Thursday, August 28, 2008

OTAKU RESOURCES















SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG KE DUNIA OTAKU RESOURCES

PRODUK UTAMA adalah Perencah CHAR KUEY TEOW dan PERENCAH PELBAGAI GUNA (MULTI PURPOSE SAUCE) untuk masakkan bergoreng juga yang berkuah tanpa perlu menambah sebarang perasa lain.Dengan satu sukatan anda bagai seorang tukang masak yang berpengalaman.MUDAH CEPAT SEDAP itu slogan serta matlamat kami.

Dicipta untuk kegunaan sendiri asalnya.Kini hasil dari usaha dan sambutan para pelanggan juga pengguna .. OTAKU RESOURCES melangkah setapak lagi kehadapan dengan kormesilkan Produk ini di pasaran terbuka.Dua tahun di peringkat percubaan dengan memasarkan di pasaran tempatan setelah mendapat permintaan serta sokongan dari pengusaha makanan sehingga peruncit serta pengedar yang di lantik kini produk otaku dengan wajah baru serta pembungkusan yang lebih menawan dengan memenuhi keperluan pengguna dengan adanya empat saiz yang berbeza kuantiti dan harga. Ini memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih produk Otaku Resources mengikut kesesuaian dan keperluan masing-masing.Memberi peluang perniagaan kepada mereka yang berminat. Ia juga menjimatkan perbelanjaan serta masa surirumah jika mengunakan produk ini.






Dalam arus pembangunan , masyarakat dalam kesibukkan.Masa terlalu singkat segalanya harus cepat mudah juga selamat. Bagi masyarakat Islam pula kebersihan harus dititik beratkan agar dapat keberkatan dari hasil permakanan ini. Kesesuain pada Produk ini adalah untuk semua yang dicari oleh pengguna hari ini.

Mudah dari penyediannya, tanpa perlu menyediakan berbagai bahan yang lain seperti sebelumnya, tidak perlu mempunyai kepakaran serta proses penyedian menjadi cepat akan menjimat masa dan hasilnya amat memuaskan kepada mereka juga sesiapa sahaja yang menikmatinya.




Dari sudut kebersihan pasti ia dijamin kerana semua bahan yang diadun didalamnya adalah bahan yang terpilih , berkualiti dan bermutu.Bahan-bahan ini diiktiraf oleh Pihak Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri dari segi Halalnya.


Proses serta pengeluaran produk dijalan di kawasan serta bangunan yang tertutup. Kebersihan kawasan serta peralatan amat dititik beratkan oleh Syarikat bagi menjamin Kualiti Produk ini.

Diawal pengeluaran pada tahun 2006 hanya sekadar percubaan namun permintaan cukup memuaskan dari pembeli ini adalah kerana kelainan yang ada pada Perencah Char Kuey Teow Otaku. Faktor ini mendorong pengguna minat membelinya selain dari rasanya yang pasti enak.Pada pengeluaran pertama ini dari sudut harga agak terlalu tinggi kerana pembiayaan kos pengeluaran juga tinggi. Bagi memantapkan lagi dari segi tarikkan pelanggan serta setanding dengan pembukusan produk keluaran lainnya Otaku Resources telah menampilkan produk ini dengan memilih jenis botol yang lebih sesuai kepada empat saiz berbeza.Ini kerana ingin memenuhi keperluan pelanggan pada semua lapisan. Bermula dengan serendah harga RM 3.80 sehinggalah pada harga RM 18.80 sebotol.


Dengan strategi pemasaran dan plan pemasaran yang dilaksanakan maka hari ini...
produk Otaku kian dikenali ramai. Dengan penambahan pengedar pada setiap masa ini memberi keyakinan kepada syarikat untuk memperbesarkan serta meningkatkan kadar pengeluaran bagi menampung permintaan semasa.











Dengan modal yang terhad namun Otaku Resources cuba sedaya upaya untuk berdaya saing dengan syarikat lainnya. Namun setiap persembahan yang di tunjukkan tetap mantap, langkahnya tetap bergaya sama dengan mereka yang berjaya lainnya.Walau serba kekurangan namun masih dapat memberi penampilan terbaik setiap kali mengikuti karnival, ekspo dan sebagainya.. Melalui ini sajalah yang termampu dan dapat memberi ruang bagi memperkenalkan produk kepada umum. Otaku kini sedang menuju kearah kejayaan dengan penuh bergaya.... Kegagalan adalah pintu kepada kejayaan jika kita membukanya.

Gambar-gambar ini ketika di Karnival- KARSEP 08 yang di adakan di perkarangan mini stadium Pendang Anjuran Pasaraya Pendang. Sambutan amat mengalakkan .
Pelanggan dengan penuh minat ingin mengetahui tentang Produk Otaku yang agak unit dari namnya.
Selain dari nama , produk keluaran Otaku juga unit kerana ianya adalah MULTI PURPOSE SAUCE yang boleh diguna untuk pelbagai masakkan tanpa menambah sebarang perasa tambahan lainnya.

No comments:

BERGERAK SELAGI DAYA

BERGERAK SELAGI DAYA
UNIT PEMASARAN