Wednesday, January 19, 2011

Sinar Baru 1432 / 2011


Syukur kehadrat Allah dengan limpah kurnia Rahmat serta rezekinya OTAKU Resources mengorak selangkah lagi dalam pendakian mengejar kejayaan dalam gunung perniagaan yang puncaknya masih jauh nun di atas sana.

Puncak kejayaan yang sentiasa diliputi kabus serta awan tebal kekadang ribut pula melanda antara faktor yang menjadi rintangan kepada pendakian namun kekuatan yang ada pada segumpal darah bernama hati yang terlalu kuat untuk tidak menyerah kalah selagi denyutan nadi belum terhenti puncak kejayaan pada Gunung bernama Usahawan akan diteruskan jua.

Bak kata pepatah .. Nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan, Buang emak buang saudara , kerana kekasih hamba turutkan . Untuk mencapai menjadi usahawan gemilang segalanya di tinggalkan.... Biar pun dicerita pada puncak sana penuh dengan naga maupun dinosaur langsung tidak di hiraukannya.
Disaat berada pada pertengahan pendakian berpatah balik adalah satu keputusan yang kurang tepat pada Otaku Resources.Resiko amatlah tinggi jika ditoleh kebelakang. Ini kerana curamnya terlalu dalam.Berbekal bekalan yang ada,..
Otaku Resources harus mencari ruang yang ada untuk kaki berpijak , mencari ruang yang ada untuk tangan mencapai bagi membolehkan Otaku Resources melonjak diri ketahap yang tinggi sedikit dari sebelumnya agar menghampirkan diri dengan puncak kejayaan yang menjadi asas pada matlamat pendakian.
Bagi Otaku Resources kehadiran Tahun Hijrah 1432 bersamaan 2011 ini sebagai tahun membina kejayaan. Dengan kehadiran tahun baru ini Otaku Resources telah berjaya memiliki sebuah bangunan memproses yang baru. Impian mempunyai sebuah bangunan memproses yang selesa serta luas akhirnya tercapai.Walau sewanya agak tinggi namun ianya selesa untuk masa depan Otaku Resources.
Tanpa ditoleh oleh mana-mana pihak untuk menanya khabar membantu, Otaku Resources masih lagi terdaya merialisasikan impiannya dengan sekadar apa yang ada meneruskan pembinaan tambahan bagi membolehkan operasi memproses produk dijalankan mengikut jadual.Setiap ruang serta plan susun atur semuanya disediakan sendiri termasuk kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan sendiri bagi mengurangkan kos pembelajaan akibat dari Dana yang terhad.
Kini proses pembinaan dalaman untuk susun atur bahagian kerja telah siap hampir 70%. Dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan bulan Feb 2011 dan akan beroperasi selewatnya 01 Mac 2011. Ini adalah kali ke3 pemindahan pusat memproses Otaku Resources. Bermula dengan satu ruang yang sempit dengan keluasan 9 kaki x 15 kaki premis milik MPSP(K) yang terletak di Gurun Kedah pada tahun 2006 dan berpindah buat kali ke2nya pada tahun 2008 di Rumah kedai 2 tingkat yang terletak di Bedong Kedah.
Walaupun premis kedua ini agar besar namun kini menjadi agak sempit akibat longgokan bahan mentah serta bahan pembungkusan yang semakin banyak. Ini adalah kerana permintaan semakin bertambah. Selain dari dalam negara produk Otaku juga mula mendapat tempahan dari negara Brunei Darulsalam dalam kuatiti yang membanggakan.
Semoga permintaan ini berterusan serta kian bertambah dari masa kesemasa.

Dengan adanya bangunan memproses yang baru ini semoga operasi pengeluaran lebih sempurna dan pengeluaran seimbang dengan permintaan.



Penambahan pada permintaan menyakinkan Syarikat kepada produk tunggal keluarannya makin mendapat tempat dihati pengguna.Otaku Resources meletakkan sasaran jualan bagi tahun 2011 30% melebih dari tahun 2010 yang lalu

No comments:

BERGERAK SELAGI DAYA

BERGERAK SELAGI DAYA
UNIT PEMASARAN