Wednesday, August 15, 2012
EKSPO USAHAWAN "JOM NIAGA"
Berlangsung di UITM Merbok pada 19 & 29 Jun 2012 Ekspo Usahawan " Jom Niaga".
Program ini disempurna Oleh TMP dan sambutannya hanya agak meriah pada hari perasmiannya sahaja. Pada hari berikutnya pengunjung serta jualan agak berkurangan.
Ratusan usahawan kecil dan besar turut menjayakan program ini. Penempatan untuk tapak jualan agak luas juga disediakan penganjur tapi keadaan tapak yang berbatu penyebab kepada habuk yang banyak. Habis produk di liputi habuk batu kasaran apabila pengunjung berlalu-lalang.
Aktiviti yang dijalankan agak berbagai juga antaranya Cabutan bertuah, karaoke , belon panas , pertandingan memasak dan lain-lain lagi.
Sambutan pengunjung pada tahap sederhana dan jualan agak suram sepanjang program ini dijalankan.
Persiapan serta hiasan Gerai Jualan sebelah malam sebelum acara bermula esok paginya.
Pengunjung yang hadir serta aktiviti sepanjang program diadakan.
OTAKU KE TERENGGANU
Thursday, August 2, 2012
Salam buat semua pengunjung Blog Otaku Resources. Agak sekian lama saya tidak mengemaskini blog ini. Agak sebuk kebelakangan ini... kita taukey kitalah kuli...
Apa pun hari ini ada sedikit ruang dan masa untuk menaip.
Belum terlewat rasanya untuk saya dan seluruh wargakerja Otaku Resources Mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di mana jua berada semoga ibadat puasa tahun ini lebih indah , lebih bermakna , lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya. Semoga ibadah puasa kita semua dilaksanakan sebagai ibadat bukan ianya sebagai adat semata-mata. Bulan Kerahmatan bulan keampunan bulan yang membebaskan kita dari api neraka Allah. Sama-sama kita ambil peluang memperbaiki ISLAM BAKA yang telah kita warisi. Semoga berkualiti disisi ALLAH.
Ambillah peluang yang Allah kurniakan pada kita kerana masih berkesempatan dengan Ramadhan kali ini untuk memohon keampunan darinya atas dosa-dosa yang lalu. Janganlah kita tergolong dalam golongan manusia sombong dengan penciptanya sendiri.Allah menganugerahkan berbagai buat kita tanpa langsung kita sedari... namun sombongnya kita pada Allah untuk sujud padanya.Manusia yang tidak bersolat adalah manusia yang sombong pada Allah. Angkuhnya manusia kerana tidak mahu bersujud pada penciptanya. Manusia yang tidak bersujud kepada Allah lebih buruk sifatnya dari iblis kerana kesalahan iblis hanya tidak mahu sujud kepada Nabi ADAM as bukan pada Allah.
Sesungguhnya Rahmat Allah mendahului kemurkaannya maka jadilah kita hamba yang mendapat rahmatnya. Penuhi siang dan malam Ramadhan ini dengan ibadah.
Subscribe to:
Comments (Atom)