(Sabtu/ Oktober/ 09 /2010)
Dah sabtu dah ...09 hari bulan dah ...nak hujung tahun dah ...dah tua kita ni ... dah dekat dengan alam perkuburan .... Tahap iman macam belum baligh lagi.... Sebelum tu saya berpesan untuk Diri saya dan buat pembaca sekalian meh lah kita bertaqwa kepada Allah sebenar-benar taqwa. Islamkan diri kita sepenuhnya dan sampaikan Islam kepada rakan-rakan kita yang bukan dari golongan melayu yang ada di Malaysia ini. Semoga Islam terdaulat dibumi Malaysia. Insyaallah Hari ini 09 Okt 2010 hari terakhir promosi produk hasil laut dan pertanian sempena Ramadhan dan syawal OTAKU di R&R hentian Gurun arah Selatan. Sepanjang promosi ini sambutan pengunjung amat mengalakkan. Berkongsepkan Tanjung dawai dan Pekan Rabu yang Cuba Otaku Resources perkenalkan di R&R ini mendapat sambutan menggalakan dari pengunjung yang tak berkesempatan waktu untuk ke 2 lokasi popular di negeri kedah ini. Dengan harga berpatutan yang ditawarkan kepada pelanggan menjadikan promosi ini berjaya sepanjang tarikh ini. Syarikat mengucapkan terima kasih kepada pihak PLUS terutama Plus cawangan Gurun yang memberi peluang Kepada kami untuk tujuan ini. Semoga pada masa akan datang pihak Plus akan memberi ruang serta peluang ini kepada kami lagi . Syarikat Otaku Resources Akan cuba memohon kepada PLUS bagi tujuan penempatan tetap di lokasi lokasi tertentu sepanjang laluan lebuhraya sebelah UTARA insyaallah. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang berada di R&R gurun arah selatan. Sepanjang berada disini kita telah berpindah sebanyak empat kali ini kerana ribut. Dugaan. Kebetulan time dekat nak raya itu hari kena musim ribut. Walaubagaimana pun pegawai yang bertugas PLUS en Syamizul prihatin tentang perkara ini dan beliau memberi tapak-tapak yang selamat kepada kami.... alhamdullilah... Ini tapak kali kedua setelah terkena ribut hari pertama bermula promosi ini.
Kakitangan Otaku Resources sedang bertugas di gerai jualan.
Kena ribut lagi... pindah lagi.. tapak ke3 la ni... belakang surau R&R.. tapi ok gak... bertahan sampai 18 Sept 2010.Walau kat belakang tapi alhamdulillah sale ada gak.... IKAN TALANG TANJUNG DAWAI MENJADI PILIHAN PENGUNJUNG
Tapak terakhir Otaku di hentian rehat Gurun Arah selatan berkongsepkan Tanjung Dawai dan Pekan Rabu berakhir pada 09 hb Okt 2010. Semoga diberi peluang pada masa akan datang oleh pihak PLUS. Terima kasih kepada semua pelanggan yang memberi sokongan serta mengujungi kegerai kami. Jari disusun ampun dipohon sekira ada tersalah dan silap dan halal seandai ada kesilapan dalam urusan jual beli dengan kami.Siapa lah kami sebagai usahawan tanpa sokongan dari anda sebagai pengguna.
Terima Kasih En Zul yang sudi berkunjung Ke Gerai Otaku Resources. Ingat sapa... Tengok macam kenal ... rupanya geng Gerak Khas Tu.... Tabit la Tuan... Tq atas perbincangan yang panjang lebar dalam usaha mempromosi produk OTAKU lebih jauh lagi dengan menjadikan Artis-artis sebagai DUTA Produk. Pihak kami akan usahakan untuk tujuan ini. TQ En Zul.
Terima kasih juga buat Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang sudi singgah seketika digerai kami bertanya khabar. Semoga Datuk dapat membantu kami pengusaha kecil ini terus mencapai kejayaan.
Friday, October 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
klik ...!!!Berita Otaku Resources
-
▼
2010
(27)
-
▼
October
(23)
- Hasil Laut OTAKU
- OTAKU BERMULA
- No title
- QIBLAT RESOURCES
- KEDAI PAK NON CARUK PERLANDUK
- 45 MINIT TERAKHIR
- Penghantaran Melalui KTM Distribution SDN BHD
- OTAKU BELAYAR KE BRUNEI DARULSALAM
- JOM ... Tengok Arnab
- Kedai Baru
- No title
- BULAN BAHASA MELAYU
- No title
- PRODUK BARU OTAKU
- HASIL LAUTAN
- ARNAB DAN IKAN PERKASAMOtaku Resources adalah peng...
- Dapatkan Produk OTAKU di sini...
- KEUNTUNGAN DIKONGSI BERSAMA
- Pasang Iklan Kat Balai Pos (Sg Korok A/Setar)
- No title
- KINI PERENCAH OTAKU DI LONGWAN BAYAN LEPAS PENANG
- OTAKU DI HENTIAN REHAT GURUN ARAH SELATAN PLUS
- Maafkan Kami
-
▼
October
(23)
No comments:
Post a Comment