Thursday, November 22, 2012
OTAKU DI PASAR BORONG SELANGOR
Untuk warga Selangor dan jiran-jiran sekitarnya sekiranya anda masih tercari-cari produk OTAKU perencah char kuey teow keluaran Otaku Resources, anda boleh dapatkan juga di Pasar Borong Selangor di
LOT 140 Pasar Borong Selangor
43300 Seri Kembangan Selangor
Talian : 017 4893886 / 016 2025642
Selain dari Pasar Borong Selangor anda juga boleh dapati di
Mael Save
Pemborong & Peruncit
No 31 , 33 ,36 Jalan Kajang Impian
Taman Kajang Impian , Seksyen 7 Bangi
43650 Bandar Baru Bangi
Talian : 017 4893886 / 016 2025642
Semoga dengan maklumat di atas dapat membantu anda untuk memperolehi produk OTAKU.
Tuesday, November 13, 2012
AWAL MUHARAM 1434 H
Salam Sejahtera buat semua pengunjung blog Otaku Resources. 2012 hampir melabuh tirai tahunnya dan meninggalkan kita bersama kenangan yang ada. Suka duka yang kita lalui bersamanya akan berlalu pergi dengannya. Jika diizin Allah dengan usia yang ada maka berkesempatanlah kita dengan lembaran tahun yang baru 2013 yang semakin hampir . Kehadirannya membawa kepada peningkatan usia setiap diri kita yang masih kekal hari ini dengan keizinannya.
Tahun 2012 akan berlalu pergi dan pasti disambut meriah oleh penghuni dunia. Semoga kita yang bergelar umat Nabi Muhammad tidak lupa sama sekali tahun agung Islam yang juga akan melabuh tirainya pada hari ini 14 Nov 2012. Tahun hijrah 1433 akan meninggalkan kita dengan berbagai kenangan suka duka sepanjang bersamanya.
Tahun Hijrah 1434 akan menemani kita sepanjang usia berbaki yang Allah kurniakan mengikut kehendak dan izinnya bermula esok hari Khamis 1 Muharam bersamaan 15 Nov 2012.. Semoga dengan kehadiran akan memberi sinar baru bersama keazaman yang kita pahat disudut hati masing-masing dengan berbagai keazaman dan cita-cita kearah kecermelangan rohani dan jasmani dalam mencari keredhaan Allah. Semoga dengan tahun yang baru peningkatan amalan dalam beribadah pada Allah akan ditambah dari tahun yang lalu.
Setiap tahun yang hadir membawa maksud penambahan pada usia mahkluk dalam menghuni di alam dunia ini tidak kira apa jenisnya. Kita yang bergelar mahkluk manusia yang dicipta sebagai mahkluk yang terbaik dengan kelebihan berakal maka kita ada tanggungjawab yang harus dilaksana. Maka dengan kehadiran tahun 1434 hijrah ini akan memberi lebih bermakna dalam kehidupan seharian kita dan kualiti sebagai umat Nabi Muhammad lebih terserlah.
SELURUH WARGA KERJA OTAKU RESOURCES BESERTA KELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 1434 H BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DAN SELURUH PELANGGAN JUGA PENGGUNA PRODUK OTAKU
Monday, October 22, 2012
OTAKU KE BRUNIE LAGI
Syukur Alhamdullilah.. pujian kepada Allah tuhan sekalian alam. Terima kasih juga untuk rakyat negara Brunie DS yang memberi sokongan keatas produk keluaran Otaku Resources.
Penghantaran buat kali ke 6 dengan peningkatan jumlah belian dari pengedar tunggal kami di negara Brunie amat membanggakan. Bermula dengan penghantaran pertama pada tahun 2009 dengan kuantiti 50 kotak dan kini penghantaran terkini dengan jumlah 220 kotak satu jumlah yang baik.
Semoga peningkatan serta belian ulangan ini berterusan untuk selamanya. Brunie adalah negara luar selaian malaysia pertama yang mengimpot produk jenama OTAKU.
Fama sejuk beku Alor Setar jalan Gangsa yang mengguruskan penghantaran ini. Terima kasih kepada warga kerja FAMA Sejuk Beku Alor Setar yang terlibat dengan penghantaran serta mempromosi produk OTAKU melalui Ekspo serta pameran yang sertai.
Semoga produk Otaku ini akan juga berada di negara lain pada masa akan datang.
Saturday, September 29, 2012
KETOK MENGETOK... CAT MENGECAT
Di sisni saya cuba ketengahkan 2 orang sahabat mengenai perkhidmatan mereka. SOrang ketok mengetok sorang lagi cat mengecat. Untuk mereka-mereka yang di luar sana berkeinginan atau memang sedang mencari untuk mengetok atau mengecat bolehlah mengunjungi mereka di Kampung kepala Bukit. Jika dari Alor Setar ke Gurun sebaik sahaja anda melepasi simpang masuk untuk ke kaki Gunung Jerai, 200 meter dihadapan anda ada gerai menjual Jagung dan sebuah jambatan. Beri isyarat kekiri perlahan kan kenderaan anda dan anda akan nampak bengkel mengetok dan mengecat sebaik saja melepasi jambatan tersebut.
Nama hamba Allah 2 orang ini ialah Si pengetok namanya Ah Lee dan si pengecat namanya Ah laim. Tapi mereka Bumiputra tulen. Melayu beragama Islam. Insyaallah.Bila jumpa boleh la berbincang harga dan sebagainya.
Saya jamin anda pasti berpuashati dengan hasil kerja mereka.
Ini si pengecat... En Halim Nayan
nchor="1" style="margin-left:1em; margin-right:1em">
Ini pula si pengetok.. Semua dia ketok. En Mohd Zahir atau Ah Lee.
Layan semua jenis kenderaan.
Mereka berdua ni dah berbelas tahun mengusahakan bakat masing-masing. Berbeza bidang namun mencari rezeki dibumbung yang satu.
Kereta-kereta yang dalam proses untuk kelihatan seperti baru semula.
Dibawah ini adalah sebuah Van yang telah uzur sangat namun pemiliknya masih lagi mahu membaikinya dan Ah Lee sangup untuk kerja-kerja baik pulih ini. Anda boleh lihat sendiri keadaan gambar van ini.
Ah Leam sedang mengilat sebuah kereta pelanggan yang telah siap dicatnya akibat kemalangan kecil pada bahagian pintu belakang. Warna dan hasilnya begitu berkualiti sekali.
Sentuhan terakhir sebalum menyerah kereta ini pada tuannya. Tapi yang tengah memerhati tu bukan tuan kereta . En Hambali pekerja mahir pada En Halim. Bos lebih mahir jadi bos le kena buat.... Bos tak bos .... no job no money.....
Kereta ni pula dah siap diproses oleh Ah Lee . Kini tunggu giliran Ah laim pula mengecatnya.
Kereta Toyota ini pula sedang menanti dirinya dicat semula oleh Ah Laim.
Pelanggan pasti berpuas hati dengan hasil kerja mereka ini. Urusan niaga dalam Ringgit Malaysia dan Tunai sahaja.
Sekiranya anda ingin perkhidmatan mereka boleh hubungi 0195665693 En Halim.
Thursday, September 27, 2012
QIBLAT Jenama Baru
Otaku Resources melangkah satu tapak lagi dalam dunia perniagaan. Walaupun ditangan kekurangan modal tunai , ini kerana tiada ada agensi yang sudi menjeling apatah lagi ingin membantu namun Otaku Resources cuba untuk mengatur langkah walau agak tempang untuk memenuhi cita-cita yang tinggi mengunung ini.
Kalau dahulunya diawal permulaan tahun 2007 , Otaku Resources tercari-cari rentak untuk mengembangkan harta interleknya kepasaran yang lebih luas tanpa modal yang mencukupi namun perkara itu telah berlalu 5 tahun sudah. Otaku Resources telah terjaga dari mimpi yang ngeri iaitu mimpi seorang usahawan.
Mimpi-mimpi ngeri ini tetap datang dan pergi dalam tidur seorang usahawan yang kental berjuang di dalam gelanggang perniagaan. Kekalahan nyata di hadapan namun menyerah tidak sama sekali. Langkah pertama diatur pada tahun 2005 setelah bertekat melepaskan jawatan bergaji tetap dengan alaun berbagai kerana ketika itu bertugas dengan salah sebuah syarikat Gergasi yang penuh dengan kemewahan.
Walaubagaimana hebat majikan ketika itu namun kepuasan masih belum dapat menawan jiwa.Namun besyukur rezeki ketika itu melimpah ruah kerana Allah menyalurkanya melalui majikan tersebut.Luas berjalan luas pandangan,itulah yang dapat masa bertugas ketika itu. Melihat pada kejayaan orang lain membuat hati ingin sama berada dalam trek lumba seorang usahawan. Kini realitinya perlumbaan telah bermula, larian sedang rancak diatas balaban. Ketika ini Otaku Resources sedang memecut dilorong sendiri dengan penonton bertepuk riuh berbeza diawal permulaan tadi. Pada dalamannya disaat memecut ini amat keletihan sekali, namun semangat penonton membuat tenaga bagai ditambah.Ramai juga yang tersungkur dipertengahan perlumbaan ada juga terseliuh kaki hampir di depan garisan penamat,
Ada yang lebih malangnya sesak nafas lalu menghembus nafas terakhir sebelum menamatkan perlumbaan.
Otaku Resources juga belum pasti nasibnya kerana garisan penamat masih jauh belum nampak di hadapan,Memecut pada kadar yang termampu pada kaki dan mengawal degupan jantungnya agar tidak terhenti. Ramai juga peserta yang tumbang diawal perlumbaan, sedang mereka itu terdiri dari etlit yang hebat yang dilatih oleh jurulatih yang terkenaldengan penanja dari berbagai-bagai namun Allah telah mengatur segalanya.
Otaku Resources cuba meneruskan perlumbaan ini dengan tenaga yang masih ada walau rentak hayunan kaki berubah-ubah adakala laju adakala perlahan namun masih berada di lorong perlumbaan.
Otaku Resources melangkah setapak lagi dalam usahanya mengembangkan perniagaan ini.Mencuba dalam bidang peruncitan dengan membuka kedai serbanikanya yang pertama di Gurun Kedah .
Perkataan OTAKU jenama pada produk sulongnya iaitu perencah Char Kuey Teow pelabagai
guna yang telah didaftarkan Di Perbadanan Harta Interlek sebagai
hakmilik yang sah.
Kini Otaku Resources melahirkan satu lagi jenamanya iaitu Qiblat.Harapan pada jenama ini adalah akan menjadi rangkaian kedai serbanika dan juga akan diguna pakai kepada jenis-jenis perkhidmatan lainnya akan dibangunkan pada masa hadapan antaranya QIBLAT TRAVEL , QIBLAT CATERING , QIBLAT CAFE dan lain lain lagi.
Produk Hasil Laut Jualan On Line
Seperti semua orang tahu Produk utama Syarikat Otaku Resources adalah perencah Char Kuey Teow OTAKU. Kini Otaku cuba pelbagaikan keluaran produknya. Selain dari mengeluar produk perencah makanan Otaku Resources juga memasarkan produk hasil laut.JUalan produk ini lebih kepada jualan on line.
Pelanggan boleh membeli secara on line dan barangan akan dikirim melalui KTMD mengambil masa 1 atau 2 hari waktu bekerja. Barangan belian akan sampai kedepan pintu pembeli. Ikan Gelama kering atau Gelama Masam ... emmmm .. Goreng masuk bawang besar ngan cili kering... memang best Ikan kembong atau kat utara panggil ikan temenung kering. Ini pun emmmm sedap!!! goreng panas-panas makan ngan nasi pun panas-panas gak campur plak ngan kicap manis taruh bawang.. perggghhh Ini sotong kering.... Di buat sambal tumis makan pula ngan nasi lemak ... nyamm .. nyammm... Tak ramai yang tahu ikan ini... Inilah ikan ketuka yang macam ikan pari tu. Tapi sesetengah tu ikan pari juga dibuat macam ni... Goreng macam oreng ikan biasa je.. tapi bagi garing ia akan rapuh... sedap tak. ??? kena beli dan cuba, baru tau.. Ini pula isi ikan duri kering... macam-macam boleh buat dengannya ni... masak lemak , gulai nangka , gulai nenas, goreng bawang memang sedap. Kini ikan ni kian popular time kenduri kahwin.. dah jadi menu utama pula tu.Sebenarnya berbagai lagi. Kalau nak apa-apa pun boleh oder. hello atau sms atau email boleh tanya. Belacan keropok ikan,udang,sotong dan berbagai lagi. Hubungi kami dan maklumkan barang apa yang diinginkan dan kami akan uruskan. Kuantiti dan harga boleh kita bincang. Warna-warni mengiurkan... ini pula keropok dihasilkan dari berbagai hasil laut seperti udang, ikan , sotong dan berbagai lagi. Rasanya pula sesedap rupanya.. emmm... muahhhh. seeeedapp. Di Bawah ini pula belacan yang memang amat popular di Tanjung Dawai. Ada bentuk jongkong ada bentuk bulat dan ada berbagai lagi. Ikan bilis ini pula semuanya berkualiti tinggi. Lembut dan rangup Sekiranya anda berkunjung ke negeri Kedah Darulaman(Kedah Sejastera ) Jangan lupa singgah di Tanjung Dawai kerana semua ini ada boleh dapat di sana.Semasa perjalanan kesana pastikan anda berkunjung di Kedai Hasil Laut Sri Huma yang terletak disebelah kiri di Kampung Huma sebelum 700Meter sampai ke pekan Tanjung Dawai. Disini anda boleh memilih berbagai pilihan hati pada produk hasil laut. Saya jamin harganya amat memuaskan.
Wednesday, September 26, 2012
OTAKU HALAL
Alhamdulillah pujian untuk Allah tuhan sakalian Alam....
Otaku Resources sekali lagi di iktiraf oleh pihak Agama Islam Kedah dan Kementerian Kesihatan sebagai pengeluar produk HALAL. Setelah dibuat pemeriksaan keatas premis yang terletak di no 5 Kawasan Industri KEDA , Lot 7279 , Sg Bongkok Gurun Kedah dan telah berpuashati pada sruktur dan plan kerja yang disediakan oleh pihak Otaku Resources memenuhi piawaian yang telah di tetapkan oleh kedua-dua pihak yang bertangungjawap bagi tujuan mendapat sijil halal tersebut.
Sijil yang sebelumnya telah tamat tempoh dan kini telah diperbaharui dan dilanjutkan kepada 2 Tahun lagi.Sijil halal merupakan diantara faktor penyumbang kepada peningkatan jualan. Halal bukan tanda wajib pada sesuatu jenis produk tetapi ia meninggal kesan yang mendalam kepada hala tuju akan sesuatu produk dipasaran.
Pengguna lebih berkeyakinan dengan adanya logo Halal Jakim , Negeri atau antarabangsa sebelum mengguna sesuatu produk.
Subscribe to:
Posts (Atom)