Bertarikh 05 April 2011 Otaku Resources telah memulakan operasi permindahan peralatan memproses produknya ke premis baru yang terletak di kawasan perindustrian IKS milik KEDA Sungai Bongkok Gurun Kedah. Permindahan ini melibatkan semua kakitangan Otaku Resources dan ianya berjalan lancar seperti yang dirancang.Permindahan ini dijadualkan mengambil masa 3 hari termasuk susun atur peralatan di premis baru.
Peringkat pertama permindahan ini adalah tertumpu kepada peralatan masak dan kerja-kerja memproses bahan mentah sehingga proses memasak produk terus dijalankan pada hari kedua 06 April. Kerja-kerja memasak berjalan lancar tanpa sebarang masalah walau berada ditempat baru dan pada masa yang sama kerja-kerja permindahan terus berjalan seperti yang dirancang.Kerja memasak produk mengambil masa hampir 8 jam dan ianya selesai jam 11 malam.
Oleh kerana bilik penyejukkan produk belum siap pemasangan sistem penghawa dingin, proses menyedut produk dari bilik masak ke bilik penyejukkan terpaksa ditunda jadualnya. Beberapa peralatan menyedut harus diubahsuai kerana kedudukkan susun atur agak berbeza dari yang asal.
07 April keseluruhan barang serta peralatan telah dipindahkan ke premis baru dengan menggunakan sebuah lori 6 TON . Kerja-kerja pemasangan alat penghawa dingin pula dilakukan oleh kontraktor yang dilantik dan kerja pemasangan ini harus siap secepat mungkin kerana proses penyejukkan harus dilaku segera bagi mengelakkan kerosakkan pada produk.Alat penyedut juga telah diubah suai mengikut keadaan tempat semasa oleh sebuah syarikat yang dilantik dan siap seperti yang diarahkan.
Bilik penyejukkan produk siap keseluruh pada jam 6.30 petang dan proses menyedut siap pada jam 8 malam. Tanggal 06 April 2011 adalah tarikh bermulanya operasi pengeluaran produk berjenama OTAKU di premis baru. Kilang lama yang terletak di Bedong akan berakhir mengikut notis adalah 30 April 2011. Kerja-kerja membersih semula premis akan dilakukan segera sebelum penyerahan kunci kepada pemiliknya.
Kini OTAKU RESOURCES telah bermula beroperasi ditempat baru semoga hasil pengeluaran lebih baik dari yang sebelum.
Thursday, April 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment