Wednesday, May 1, 2013
HARI PEKERJA MALAYSIA
Salam buat semua warga malaysia samada yang singgah diblog OTAKU ini atau di luar sana. Selamat bercuti bersama keluarga pada mereka yang bercuti . Pada mereka yang bertugas selamat bertugas walau berat dihati berbuat demikian. Saya percaya walau anda bertugas pihak majikan pasti mengikut undang-undang buruh dari sudut bayar upah kepada anda. Bertugaslah dengan ikhlas , jujur dan amanah. Kerja itu adalah ibadah.
Walau hari ini hari berehat buat semua. Saya tetap bertugas bagi memenuhi permintaan pelanggan. Bagi mengelak produk tidak mencukupi sempena hari cuti umum ini kami terpaksa menghantar produk kepada pengedar utama kami.
i
Di Tanjung Dawai merbok kedah pengunjung mula sesak diawal pagi bagi membeli produk hasil laut disana. Cuti yang mungkin disambung oleh pekerja sehingga hari membuang undi pada o5 Mei 2013 ini memberi peluang kepada Seluruh peniaga di Tanjung Dawai untuk memasarkan produk jualan mereka.
Cuti umum memberi kesan yang baik kepada peniaga disini dari sudut jualan kerana pasti hasil jualan meningkat. Produk Otaku menumpang tempias ini kerana pengunjung luar akan pasti mendapatkan produk Otaku di sini.
Setiap kedai di sini menjual produk otaku. Oleh kerana demikian walau hari cuti namun penghantaran produk tetap diteruskan mengelak kekurang bekalan disana
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment