Saturday, April 23, 2011

OTAKU HIJRAH KE KEPALA BATAS

Kini kepada pengguna sekitar kawasan Kepala Batas Pulau Pinang boleh mendapatkan produk Jenama Otaku dipasaraya LONGWAN bersebelahan Balai Polis Kepala Batas jalan Sungai Petani Butterworth. Pembukaan pasaraya ini difahamkan akan dibuka seawal bulan may 2011 nanti. Kerja -kerja penyusunan barang sedang giat jalankan oleh kakitangan Longwan bagi memastikan pasaraya ini dapat beroperasi seperti dijadualkan.
Pasaraya Longwan yang sama dengan pengurusan Gmart Sungai Petani adalah antara pasaraya yang menawarkan harga murah kepada pelanggan.

Dapatkan produk Jenama OTAKU berbagai saiz dengan harga terendah di Longwan dan Gmart.Pengguna boleh bandingkan harga semua barang di mana-mana Longwan dan Gmart dengan pasaraya lain. Ianya amat berbeza.

Otaku Dalam IKS RTM

15 April 2011 Otaku Resources telah dikunjungi oleh krew IKS RTM untuk buat liputan berhubung produk jenama OTAKU keluaran syarikat Otaku Resources. Pertemuan secara kebetulan di Ikhwan food Bukit Minyak sebulan yang lalu semasa penghantaran produk kesana membawa kepada liputan ini terjadi.
Pihak syarikat amat berbesar hati dan berterima kasih yang amat sangat kepada En Sham dan jurukamera yang memilih produk keluaran kami sebagai diantara produk yang
akan diketengah dalam rancangan IKS RTM nanti.

Semoga dengan tersiarnya produk serta cerita tentang syarikat Otaku Resources di TV nanti peningkatan keluaran akan dirasai.

Usaha kerajaan serta pihak RTM dalam membawa produk usahawan IKS ini lebih jauh kehadapan melalui rancangan di TV harus dipuji.TV adalah satu bahan iklan yang amat penting dekat ini dalam menyampai segala maklumat kepada pengguna.Pengaruh TV boleh memberi kesan mendalam kepada mempromosikan sesuatu produk kepada pengguna.

Banyak produk IKS yang dihasilkan oleh usahawan yang berkualiti tinggi tetapi pengguna gagal mengetahui tentang keujudan produk-produk terbaik ini. Ini adalah faktor pengusaha IKS terhad dari berbagai sudut terutama faktor kewangan ,pengetahuan serta penyedian produk masih mempunyai kelemahan tersendiri yang menjadi penyebab terlepas pandang dari pihak tertentu dan pelanggan.

Untuk mempromosikan didalam media cetak , elektronik dan sebagainya bukan sesuatu yang mudah tanpa modal yang mencukupi. 12 bulan untuk iklan pada papan iklan ditepi jalan(bilboard) tidak kurang RM32,000.00 , 6 Bulan tidak kurang dari RM 18,000.00 dan ianya lebih mahal berlipat ganda jika disiarkan di TV. Caj serta syarat yang dikenakan ini tidak mungkin pihak pengeluar bertaraf IKS akan mampu mencapai cita-cita mereka. Walau pihak kerajaan melalui ejensinya menyediakan berbagai geran berhubung tujuan ini namun tidak mungkin semua ini akan terlayan.

Tanpa sebarang bayaran kepada pengusaha IKS dalam menyiarkan perihal produk kepada umum ini adalah satu usaha murni RTM dan ianya seiring dengan hasrat kerajaan dalam memajukan produk IKS.

Thursday, April 7, 2011

KAMI TELAH BERPINDAH

Bertarikh 05 April 2011 Otaku Resources telah memulakan operasi permindahan peralatan memproses produknya ke premis baru yang terletak di kawasan perindustrian IKS milik KEDA Sungai Bongkok Gurun Kedah. Permindahan ini melibatkan semua kakitangan Otaku Resources dan ianya berjalan lancar seperti yang dirancang.Permindahan ini dijadualkan mengambil masa 3 hari termasuk susun atur peralatan di premis baru.

Peringkat pertama permindahan ini adalah tertumpu kepada peralatan masak dan kerja-kerja memproses bahan mentah sehingga proses memasak produk terus dijalankan pada hari kedua 06 April. Kerja-kerja memasak berjalan lancar tanpa sebarang masalah walau berada ditempat baru dan pada masa yang sama kerja-kerja permindahan terus berjalan seperti yang dirancang.Kerja memasak produk mengambil masa hampir 8 jam dan ianya selesai jam 11 malam.

Oleh kerana bilik penyejukkan produk belum siap pemasangan sistem penghawa dingin, proses menyedut produk dari bilik masak ke bilik penyejukkan terpaksa ditunda jadualnya. Beberapa peralatan menyedut harus diubahsuai kerana kedudukkan susun atur agak berbeza dari yang asal.

07 April keseluruhan barang serta peralatan telah dipindahkan ke premis baru dengan menggunakan sebuah lori 6 TON . Kerja-kerja pemasangan alat penghawa dingin pula dilakukan oleh kontraktor yang dilantik dan kerja pemasangan ini harus siap secepat mungkin kerana proses penyejukkan harus dilaku segera bagi mengelakkan kerosakkan pada produk.Alat penyedut juga telah diubah suai mengikut keadaan tempat semasa oleh sebuah syarikat yang dilantik dan siap seperti yang diarahkan.

Bilik penyejukkan produk siap keseluruh pada jam 6.30 petang dan proses menyedut siap pada jam 8 malam. Tanggal 06 April 2011 adalah tarikh bermulanya operasi pengeluaran produk berjenama OTAKU di premis baru. Kilang lama yang terletak di Bedong akan berakhir mengikut notis adalah 30 April 2011. Kerja-kerja membersih semula premis akan dilakukan segera sebelum penyerahan kunci kepada pemiliknya.

Kini OTAKU RESOURCES telah bermula beroperasi ditempat baru semoga hasil pengeluaran lebih baik dari yang sebelum.

BERGERAK SELAGI DAYA

BERGERAK SELAGI DAYA
UNIT PEMASARAN