Monday, January 3, 2011
LEMBARAN BARU 1432HJ / 2011
Mahu atau pun tidak ,terlena maupun pun terjaga .... disebalik pejam dan celik .. antara redha dan tidak hakikatnya kini tirai dunia 1431 / 2010 berlabuh sudah.Pada cara kiraan apa jua.. kehidupan kita semakin singkat dan perjalanan menuju kegerbang barzah semakin hampir ,Tiada ada usia semakin panjang setiap kehadiran tahun yang baru.Hari ini masih bernafas bukan kerna umur semakin panjang tapi belum tiba waktu yang dijanjikan.Bersyukur kita kerana masih terjaga pagi tadi diatas katil yang empuk bukan terjaga kita tadi kerana terkejut malaikat menyoal di dalam kubur.
Ruang taubat masih dibuka untuk kita,.. tidak seperti saudara mara sahabat handai kita yang telah dikebumikan tadi dan semalam. Tiada lagi peluang untuk mereka.Apakah mereka bahagia dibawah sana. Lancarkan jawapan mereka pada soalan dari malaikat Allah.
Apakah esok masih ada untuk kita...Apakah kita tidak yakin ada lagi alam selepas alam dunia. Jika dilihat seolah kita tidak mempedulikan kehidupan kedua yang telah dijanjikan Allah dan disampaikan oleh Nabi Muhammad kekasih Allah.
Sempurnakah kehidupan kita sebagai hambanya... Untuk diri saya juga pembaca sekalian marilah kita kembali kepada sebenar-benar kehidupan yang dianjurkan oleh Allah yang sebagaimana Nabi Junjungan Besar kita Muhammad S.A.W telah tujukkan untuk kita ikut melalui Al Quran dan Hadis sebagai bekalan serta jawapan kepada soalan yang harus dijawap oleh semua umat manusia di alam Barzah yang pasti kesorangan didalamnya.
Semoga kehadiran tahun 1432/2011 menjadikan kita semakin matang sebagai hamba Allah dan Umat Nabi Muhammad.Tahun baru ini kita lebih mengenal antara kebenaran dan kesesatan. Islamkan diri kita pagi dan petang , siang dan malam kerana Allah sentiasa mengasihi kita disetiap saat kehidupan kita.
Pada wanita Islam sekalian,.. Islamkan diri kalian disegenap tubuh kalian .. Setiap inci tubuh kalian adalah maruah Islam. Tutuplah sebenar-benar tutup seperti yang yang telah ditetapkan.Bezakan diri kalian dengan wanita yang dalam kesesatan.Sesungguhnya Janji Allah dan siksaan Allah adalah benar.
Semoga kehadiran tahun baru ini memberi sinar baru buat kita semua.Keindahan dunia pasti dikecapi dengan mencari jalan Akhirat. Kesempurnaan Dunia pasti dicapai dengan mengejar kesempurnaan Akhirat. Percayalah.
Rebutlah promosi hebat dari Allah sepanjang tahun untuk kita sekalian.
Pakej hebat Allah Tawarkan buat kita....Pahala berganda-ganda... Pintu syurga berpintu-pintu
Kukuhkan solat 5 waktu,.. semoga kita tidak berada dengan mereka yang didalam kesesatan. insyaallah......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment