Saturday, November 26, 2011

Majlis Jamuan Kesyukuran




Salam sejastera buat semua...
Agak lama menyepi dari muat turun aktiviti Otaku Resources...
21hb Nov 2011 isnin .. pihak syarikat meluang waktu seketika bagi membolehkan atur cara majlis jamuan kesyukuran dapat dijalankan sempena pembukaan kilang baru yang terletak ditepi jalan utama untuk ke daerah sik berhadapan dengan kilang kereta Naza.

Telah beroperasi hampir 8 bulan baru kini majlis pembukaan diadakan. Majlis sekadar ringkas sahaja para jemputan terdiri pelanggan otaku, jemaah masjid, pembekal bahan, bank tempatan , kakitangan pos , ajensi-ajensi yang terlibat secara langsung atau yang tidak langsung berhubung dengan pengeluaran produk Otaku , rakan-rakan dan masyarakat setempat.

syukur kehadrat Allah kerana dengan limpah rahmatnya majlis berjalan seperti yang dirancang. Walau ringkas namun ramai para jemputan yang hadir memeriahkan majlis ini.

Segala juadah disediakan keseluruhan oleh pihak pengurusan serta kakitangan Otaku Resources serta dibantu oleh ahli keluarga. Menu hidangan pada majlis ini adalah kari daging lembu, ayam masak kicap berempah,sayur kobis, air asam , laksa , kuih muih dan berbagai lagi yang disajikan kepada para jemputan.




Kakitangan serta ahli keluarga Otaku Resources bergotong royong menyediakan menu untuk dihidangkan pada para jemputan. Jamuan bermula dari pukul 12.30 tengahari
sehingga pukul 6 petang. Tahlil di sempurnakan oleh Imam bertugas masjid Gurun Tuan Imam Hassan serta ahli jemaah masjid. Sebuah bas disediakan kepada seluruh jemaah zohor masjid Gurun bagi memudahkan pada para jemaah untuk hadir kerana jarak premis dan masjid agak jauh.

Pada majlis ringkas ini jumlah yang dijemput adalah lebih kurang 600 orang.Diangarkan 78% jemputan yang hadir.Setiap para jemputan yang hadir selain dari dihidangkan berbagai juadah mereka juga dihadiah produk keluaran syarikat iaitu Perencah Char Kuey Teow Otaku setiap seorang.

Walaupun majlis ini di adakan pada hari bekerja namun rakan-rakan usahawan dan para jemputan masih meluangkan waktu untuk hadir bagi memeriahkan majlis yang julung kali diadakan sepanjang keujudan OTAKU RESOURCES ini. Pihak syarikat dan seluruh warga kerja Otaku Resources mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin dan semua jemputan dan kami memohon kemaafan sekiranya ada kekurangan yang kami sembahkan. Sokongan anda semua adalah titik mula langkah kejayaan pada Syarikat Otaku Resorces.

Wednesday, September 21, 2011

KUD- 5 HARI OTAKU DI PUTRAJAYA


Hari ini 20 Syawal bersamaan 22 September 2011 belum terlewat rasanya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada pengunjung blog Otaku Resources ini. Hari ini Otaku Resources adalah hari kedua di Karnival Usahawan Desa yang diadakan di presint 2 Putrajaya.

Karnival Usahawan Desa(KUD)dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) ini adalah usaha Kerajaan dalam mempertabatkan pengusaha melayu dalam bidang keusahawanan bagi membuka peluang lebih jauh kehadapan .




Sepanjang program ini dijalankan, Produk Otaku dapat perhatian pengunjung yang datang dari berbagai negeri. Ini kerana mereka pernah membeli dan pernah menggunakannya tetapi sukar untuk belian ulangan. Sebelum ini rata-rata maklumat dari pengunjung yang memaklumkan mereka membelinya dari hentian R&R Gurun arah selatan ketika mengunjungi utara semenanjung.

Program yang dianjurkan ini memberi kesan yang baik kepada pengeluar produk ini kerana pelanggan dapat bertemu pengusaha secara terus bagi membincang dari sudut pasaran.

Wednesday, September 7, 2011

PEMBORONG PRODUK HASIL LAUT

Pada mereka yang pernah mengujungi Tanjung Dawai pasti akan terlihat sebuah kedai yang bernama SRI HUMA yang terletak di kampung Huma Tg Dawai sebelah kiri menghala ke arah pekan TG Dawai.

Di sini terdapat berbagai produk hasil laut yang diniagakan. Pelanggan boleh membeli dengan harga runcit dan borong mengikut kuantiti belian.Pelanggan yang berhasrat untuk menjalan perniagaan hasil laut juga boleh mendapatkan pelbagai produk disini.
Penghantaran diuruskan oleh mereka sekiranya berada diluar dari negeri Kedah mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Pada mereka yang pernah mengujungi atau berurusan pasti berpuashati dengan harga yang dijual disini. SRI HUMA ini juga adalah pengedar utama Produk Otaku. Jualan runcit dan borong boleh dapatkan disini. Setiap harga bagi produk Otaku dibawah kawalan pihak kami.

Produk Otaku boleh didapati 90% disetiap gerai yang terdapat di Tg Dawai ini.
Untuk mereka yang berminat untuk membeli sebarang produk secara borong boleh hubungi syarikat SRI HUMA di talian 04 4571341. Waktu perniagaan 8 pagi sehingga 10 malam.


Semperna Syawal yang mulia ini saya Norrizan Ahmad selaku Pengarah Urusan OTAKU RESOURCES bersama warga kerja Mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada semua pelanggan-pelanggan kami yang sentiasa memberi sokongan yang padu selama kami beroperasi tidak dilupakan juga pengedar-pengedar utama di seluruh negara yang berusaha mengembangkan produk jenama Otaku di seluruh negeri , juga peniaga-peniaga yang sudi menjual produk keluaran syarikat kami termasuk juga egensi-egensi yang sentiasa memberi perhatian kepada pengeluaran produk Jenama OTAKU.Kesempatan ini juga saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidulfitri kepada semua Usahawan kecil dan besar seluruh Negara.

Semoga setiap amalan yang kita tingkatkan dibulan Ramadhan yang lalu dapat kita teruskan pada bulan-bulan seterusnya. Diharap agar amalan yang kita laksanakan pada Bulan Ramadhan yang lalu diterima Allah sepenuhnya. Insyaallah. Semoga Allah perkenan akan doa yang kita pohon sepanjang Ramadhan yang lalu.

Berdoalah kita semoga Allah pertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang agar kita dapat mengecapi ganjaran yang melimpah-limpah untuk kita yang sama sekali tiada pada bulan yang lain.

Usahawan yang berjaya adalah usahawan yang sentiasa mencari kecermelangan Akhirat.
5 waktu adalah tunggak segala kejayaan. Rezeki milik Allah.... Mencari Rezeki tugas kerja hamba... Jika gagal bersabar jika berjaya bersyukur... pasti kita antara Usahawan yang beriaman lagi cemerlang.

norrizan.

Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN DATANG LAGI







Bersyukur kehadrat Allah diatas izinnya kita masih dapat menghuni bumi miliknya hingga kesaat ini. Setinggi-tinggi kesyukuran harus kita panjatkan kerana kesihatan yang dianugerahkan kepada kita amat sempurna hingga kesaat ini jika kita bandingkan dengan saudara kita yang lainnya yang terlantar sakit samada dihospital maupun dimana sahaja.

Kesempurnaa ini memberi peluang yang amat baik buat kita berada dalam bulan yang penuh didalamnya ganjaran-ganjaran yang telah Allah janjikan buat kita.Ramadhan bulan yang sentiasa kita nanti ketibaannya dan kita bersedih dengan pemergiannya.Kita beroleh keuntungan kerana Allah memberi kesempatan untuk sekali lagi berada dalam bulan penuh kemulian ini maka harus kita gunakannya sebaik mungkin agar ianya memberi munafaat kepada kita diakhirat kelak.. insyaallah.

Jadikan setiap saat setiap waktu setiap minit setiap jam setiap hari kita indahkannya dengan amalan serta ibadah yang berganda agar kita tidak termasuk dalam golongan yang kerugian.

Jadikan Fakir dan miskin , yatim piatu sebagai penambah pahala dari pahala yang ada.Melalui mereka kita dapat muhasabahkan setiap detik akan diri kita.




Lihatlah mereka,rasailah hidup mereka , jiwailah perasaan mereka.Semoga dengan ini kita beroleh rahmat darinya.Hulurkanlah apa jua bentuk bantuan serta sedekah kepada mereka ini dengan seikhlasnya semoga mereka juga dapat merasai keindahan Ramadhan ini bersama.

Semoga Ramadhan pada tahun ini memberi kesempurnaan dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah yang sebenarnya. Ramadhan pada tahun ini juga kita jadikan sebagai madhrasah yang mendidik kita menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Pada Ramadhan tahun ini juga adalah titik mula perubahan pada kehidupan kita yang penuh kegelapan kepada suatu cahaya keimanan yang menjadi benteng kepada Api Neraka kelak. Insyaallah.

Mudah-mudahan Ramadhan tahun ini juga kita tinggalkan zaman kejahilan dan kita Mulakan zaman keimanan.

SELAMAT BERPUASA DARI WARGA KERJA OTAKU RESOURCES

Sunday, July 24, 2011

KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) akan menganjurkan Karnival Usahawan Kedah 2011 yang dijadualkan berlangsung pada 22 hingga 24 Julai ini di Alor Biak, Jerlun, Kedah.
Timbalan Menterinya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pelbagai produk dan perkhidmatan dari negeri berkenaan akan dipamerkan pada karnival itu selain aktiviti, latihan, dan ceramah usahawan.


“Kita menjemput sesiapa saja yang berminat untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka bukan hanya di kalangan usahawan Kedah tapi usahawan dari negeri lain supaya mereka dapat dedahkan kepada masyarakat umum apa yang mereka keluarkan,” katanya selepas merasmikan Karnival Kerjaya, Usahawan dan Kepenggunaan Belia 1 Malaysia Peringkat Daerah Padang Terap di Kuala Nerang, Kedah semalam.

Beliau berkata karnival itu juga akan mewujudkan jaringan antara usahawan kerana mungkin ada pihak lain yang mempunyai kepakaran tertentu yang boleh di kongsi dengan kawan yang baru menceburi dalam bidang itu.

Berbagai produk dipamerkan digerai jualan oleh pengusaha seluruh negeri Kedah ini. Selain dari produk berbagai aktiviti lain dilangsungkan sepanjang program ini termasuk liga bolasepak 7 sebelah , larian dan berbagai lagi.

Otaku Resources juga turut diberi peluang oleh pihak KEDA untuk bersama-sama dalam memasarkan produk keluarannya. Pada awalnya ada sedikit kekeliruan dari pihak penganjur kerana 4 Usahawan KEDA tidak disediakan tempat untuk tujuan ini . Walaubagaimanapun setelah perbincangan antara pihak pengurusan KEDA dengan pengajur masalah ini dapat diselesaikan.

Peratus kehadiran pengunjung amat mengalakkan walau cuaca agak panas pada hari pertama dan kedua. Walaupun pengunjung ramai namun jumlah jualan agak merosot pada sesetengah pengusaha ini mungkin Karnival diadakan pada pertengahan bulan dan pengujung berhati-hati dalam perbelanjaan memandangkan Ramadhan hampir tiba.

Karnival Usahawan Kedah ini di meriahkan lagi dengan hadirnya moskot UPIN & IPIN. Ini memberi peluang kepada golongan kanak-kanak mendekati ikon kegemaran mereka yang selama ini hanya disaksikan di kaca TV sahaja.Mereka berpeluang bergambar dan membeli produk keluaran Upin & Ipin.









GERAI JUALAN OTAKU RESOURCES








Lori pameran yang menjadi perhatian pengujung kerana rekabentuknya yang menarik.
Pihak Otaku Resources tertarik dengan pengubahsuaian pada lori ini dan ianya bersesuaian dengan produknya bagi tujuan promosi memperkenalkankan pada pengguna.





Tuesday, June 28, 2011

ULANG TAHUN KE 4

Tanggal 17 Jun 2011 genap usia 4 Tahun OTAKU RESOURCES sebagai pengeluar utama produk Jenama OTAKU. Usia ini dikira sebagai usia rasmi Syarikat Otaku Resources kerana ianya telah secara rasmi berdaftar dengan SSM cawangan Alor Setar pada tarikh tersebut.Bagi perencah utama syarikat ini pula ianya telah diilhamkan seawal tahun 2006.Lahirnya tanpa nama ketika itu. Dipilih nama OTAKU seiring nama Syarikat yang mengeluarkannya.

"OTAKU" berasal dari perkataan OTAK AKU tetapi ianya agak kurang sesuai jika kita sebutnya.Bagi tujuan komersial ianya lebih tampan jika dieja "OTAKU". Kalau di Jepun ianya lebih kepada Mainan , patung serta kartun dan tidak hairanlah jika OTAKU perencah char kuey teow ini sering dilawati oleh pelawat Jepun di blognya. Ini kerana bila anda lawati pencarian laman Web dengan taip otaku2u pasti blog rasmi OTAKU RESOURCES berada tersenarai tajuk utama.

Berbagai tanggapan orang terhadap ejaan pada jenama produk ini namun bagi pemiliknya ianya sesuatu nama yang amat dibanggakan. Otaku kini kian bermain dimulut mereka-mereka yang minat dalam masakan. "OTAKU" sesuatu kelainan bunyi pada sebutan perkataan tersebut menjadikan ianya mudah diingat mudah disebut. Ada diantaranya yang melihat dari sudut jenaka pada perkataan tersebut.Walauapapun ianya adalah perkataan keramat buat Syarikat ini untuk selamanya.

Bermula dari "syok-syok" kata orang utara, tidak pernah terlintas produk yang dihasilkan sendiri tanpa diciplak dari mana-mana individu dan penuh dengan kesilapan pada adunan mula ciptanya, lantaran dikekal kesilapan tersebut sehinggalah ia menjadi sesuatu yang tinggi nilainya. Sebagai manusia sentiasa merancang dengan pelbagai rancangan namun itulah hakikatnya yang mana Allah sentiasa mengingatkan tentang keagungannya kerana rancangannya adalah sebaik-baik rancangan.Segalanya adalah ketentuannya darinya.

Sepanjang mencari kaedah yang terbaik bagi menguruskan dan memelihara kelahiran produk yang pasti boleh mengubah serta membina kecemerlangan dengannya,berbagai dugaan ,tsunami , gempa , runtuhan dan berbagai lagi yang sentiasa mengekori pada setiap langkah perjalanan syarikat OTAKU RESOURCES.Peluang terbuka luas tetapi ianya berada disebalik lautan yang juga luas tanpa kapal yang kukuh untuk mengharunginya.Sekadar sampan yang hampir reput dimana galanya juga banyak yang tertanggal sesekali terlihat lelehan air masuk melaluinya mana mungkin boleh harungi lautan yang terlalu luas di hadapan untuk sampai di tanah peluang yang penuh keindahan.Namun Sampan yang yang reput harus dibaiki harus baharui harus diperhebatkan walau tidak sehebat Titanic kerana pelayaran harus diteruskan bagi membawa sesuatu yang bernilai ke tanah peluang dihadapan sana.

Bukan sesuatu yang mudah untuk membawa usaha yang dilaksanakan kepada puncak kejayaan. Tanpa pengetahuan ,tanpa sokongan , tanpa minat dan yang paling penting tanpa modal yang mencukupi mana mungkin kita dengan mudah menemui kejayaan. Modal adalah segalanya. Itulah kapal yang kukuh di dada lautan tanpa nya tidak mungkin kita dapat mengharunginya.Perancangan dan perlaksanaan , teori dan pratikal ianya sesuatu yang jauh berbeza.

Ramai yang boleh bicara tentang usahawan samada orang kampung di warong kopi , pensyarah di IPTA , Pakar-pakar perunding , Pagawai Kerajaan yang di atas sehingga di bawah , Pegawai-pegawai dari egensi yang menguruskan usahawan semuanya menceritakan tetang hebat serta kecemerlangan jika kita menjadi usahawan. Perkataan JUTAWAN atau JUTAWANG sentiasa dibibir penyampai semangat ini untuk ditiup pada mereka yang telah terbabit USAHAWAN .

Ramai mencerita tentang hebat , tapi pernahkah mereka menyelami pahit maung usahawan itu bersama. Untuk jadi usahawan yang berjaya kekuatan Agama dan mental harus menjadi pendinding utama. Mereka yang ada di luar sana hanya mampu hanya gah berbicara tentang kehebatan usahawan kerana mereka sekadar merancang sekadar berteori, mereka itu penakut dan tidak berani untuk melaluinya. Jika usahawan ini hebat pasti sudah lama diantara mereka menceburinya dan meninggalkan dunia makan gaji.

Semoga tahun 2057 adalah tahun cemerlang OTAKU RESOURCES kerana pada tahun itu tahun yang ke50 kelahirannya. Semoga kapal yang dibina dari sebuah sampan yang hampir reput mampu harungi lautan untuk sampai di tanah peluang yang berada dihadapan yang menjadi impian setiap pelayar Usahawan.

Sekian

Monday, June 27, 2011

JUALAN ON LINE

Salam sejastera buat semua pelanggan Produk OTAKU dan salam buat semua Rakyat Malaysia.
Mulai July 2011 pihak Syarikat OTAKU RESOURCES akan mula menjual produk keluarannya kepada seluruh pelanggan di semenanjung Malaysia melalui pesanan "On Line" dan penghantaran melalui syarikat penghantaran yang dilantik.
Pada pelanggan yang tidak berkesempatan atau sukar untuk mendapat produk ini di kawasan anda boleh lah membelinya secara menghubungi kami melalui Email,Telefon , Fax atau SMS.

Setiap penghantaran akan dicaj mengikut kadar yang telah ditetapkan. Minima belian adalah tidak kurang dari sekotak pada mana-mana saiz.









Produk OTAKU mempunyai 4 saiz berbeza.

03 FEB 2012
PENGUMUMAN !!!!
Harga Produk Perencah Char Kuey Teow Jenama Otaku dibawah ini adalah harga baru mulai 01 Febuari 2012 yang telah di "update" kan pada 03 Feb 2012.





Saiz 350g
Isian per kotak : 24 botol
Harga : RM 96.00 sekotak
Caj Penghantaran : RM 23.00
Jumlah Pembayaran : RM 119.00
Caj Penghantaran akan ditambah sebanyak RM 19.50 bagi tiap-tiap tambahan kotak










Saiz 700g
Isian per kotak : 12 botol
Harga : RM 90.00 sekotak
Caj Penghantaran : RM 23.00
Jumlah Pembayaran : RM 113.00
Caj Penghantaran akan ditambah sebanyak RM 19.50 bagi tiap-tiap tambahan kotak










Saiz 1kg
Isian per kotak : 6 botol
Harga : RM 61.20 sekotak
Caj Penghantaran : RM 20.60
Jumlah Pembayaran : RM 81.80
Caj Penghantaran akan ditambah sebanyak RM 18.00 bagi tiap-tiap tambahan kotak











Saiz 2.3kg
Isian per kotak : 6 botol
Harga : RM 131.40 sekotak
Caj Penghantaran : RM 49.00
Jumlah Pembayaran : RM 180.40
Caj Penghantaran akan ditambah sebanyak RM 35.00 bagi tiap-tiap tambahan kotak


Setelah pesanan dibuat jumlah keseluruhan akan dimaklumkan oleh pihak kami untuk proses pembayaran.
Proses penghantaran akan bermula setelah pihak kami menerima pembayaran keseluruh dari pembeli. Sila email / Fax / Sms nama dan alamat lengkap untuk penghantaran produk beserta no telefon.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Siti Norma di Talian no 0194549600 atau pejabat 04 4571341 .
Kami terbuka sebarang rundingan

Friday, June 3, 2011

SIMPANG PULAI

Kini produk jenama Otaku berada di Simpang Pulai Perak. Wakil Pengedar sah kami untuk Simpang Pulai boleh hubungi RAJA Azahar di talian 0195756264 @ 019 5101610
Mereka yang berminat boleh hubungi beliau untuk maklumat lanjut.

Wednesday, May 11, 2011

KENAIKAN HARGA BARU OTAKU



Harga barang naik lagi... itulah keluhan pengguna saban hari.. Pada siapa hendak ditunding jari pun entah lah... KAlau ditanya pada pembangkang sudah tentu pihak kerajaan segalanya.Tetapi kalau ditanya pada pihak pemerintah pasti juga ada alasannya yang juga munasabah. Rakyat di tengah.... mahu tak mahu harus di teruskan juga kehidupan hari ini.

Otaku Resources juga tidak terlepas dari bahang kenaikan bahan mentah di pasaran.Berkemungkinan harga baru produk Otaku juga akan diumumkan masa terdekat ini.
Terlalu sukar untuk mengumumkan setiap kali kenaikkan harga tapi apa daya Otaku Resources juga tidak mampu lagi menanggung kos mentahnya yang kian meningkat tigi di pasaran.

Kini masih dalam peringkat pengiraan kos dan pihak syarikat akan kenaikan kali serendah yang boleh..

ALAMAT BARU OTAKU RESOURCES

OTAKU RESOURCES dengan rasminya telah berpindah ke premis baru yang terletak 2km dari pekan Gurun menghala ke Jeniang. Dari susur keluar plaza tol Gurun arah kanan menghala ke Jeniang berhadapan bangunan Akedemi NAZA. Lampu isyarat simpang empat tersebut belok arah kanan dan menghala ke arah pejabat Petronas (GAS) lalu belok kiri maka akan jumpa premis baru OTAKU yang terletak di kawasan Industri KEDA ,

Alamat terbaru adalah seperti berikut:-

OTAKU RESOURCES
NO 5 KAWASAN INDUSTRI KEDA
LOT 7279 SG BONGKOK
08300 GURUN KEDAH

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI KAMI DI TALIAN BARU :

TEL :04 468 2320

FAX 04 468 2320


Saturday, April 23, 2011

OTAKU HIJRAH KE KEPALA BATAS

Kini kepada pengguna sekitar kawasan Kepala Batas Pulau Pinang boleh mendapatkan produk Jenama Otaku dipasaraya LONGWAN bersebelahan Balai Polis Kepala Batas jalan Sungai Petani Butterworth. Pembukaan pasaraya ini difahamkan akan dibuka seawal bulan may 2011 nanti. Kerja -kerja penyusunan barang sedang giat jalankan oleh kakitangan Longwan bagi memastikan pasaraya ini dapat beroperasi seperti dijadualkan.
Pasaraya Longwan yang sama dengan pengurusan Gmart Sungai Petani adalah antara pasaraya yang menawarkan harga murah kepada pelanggan.

Dapatkan produk Jenama OTAKU berbagai saiz dengan harga terendah di Longwan dan Gmart.Pengguna boleh bandingkan harga semua barang di mana-mana Longwan dan Gmart dengan pasaraya lain. Ianya amat berbeza.

Otaku Dalam IKS RTM

15 April 2011 Otaku Resources telah dikunjungi oleh krew IKS RTM untuk buat liputan berhubung produk jenama OTAKU keluaran syarikat Otaku Resources. Pertemuan secara kebetulan di Ikhwan food Bukit Minyak sebulan yang lalu semasa penghantaran produk kesana membawa kepada liputan ini terjadi.
Pihak syarikat amat berbesar hati dan berterima kasih yang amat sangat kepada En Sham dan jurukamera yang memilih produk keluaran kami sebagai diantara produk yang
akan diketengah dalam rancangan IKS RTM nanti.

Semoga dengan tersiarnya produk serta cerita tentang syarikat Otaku Resources di TV nanti peningkatan keluaran akan dirasai.

Usaha kerajaan serta pihak RTM dalam membawa produk usahawan IKS ini lebih jauh kehadapan melalui rancangan di TV harus dipuji.TV adalah satu bahan iklan yang amat penting dekat ini dalam menyampai segala maklumat kepada pengguna.Pengaruh TV boleh memberi kesan mendalam kepada mempromosikan sesuatu produk kepada pengguna.

Banyak produk IKS yang dihasilkan oleh usahawan yang berkualiti tinggi tetapi pengguna gagal mengetahui tentang keujudan produk-produk terbaik ini. Ini adalah faktor pengusaha IKS terhad dari berbagai sudut terutama faktor kewangan ,pengetahuan serta penyedian produk masih mempunyai kelemahan tersendiri yang menjadi penyebab terlepas pandang dari pihak tertentu dan pelanggan.

Untuk mempromosikan didalam media cetak , elektronik dan sebagainya bukan sesuatu yang mudah tanpa modal yang mencukupi. 12 bulan untuk iklan pada papan iklan ditepi jalan(bilboard) tidak kurang RM32,000.00 , 6 Bulan tidak kurang dari RM 18,000.00 dan ianya lebih mahal berlipat ganda jika disiarkan di TV. Caj serta syarat yang dikenakan ini tidak mungkin pihak pengeluar bertaraf IKS akan mampu mencapai cita-cita mereka. Walau pihak kerajaan melalui ejensinya menyediakan berbagai geran berhubung tujuan ini namun tidak mungkin semua ini akan terlayan.

Tanpa sebarang bayaran kepada pengusaha IKS dalam menyiarkan perihal produk kepada umum ini adalah satu usaha murni RTM dan ianya seiring dengan hasrat kerajaan dalam memajukan produk IKS.

Thursday, April 7, 2011

KAMI TELAH BERPINDAH

Bertarikh 05 April 2011 Otaku Resources telah memulakan operasi permindahan peralatan memproses produknya ke premis baru yang terletak di kawasan perindustrian IKS milik KEDA Sungai Bongkok Gurun Kedah. Permindahan ini melibatkan semua kakitangan Otaku Resources dan ianya berjalan lancar seperti yang dirancang.Permindahan ini dijadualkan mengambil masa 3 hari termasuk susun atur peralatan di premis baru.

Peringkat pertama permindahan ini adalah tertumpu kepada peralatan masak dan kerja-kerja memproses bahan mentah sehingga proses memasak produk terus dijalankan pada hari kedua 06 April. Kerja-kerja memasak berjalan lancar tanpa sebarang masalah walau berada ditempat baru dan pada masa yang sama kerja-kerja permindahan terus berjalan seperti yang dirancang.Kerja memasak produk mengambil masa hampir 8 jam dan ianya selesai jam 11 malam.

Oleh kerana bilik penyejukkan produk belum siap pemasangan sistem penghawa dingin, proses menyedut produk dari bilik masak ke bilik penyejukkan terpaksa ditunda jadualnya. Beberapa peralatan menyedut harus diubahsuai kerana kedudukkan susun atur agak berbeza dari yang asal.

07 April keseluruhan barang serta peralatan telah dipindahkan ke premis baru dengan menggunakan sebuah lori 6 TON . Kerja-kerja pemasangan alat penghawa dingin pula dilakukan oleh kontraktor yang dilantik dan kerja pemasangan ini harus siap secepat mungkin kerana proses penyejukkan harus dilaku segera bagi mengelakkan kerosakkan pada produk.Alat penyedut juga telah diubah suai mengikut keadaan tempat semasa oleh sebuah syarikat yang dilantik dan siap seperti yang diarahkan.

Bilik penyejukkan produk siap keseluruh pada jam 6.30 petang dan proses menyedut siap pada jam 8 malam. Tanggal 06 April 2011 adalah tarikh bermulanya operasi pengeluaran produk berjenama OTAKU di premis baru. Kilang lama yang terletak di Bedong akan berakhir mengikut notis adalah 30 April 2011. Kerja-kerja membersih semula premis akan dilakukan segera sebelum penyerahan kunci kepada pemiliknya.

Kini OTAKU RESOURCES telah bermula beroperasi ditempat baru semoga hasil pengeluaran lebih baik dari yang sebelum.

Tuesday, March 15, 2011

4 TAHUN OTAKU

Tahun 2011 menjadikan OTAKU RESOURCES lebih matang dalam bidang pembuatan makanan khususnya dalam penghasilan perencah pelbagai guna berjenama OTAKU.Dalam tempoh hampir 4 tahun berbagai pengalaman telah dilalui. Peratusan duka melebihi suka yang pasti ditempuhi sepanjang tempoh ini.

Sebalik duka ini yang pastinya ada kemanisan menjadi pengubat serta pemangkin kepada kejayaan ini. Mampu pertahankan nama syarikat beserta nama produk sehingga kesaat ini adalah sesuatu yang sukar kepada sesetengah pengusaha kerana ragam perniagaan tiada siapa dapat menduga.

Melayu , Cina , India atau sesiapa sahaja bukanlah boleh dijadikan sebagai kayu pengukur kepada kejayaan. Kegagalan tidak pernah memilih mangsa.Hari ini gagal mungkin dengan kekuatan yang ada ia boleh bangun semula di masa hadapan. Hari ini berjaya tapi mungkin hilang empayar perniagaannya sekelip mata tanpa diduga. Harus diyakini REZEKI milik illahi dan mencari REZEKI adalah milik kita sebagai hamba. Berjaya dan gagal kedua-duanya mempunyai hikmah yang tersirat.Meminta adalah milik hamba memberi adalah hak kekuasaannya... jangan jemu kerana ALLAH suka mereka yang meminta-minta kepadanya kerana ia Mahakaya.

Kejayaan OTAKU tidak sehebat rakan yang lain namun peningkatan menunjukkan perbezaan sebelum dan selepas dahulu dan kini. Semoga perubahan ini sentiasa kepada yang positf agar OTAKU terus cemerlang.

Sekiranya ada mana-mana individu atau syarikat berminat untuk meminang OTAKU jalan perbincangan sentiasa terbuka.

2520 OTAKU KE BRUNEI

15 MAC 2011 GURUN KEDAH









Kerja-kerja penghantaran produk Perencah Char Kuey Teow Jenama OTAKU ke Brunei berjalan lancar seperti yang di jadualkan.Jam 9.55 pagi produk telah siap dimuat kedalam lori untuk bergerak ke pusat pengumpulan produk.Semua produk yang akan ke Brunei harus di kumpulkan di Bengkel IKS MARA terletak di JAWI Kangar Perlis.

Sebanyak 2520 botol perencah char kuey teow OTAKU akan berlepas ke Brunei buat kali ke 4. Melalui kerjasama FAMA Kedah dengan sebuah Syarikat pengedar dari Sarawak produk OTAKU dan beberapa produk dari syarikat lainnya telah berjaya berada di pasaran Brunei.

Penghantaran sebelum ini bermula di PUSAT OPERASI FAMA , Jln Gangsa , Mergong Alor Setar Kedah dan kali ini telah berpindah ke negeri Perlis.Sebuah Kontena telah disediakan untuk proses penghantaran ini yang telah diuruskan oleh syarikat berkenaan..Hari ini adalah hari penghantaran semua produk untuk dimuatkan kedalam Kontena dan upacara berlepas akan diadakan pada 16Mac 2011 hari Rabu jam 3 petang.





Inilah kontena yang membawa semua produk IKS dari Utara untuk pasaran Brunei.
















Kerja-kerja mengisi kedalam Kontena siap pada jam 2.10 petang. OTAKU produk ke2 yang yang telah siap di muatkan kedalam kontena selepas produk berjenama Reco.

Semoga pada masa-masa akan datang ada lagi negara-negara lain yang berminat dengan produk dari Malaysia. Terima kasih kepada mereka-mereka yang membantu memperkenalkan produk keluaran Malaysia .

BERGERAK SELAGI DAYA

BERGERAK SELAGI DAYA
UNIT PEMASARAN