Thursday, October 14, 2010

BULAN BAHASA MELAYU


Bulan 10 atau Oktober adalah bulan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia pada semua rakyat malaysia. Kepada Bangsa melayu khususnya harus berbangga kerana bumi Malaysia adalah milik Bangsa Melayu. Kepada bangsa lain terima kasih juga kerana dapat menguasai bahasa melayu dalam pertuturan seharian.
Dibumi Malaysia selain dari bangsa melayu mereka amat beruntung kerana dapat menguasai sekurang-kurangnya 2 bahasa. Bahasa bangsanya dan bahasa melayu. tapi sesetengah orang melayu hanya boleh bertutur bahasa melayu sahaja. Ada juga orang melayu yang fasih berbahasa India berbahasa Cina.

Tetapi dibumi Malaysia ini yang bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara tidak berbangga dengan semua ini. Tapi kalau pandai menguasai bahasa orang putih baru orang itu ada nilai , ada class dalam apa jua urusan.

Secara pribadi keadaan ini agak amat pelik kerana selain bangsa melayu , Cina dan india juga rakyat malaysia.

Kerajaan berusaha berbagai cara untuk menjunjung tinggi bahasa melayu namun bahasa orang putih ini tetap menjadi kemuliaan pada masyarakat malaysia.

Apakah benar kalau kita buta dalam penguasaan bahasa orang putih ini bangsa kita mundur..




Mengapa Jepun tidak mundur sedangkan bahasa Jepun diguna pakai disetiap produk keluarannya diseluruh Dunia.













Thailand hinggakan filem hindi pun dialih suara dalam bahasa Thai.

Mereka Agungkan bahasa Ibunda meraka. banyak lagi negara-negara yang tidak utamakan bahasa orang putih ini tapi lebih baik dari kita.

Di malaysia lain pula, kalau ada perjumpaan pihak atasan berpangkat dan memegang jawatan tertinggi dalam syarikat walau pun sekadar penyelia , CEO dan keatas yang berbangsa melayu dan seluruh perhimpunan itu melayu pasti bahasa rasmi ketika itu adalah bahasa orang putih. Kalau orang cina sekalipun adalah jadi kesalahan kerana dia mampu betutur dalam bahasa malayu kerana dia rakyak melaysia berwarganegara. Sekira ada hadir sekali pun orang putih dalam urusan ini tidak sepatutnya menggunakan bahasa
mereka . sediakan sistem alihsuara untuk mereka memahaminya.

Mengapa kita tidak pernah berazam menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa Dunia seperti bahasa orang putih .

Penguasaan Bahasa Melayu telah diwartakan dalam perlembagaan Malaysia. Keluhurun Perlembagaan ini pun telah kita sia-siakan seperti keagungan bahasa melayu itu sendiri.

Didalam Perlembagaan 152(2) Menerangkan dengan jelas Bahasa Melayu adalah bahasa Rasmi Malaysia. Ini bermaksud penggunaannya melebihi 2/3 dari bahasa lain termasuklah bahasa orang putih yang tak ada pun diiktiraf sebagai warganegara malaysia.

Kepada pemimpin-pemimpin tertinggi yang tidak kira dimana anda memegang jawatan dan peranan ini sama-ada dalam syarikat , dalam kementerian hinggalah pemimpin-pemimpin negara yang berbangsa Melayu , bermula dari kalian bahasa MELAYU bahasa tuan empunya negara akan kembali menjadi AGUNG di Bumi Malaysia.

Bahasa melambangkan bangsa apakah Hang Tuah tersalah ungkapannya " Melayu tidak akan hilang di dunia" Renungkan bersama.....

Andai kita lalai andai kita alpa tidak mustahil yang tinggal dibumi malaysia bukanlah bangsa melayu tapi hanyalah



























Norrizan

No comments:

BERGERAK SELAGI DAYA

BERGERAK SELAGI DAYA
UNIT PEMASARAN