuan. Sampai bila Usahawan melayu nak berjaya. Sehebat Perwaja boleh jatuh , apatah lagi pengusaha kecil , kalau jatuh tidak diberi peluang untuk bangun tidak mungkin akan bangun semula.

Otaku Resources masih lagi terdaya untuk mengharungi segala onak dan duri dalam paya perniagaan yang penuh cabaran. Untuk mereka diluar sana seandai bercita-cita untuk menceburi bidang ini. Kuatkan iman kuat kan fizikal ,mental takut-takut boleh jadi kurang siuman akibat kegagalan. Anda harus berani lalui kegagalan sebelum menemui kejayaan.

Antara kejayaan dan kegagalan yang paling manis adalah kegagalan. Pengalaman pada kegagalan itu adalah suatu aset yang tiada nilai untuk dijual-beli. Tanpa kegagalan yang dilalui anda bukanlah usahawan gemilang.






NOrrizan

BERGERAK SELAGI DAYA

BERGERAK SELAGI DAYA
UNIT PEMASARAN