Tuesday, January 1, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Selamat tahun baru untuk semua warga Dunia dan seluruh rakyat Malaysia terutama pengedar serta pengguna produk OTAKU tidak kira dimana anda berada yang sentiasa memberi sokongan kepada kami.
Semoga pada tahun 2013 masihi ini memberi kita perubahan serta penghijrahan dari kekurang kepada yang lebih baik dalam setiap sudut kehidupan ini. Segala kenangan serta pengalaman tahun lalu dibaiki serta diperelokkan pada tahun baru ini. Biar ia berlalu pergi dengan berlabuhnya tirai semalam detik jam 12.00 malam.
Kedatangan tahun 2013 memberi lembaran baru kepada kegagalan semalam jika ada. Sekira semalam adalah yang terbaik mungkin 2013 lebih cermelang dari sebelumnya.
Kegagalan maupun kecermelangan semalam harus ditoleh dari mana datangnya ia. Gagal itu dari Allah Cemerlang itu juga miliknya.Besabar serta bersyukur adalah sifat indah bagi sorang hamba. Pertingkatkan amalan serta ibadah kepada Allah dari sebelumnya kerana pasti jarak kematian semakin hampir setiap bertambah tahun yang baru. Mana mungkin usia kita dipanjangkan bersama dengan tahun yang mendatang melainkan dengan kehendaknya. wallahualam

BERGERAK SELAGI DAYA

BERGERAK SELAGI DAYA
UNIT PEMASARAN