KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) akan menganjurkan Karnival Usahawan Kedah 2011 yang dijadualkan berlangsung pada 22 hingga 24 Julai ini di Alor Biak, Jerlun, Kedah.
Timbalan Menterinya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pelbagai produk dan perkhidmatan dari negeri berkenaan akan dipamerkan pada karnival itu selain aktiviti, latihan, dan ceramah usahawan.
“Kita menjemput sesiapa saja yang berminat untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka bukan hanya di kalangan usahawan Kedah tapi usahawan dari negeri lain supaya mereka dapat dedahkan kepada masyarakat umum apa yang mereka keluarkan,” katanya selepas merasmikan Karnival Kerjaya, Usahawan dan Kepenggunaan Belia 1 Malaysia Peringkat Daerah Padang Terap di Kuala Nerang, Kedah semalam.
Beliau berkata karnival itu juga akan mewujudkan jaringan antara usahawan kerana mungkin ada pihak lain yang mempunyai kepakaran tertentu yang boleh di kongsi dengan kawan yang baru menceburi dalam bidang itu.
Berbagai produk dipamerkan digerai jualan oleh pengusaha seluruh negeri Kedah ini. Selain dari produk berbagai aktiviti lain dilangsungkan sepanjang program ini termasuk liga bolasepak 7 sebelah , larian dan berbagai lagi.
Otaku Resources juga turut diberi peluang oleh pihak KEDA untuk bersama-sama dalam memasarkan produk keluarannya. Pada awalnya ada sedikit kekeliruan dari pihak penganjur kerana 4 Usahawan KEDA tidak disediakan tempat untuk tujuan ini . Walaubagaimanapun setelah perbincangan antara pihak pengurusan KEDA dengan pengajur masalah ini dapat diselesaikan.
Peratus kehadiran pengunjung amat mengalakkan walau cuaca agak panas pada hari pertama dan kedua. Walaupun pengunjung ramai namun jumlah jualan agak merosot pada sesetengah pengusaha ini mungkin Karnival diadakan pada pertengahan bulan dan pengujung berhati-hati dalam perbelanjaan memandangkan Ramadhan hampir tiba.
Karnival Usahawan Kedah ini di meriahkan lagi dengan hadirnya moskot UPIN & IPIN. Ini memberi peluang kepada golongan kanak-kanak mendekati ikon kegemaran mereka yang selama ini hanya disaksikan di kaca TV sahaja.Mereka berpeluang bergambar dan membeli produk keluaran Upin & Ipin.
GERAI JUALAN OTAKU RESOURCES
Lori pameran yang menjadi perhatian pengujung kerana rekabentuknya yang menarik.
Pihak Otaku Resources tertarik dengan pengubahsuaian pada lori ini dan ianya bersesuaian dengan produknya bagi tujuan promosi memperkenalkankan pada pengguna.
Sunday, July 24, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment