SALAM SEJASTERA BUAT SEMUA PELANGGAN OTAKU RESOURCES
Mudah Cepat Sedap Berkualiti slogan yang menepati keperluan pengguna.
MUDAH - Cara menggunakannya amat mudah sekali. Tanpa perlu menyediakan pelbagai bahan lainnya untuk menghasilkan masakan kegemaran anda. Dengan menggunakan perencah char kuey teow pelbagai guna berjenama OTAKU pasti memudahkan kerja memasak anda.Setiap peringkat umur pasti boleh menggunakannya.Biarpun tidak pakar dalam masakan.Selepas menggunakan perencah OTAKU pasti anda lebih yakin dengan masakan anda.Sebotol perencah char kuey teow OTAKU anda boleh masak pelbagai jenis masakan yang menjadi kegemaran anda. Selain Char Kuey Teow ianya amat sesuai untuk mengoreng mi,bihun,padprid,masam ayam,udang,ketam,daging,sayur malah pelbagai lagi dan ianya akan lebih menarik serta sedap jika anda kretif dalam masakan.
CEPAT - Menggunakan perencah keluaran OTAKU RESOURCES masakan anda lebih cepat dari biasa biarpun apa juga yang anda masak.Resepi produk telah diadun sempurna untuk masakan. Tanpa perlu menyediakan pelbagai bahan anda boleh menyediakan masakan yang berkuliti dengan produk OTAKU ini.
SEDAP - Kami yakin Produk yang dihasilkan ini memenuhi kehendak dan citarasa pengguna ini kerana permintaan serta pengeluaran produk kian bertambah dari masa kesemasa.Semua bahan yang digunakan dalam penghasilan produk dari bahan yang berkualiti.
BERKUALITI- Kami lebih kepada sudut kebersihan serta kualiti produk. Utamakan kualiti sebelum kuantiti.Selain dari menghasilkan produk yang berkualiti kami berbangga hasil masakkan pengguna juga berkualiti.
CARA MASAK
Panaskan minyak , tumis bawang , masukkan undang dan sebagainya , masukkan 6 sudu perencah OTAku , masukkan secawan air udang , masukkan koteow, mi atau sebagainya. kacau hingga masakkan angkat dan hidangkan.
Maklumat lanjut sila klik DARI MEJA PENGARAH MESTI TONTON - PANDUAN MASAK MUDAH SENANG BERSAMA OTAKU
Monday, January 31, 2011
Wednesday, January 19, 2011
Sinar Baru 1432 / 2011
Syukur kehadrat Allah dengan limpah kurnia Rahmat serta rezekinya OTAKU Resources mengorak selangkah lagi dalam pendakian mengejar kejayaan dalam gunung perniagaan yang puncaknya masih jauh nun di atas sana.
Puncak kejayaan yang sentiasa diliputi kabus serta awan tebal kekadang ribut pula melanda antara faktor yang menjadi rintangan kepada pendakian namun kekuatan yang ada pada segumpal darah bernama hati yang terlalu kuat untuk tidak menyerah kalah selagi denyutan nadi belum terhenti puncak kejayaan pada Gunung bernama Usahawan akan diteruskan jua.
Bak kata pepatah .. Nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan, Buang emak buang saudara , kerana kekasih hamba turutkan . Untuk mencapai menjadi usahawan gemilang segalanya di tinggalkan.... Biar pun dicerita pada puncak sana penuh dengan naga maupun dinosaur langsung tidak di hiraukannya.
Disaat berada pada pertengahan pendakian berpatah balik adalah satu keputusan yang kurang tepat pada Otaku Resources.Resiko amatlah tinggi jika ditoleh kebelakang. Ini kerana curamnya terlalu dalam.Berbekal bekalan yang ada,..
Otaku Resources harus mencari ruang yang ada untuk kaki berpijak , mencari ruang yang ada untuk tangan mencapai bagi membolehkan Otaku Resources melonjak diri ketahap yang tinggi sedikit dari sebelumnya agar menghampirkan diri dengan puncak kejayaan yang menjadi asas pada matlamat pendakian.
Bagi Otaku Resources kehadiran Tahun Hijrah 1432 bersamaan 2011 ini sebagai tahun membina kejayaan. Dengan kehadiran tahun baru ini Otaku Resources telah berjaya memiliki sebuah bangunan memproses yang baru. Impian mempunyai sebuah bangunan memproses yang selesa serta luas akhirnya tercapai.Walau sewanya agak tinggi namun ianya selesa untuk masa depan Otaku Resources.
Tanpa ditoleh oleh mana-mana pihak untuk menanya khabar membantu, Otaku Resources masih lagi terdaya merialisasikan impiannya dengan sekadar apa yang ada meneruskan pembinaan tambahan bagi membolehkan operasi memproses produk dijalankan mengikut jadual.Setiap ruang serta plan susun atur semuanya disediakan sendiri termasuk kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan sendiri bagi mengurangkan kos pembelajaan akibat dari Dana yang terhad.
Kini proses pembinaan dalaman untuk susun atur bahagian kerja telah siap hampir 70%. Dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan bulan Feb 2011 dan akan beroperasi selewatnya 01 Mac 2011. Ini adalah kali ke3 pemindahan pusat memproses Otaku Resources. Bermula dengan satu ruang yang sempit dengan keluasan 9 kaki x 15 kaki premis milik MPSP(K) yang terletak di Gurun Kedah pada tahun 2006 dan berpindah buat kali ke2nya pada tahun 2008 di Rumah kedai 2 tingkat yang terletak di Bedong Kedah.
Walaupun premis kedua ini agar besar namun kini menjadi agak sempit akibat longgokan bahan mentah serta bahan pembungkusan yang semakin banyak. Ini adalah kerana permintaan semakin bertambah. Selain dari dalam negara produk Otaku juga mula mendapat tempahan dari negara Brunei Darulsalam dalam kuatiti yang membanggakan.
Semoga permintaan ini berterusan serta kian bertambah dari masa kesemasa.
Dengan adanya bangunan memproses yang baru ini semoga operasi pengeluaran lebih sempurna dan pengeluaran seimbang dengan permintaan.
Penambahan pada permintaan menyakinkan Syarikat kepada produk tunggal keluarannya makin mendapat tempat dihati pengguna.Otaku Resources meletakkan sasaran jualan bagi tahun 2011 30% melebih dari tahun 2010 yang lalu
Monday, January 3, 2011
TAHUN BARU HARGA BARANG PUN BARU
Adehhh !!!! letih .. letih ... letih... bukan teruk buat kerja... ni haaa.. harga baru sudah sampai sama dengan tahun baru... pengguna kena sambut tahun baru ngan harga baru barang... bukan turun tapi naik. bukan sikit,.. bejabu.....
Tapi harga naik kira ok juga... jantung masih stabil... bimbang harga barang turun .. adehhhh!! terhenti jantung rasanye... sebab belum penah berlaku kat kita di malaysia ni.
Otaku Resources tidak terkecuali menghadapi perkara ni. Kami sebagai pengeluar yang mempunyai ikatan kenal lagi mesra ngan pembekal-pembekal ni tidak terkecuali kena cantas leher ngan pisau yang tidak berapa tajam dan agak pedih la juga.
Semua bahan mentah termasuk botol kotak dan sebagainya berdedam-dedam kertas kat mesin Fax berebut keluar nak beri tahu kat kami barang mereka dah di naikkan harga... waw!!! nasib tak bagitau turun harga kalau tidak kompom jantung terhenti terkejut.
Bila depa semua dah naikkan harga kat kami sebagai pengeluar atau pengilang ni ,... agak-agak anda apa yang terjadi seterusnya??...... Tutup operasi...? mana boleh... kami pun nak makan juga.. Anda pun kena terima habuan juga...
Dengan ini diistiharkan Produk Otaku juga akan di naikkan pada harga mesra alam untuk semua pelanggan tersayang kami. Masalah kita terpaksa berkongsi bersama. Salah siapa???? entah la. Pembekal ???? mari kita cari titik mula punca kenaikkan barang ni semua.
Makan tetap nak kena makan... hidup harus nak di teruskan... harga naik pun naik lah... kita beli lah juga.. Otaku Resources akan selaraskan harga baru pada 15 Januari 2011. Walaubagaimana pun ianya masih pada harga patut dan mampu dibeli oleh pelanggan yang dikasihi semua. sabar le yer.....
LEMBARAN BARU 1432HJ / 2011
Mahu atau pun tidak ,terlena maupun pun terjaga .... disebalik pejam dan celik .. antara redha dan tidak hakikatnya kini tirai dunia 1431 / 2010 berlabuh sudah.Pada cara kiraan apa jua.. kehidupan kita semakin singkat dan perjalanan menuju kegerbang barzah semakin hampir ,Tiada ada usia semakin panjang setiap kehadiran tahun yang baru.Hari ini masih bernafas bukan kerna umur semakin panjang tapi belum tiba waktu yang dijanjikan.Bersyukur kita kerana masih terjaga pagi tadi diatas katil yang empuk bukan terjaga kita tadi kerana terkejut malaikat menyoal di dalam kubur.
Ruang taubat masih dibuka untuk kita,.. tidak seperti saudara mara sahabat handai kita yang telah dikebumikan tadi dan semalam. Tiada lagi peluang untuk mereka.Apakah mereka bahagia dibawah sana. Lancarkan jawapan mereka pada soalan dari malaikat Allah.
Apakah esok masih ada untuk kita...Apakah kita tidak yakin ada lagi alam selepas alam dunia. Jika dilihat seolah kita tidak mempedulikan kehidupan kedua yang telah dijanjikan Allah dan disampaikan oleh Nabi Muhammad kekasih Allah.
Sempurnakah kehidupan kita sebagai hambanya... Untuk diri saya juga pembaca sekalian marilah kita kembali kepada sebenar-benar kehidupan yang dianjurkan oleh Allah yang sebagaimana Nabi Junjungan Besar kita Muhammad S.A.W telah tujukkan untuk kita ikut melalui Al Quran dan Hadis sebagai bekalan serta jawapan kepada soalan yang harus dijawap oleh semua umat manusia di alam Barzah yang pasti kesorangan didalamnya.
Semoga kehadiran tahun 1432/2011 menjadikan kita semakin matang sebagai hamba Allah dan Umat Nabi Muhammad.Tahun baru ini kita lebih mengenal antara kebenaran dan kesesatan. Islamkan diri kita pagi dan petang , siang dan malam kerana Allah sentiasa mengasihi kita disetiap saat kehidupan kita.
Pada wanita Islam sekalian,.. Islamkan diri kalian disegenap tubuh kalian .. Setiap inci tubuh kalian adalah maruah Islam. Tutuplah sebenar-benar tutup seperti yang yang telah ditetapkan.Bezakan diri kalian dengan wanita yang dalam kesesatan.Sesungguhnya Janji Allah dan siksaan Allah adalah benar.
Semoga kehadiran tahun baru ini memberi sinar baru buat kita semua.Keindahan dunia pasti dikecapi dengan mencari jalan Akhirat. Kesempurnaan Dunia pasti dicapai dengan mengejar kesempurnaan Akhirat. Percayalah.
Rebutlah promosi hebat dari Allah sepanjang tahun untuk kita sekalian.
Pakej hebat Allah Tawarkan buat kita....Pahala berganda-ganda... Pintu syurga berpintu-pintu
Kukuhkan solat 5 waktu,.. semoga kita tidak berada dengan mereka yang didalam kesesatan. insyaallah......
Subscribe to:
Posts (Atom)