Thursday, November 18, 2010
HARI RAYA KORBAN
Otaku Resources mengucapkan selamat menyambut HARI RAYA AIDULADHA kepada semua pengunjung blog Otaku2u. Marilah kita sama-sama menghayati peristiwa bermulanya hari raya Korban ini. Kecintaan nabi Allah Ibrahim dan anakandanya Nabi Ismail terhadap Allah. Apakah kita menghayati atau dapat mengikuti jejak baginda berdua dalam istilah pengorbanan kehadrat Illahi.
Melaksanakan titah perintah dalam mengorbankan binatang ternakan adalah sesuatu yang mudah kerana ianya tidak melibatkan jiwa dan raga.Pengorbanan yang paling besar yang harus kita korban adalah berpaling dari kemahuan iblis laknattullah dan nafsu serakah yang selama ini sentiasa mengajak kita kepada jalan yang berlawanan dengan suruhan Allah.
Mampukah kita korban masa tidur kita untuk bangun bertahjud mampukah kita korban masa enak enak lena kita bangun untuk subuh di Masjid , mampukah kita Korban untuk berpuasa sebenar-benar puasa dibulan Ramadhan ,
Mampukankah kita berkorban menjadi Anak yang sebenar-benar anak kepada Ayah dan Bonda,
Mampukah kita berkorban dan menjadi ketua sebenar-benar ketua dalam keluarga.
Berkorban jiwa dan Raga mematuhi segala suruhan Allah dan meninggalkan larangannya.
Ketaatan Baginda Nabi Ibrahim dan Anakandanya Ismail kepada keseluruhan perintah Allah membawa kepada kesedian Baginda berdua menyerah segalanya kepada Allah sehingga sanggup menyembelih dan disembelih hanya kerana menunaikan perintah Allah.Inilah ketaatan yang berada dikemuncak dengan penuh yakin dihati bersama Iman sejati terhadap Allah.
Mampukah kita berada ditempat Baginda berdua.Apakah iman kita telah berada dikemuncak manusia sebagi hamba kepada penciptanya.Apakah cukup sekadar korban binatang ternakan dalam mengukur tahap pengorbanan serta Iman terhadap Allah.Makhluk bernama haiwan bangga dipilih Allah dijadikan binatang Korban semperna Aidul Adha namun haruskah kita bergembira dengan korban yang kita laksanakan sedangkan waktu yang sama kita sentiasa dalam kemurkaan Allah dalam menjalani kehidupan seharian dimuka bumi Allah yang penuh Rahmat ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment