ARNAB DAN IKAN PERKASAM
Otaku Resources adalah pengeluar utama Perencah Char Kuey Teow Otaku (multipurpose Sauce). Dalam usaha memperbagaikan produk keluarannya , Otaku Resources memasarkan produk hasil lautan dengan penjenamaan serta pembungkusan semula. Produk ini dikumpulkan dari pengusaha kecil yang terdapat disekitar Negeri Kedah yang mengusahakan hasil tangkapan secara kecil-kecilan tepi pantai bagi membantu meningkatkan ekonomi sesama pengusaha.Bagi menjayakan tujuan ini Otaku Resources membawa kongsep Tanjung Dawai dan memasarkannya dihentian rehat dan rawat(R&R)PLUS hentian Gurun arah selatan baru-baru ini.Sambutan yang amat mengalakkan dari pengujung memberi keyakinan kepada syarikat untuk terus mengusahakan pengeluaran produk ini.
Berakhir promosi di R&R PLUS pada 09 Oktober 2010 , Syarikat telah menyewa sebuah premis di Gurun Kedah begi meneruskan penjualan hasil laut ini.
Qiblat Resources dipertanggungjawap kan bagi tujuan pemasaran ini. Selain dari memasarkan hasil lautan pihak syarikat dalam usaha untuk menjadi pengeluar utama IKAN PEKASAM dan ARNAB peliharaan.
Ikan Perkasam akan dibekalkan dari perlis dan Arnab diusahakan oleh Otaku Resources sendiri. Pelanggan boleh hubungi terus dengan syarikat OTAKU RESOURCES bagi tujuan pembelian secara borong.
LADANG TERNAK ARNAB OTAKU RESOURCES
Keadaan kandang Arnab yang ada diladang ternakan .
Kasih ibu terhadap anak-anak walau aku sekadar haiwan.... Mengapa sesetengah manusia sangup buang anak mereka...
comeynya.... Anak-anak arnab ini disimpan untuk dijadikan ibu bagi membiakkan lagi baka-bakanya.
Bersantai selepas kekenyangan makan tengahari... nasi kandar ngan kepala ikan ...
eeeee.... gelinyer... anak arnab baru lahir. Pada usia ini penternak harus peka dalam penjagaannya. Yang warna putih tu ibu dia... usyharrr jer masa ambil gambar anak dia...
AYAHANDA YANG BERTANGUNGJAWAP PENUH DALAM LADANG MENTERNAK ARNAB INI.
Ayahanda yang bersusah-payah dalam mengusahakan ternakan Arnab ini. Asalnya bermula hanya dari 3 ekor milik cucunya dan kini telah beratus ekor . Dari pengalaman beliau dalam ternakkan , Arnab menghasilkan pulangan pendapatan yang lumayan.Minat Ayahanda dalam ternakkan tidak boleh dinafikan.
Pengalaman beliau dalam ternakkan lembu amat mendalam. ini kerana sekitar tahun 1978 beliau telah mengusahakan ternakkan lembu susu dan mendapat tunjuk ajar dari jabatan Haiwan di Keluang Johor. Selain lembu susu beliau juga menternak lembu kampung biasa, kambing birir-biri , ayam piru(Belanda)Ayam Kampung.
Ayahanda paling pakar dalam ternakkan Burung tekukur dan merbuk. Boleh dikatakan sifu tahap kepakaran beliau kerana anak muridnya merata-rata ada.... Beliau juga menghasilkan beribu buah Jebak atau sangkar dan berbagai lagi peralatan menangkap burung tersebut...
Menerima tempahan dari peminat burung tempatan dan luar. Dari usia beliau muda hingga sekarang masih ada tempahan
INILAH RUPANYA JEBAK YANG DIHASILKAN OLEH AYAHANDA AHMAD BIN ENDUT.
Berbalik pada cerita arnab kata ayah ia amat best sepanjang penglibatannya dalam bidang ternakkan.
Permintaan anak-anak arnab amat tinggi oleh pengusaha kedai burung dan kedai haiwan peliharaan. Kerja-kerja ini sesuai untuk usianya yang semakin tua dan beliau mempunyai masalah sesak nafas (penat). Kinu telah berusia 72 tahun masih berdaya mengusahakan ladang arnab dan waktu yang sama mengusahakan dusun buah-buahan. syabas .... ayahanda ku... Anak-anakmu kagum dengan kegigihan mu .
Tuesday, October 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
klik ...!!!Berita Otaku Resources
-
▼
2010
(27)
-
▼
October
(23)
- Hasil Laut OTAKU
- OTAKU BERMULA
- No title
- QIBLAT RESOURCES
- KEDAI PAK NON CARUK PERLANDUK
- 45 MINIT TERAKHIR
- Penghantaran Melalui KTM Distribution SDN BHD
- OTAKU BELAYAR KE BRUNEI DARULSALAM
- JOM ... Tengok Arnab
- Kedai Baru
- No title
- BULAN BAHASA MELAYU
- No title
- PRODUK BARU OTAKU
- HASIL LAUTAN
- ARNAB DAN IKAN PERKASAMOtaku Resources adalah peng...
- Dapatkan Produk OTAKU di sini...
- KEUNTUNGAN DIKONGSI BERSAMA
- Pasang Iklan Kat Balai Pos (Sg Korok A/Setar)
- No title
- KINI PERENCAH OTAKU DI LONGWAN BAYAN LEPAS PENANG
- OTAKU DI HENTIAN REHAT GURUN ARAH SELATAN PLUS
- Maafkan Kami
-
▼
October
(23)
No comments:
Post a Comment